Keuntungan Emas Dan Perak



Selama emas dan perak menjadi mata wang yang beredar di seluruh dunia, tidak akan dijumpai adanya masalah yang terkait dengan mata wang ini sama sekali. Permasalahan tentang mata wang tidak pernah muncul kecuali setelah hilangnya (perlaksanaan) sistem emas dan perak di dunia. Ini kerana negara-negara penjajah telah menggunakannya sebagai uslub (cara) penjajahan ekonomi dan kewangan untuk menguasai dunia. Mata wang dijadikan sebagai salah satu sarana (alat) penjajahan, dan mereka berupaya menghilangkan pokok-pokok (sistem) emas dan perak. Mereka mengubah mata wang menjadi sistem lain, iaitu dengan membiarkan berlakunya sistem barter (pertukaran barang) dan mata wang (kertas) biasa yang tidak disandarkan kepada emas dan perak. Para penjajah juga memainkan mata wang dunia dalam usahanya untuk mewujudkan kepentingan-kepentingan mereka merekayasa krisis-krisis mata wang, memunculkan masalah ekonomi, dan membanjiri penerbitan mata wang dengan mata wang kertas biasa, yang mengakibatkan inflasi besar-besaran terhadap mata wang dan hancurnya daya beli (nilai) mata wang. Semuanya tidak mungkin terjadi melainkan disebabkan telah lenyapnya kaedah (sistem mata wang) emas dan perak.


Kaedah emas dan perak merupakan satu-satunya (sistem mata wang) yang mampu menyelesaikan masalah mata wang, menghilangkan inflasi besar-besaran yang menimpa seluruh dunia, dan mampu mewujudkan kestabilan mata wang dan kestabilan nilai tukar, serta boleh mendorong kemajuan perdagangan antarabangsa. Hal itu kerana, sistem emas dan perak memiliki keistimewaan ekonomi yang sangat banyak, di antaranya:

1) Emas dan perak adalah barang yang proses (penerokaan dan penghasilannya) mewajibkan adanya penelitian , memerlukan penerokaan dan kerana adanya permintaan sebagai pembayaran atas barang-barang dan jasa (khidmat). Membekalkan dunia dengan mata wang (yang benar-benar intrinsiknya berharga), bukan kerana belas kasihan negara-negara penjajah seperti yang terjadi dalam sistem wang kertas biasa, di mana mereka mampu mengatasinya dengan mengalirkan wang ke pasar-pasar sesuka hatinya, melalui pencetakan (wang) tambahan setiap kali bermaksud memperbaiki timbangan kewangan dan pembayaran dengan negara-negara lain.

2) Sistem emas dan perak tidak menyebabkan dunia mengalami kelebihan (mata wang) secara tiba-tiba dengan bertambahnya peredaran mata wang seperti yang biasa terjadi pada mata wang kertas. Ini kerana mata wang (emas dan perak) bersifat tetap dan stabil, bahkan mampu menambah kepercayaan terhadap emas dan perak.

3) Sistem emas dan perak dapat menjaga timbangan kewangan dengan memperbaiki defisit timbangan pembayaran antarabangsa dan perkara lain yang terkait tanpa campur tangan bank pusat. Apa yang terjadi dewasa ini pada setiap kali nilai tukar tidak stabil di antara mata wang asing (bank pusat) adalah kerana berlangsungnya pelaburan. Apabila (timbangan) pendapatan bertambah dari barang-barang eksport, hal ini akan meningkatkan pendapatan dari negara-negara lain berupa mata wang negara. Dan ini bererti akan meningkatkan pengaliran masuk emas dan perak dari luar negeri. Akibatnya harga-harga di dalam negeri menjadi rendah. Barang-barang produk dalam negeri menjadi lebih murah dibandingkan barang-barang import. Pada akhirnya akan menurunkan volume barang-barang import. Benar, negara merasa bimbang mengalami kekurangan cadangan emas dan perak jika defisit timbangan pembayaran terus berlangsung. Dalam sistem wang kertas permasalahan ini ditanggungulangi dengan cara mencetak wang kertas baru, setiap kali terjadi defisit timbangan pembayaran. Sebab tidak ada syarat (yang mengikat) untuk menerbitkan (wang kertas baru). Dan hal ini mengakibatkan semakin bertambah besarnya inflasi, serta menurunya kekuatan (nilai) daya beli mata wang. Sedangkan di dalam sistem emas dan perak, negara tidak mungkin memperbanyak dengan menerbitkan mata wang kertas (baru), selama wang kertas (yang ada) mampu menukarnya menjadi emas dan perak dengan harga tertentu. Kerana negara bimbang bahawa memperbanyak (mata wang) dengan menerbitkan (mata wang baru) akan meningkatkan permintaan akan emas, sementara negara tidak mampu menghadapi permintaan ini. Dan jika tidak (mampu dipenuhi) akan terjadi pengaliran emas ke luar negeri. Hal ini berujung pada berkurangnya cadangan emas dan perak.

4) Emas sebagai satu-satunya mata wang (negara Khilafah) mengakibatkan negara-negara lain tidak dapat mengawal mata wangnya. Hal ini akan membawa keistimewaan yang luar biasa pada jumlah mata wangnya. Kerana mata wang di negara (Khilafah) boleh mencukupi keperluan pasar akan mata wang yang beredar, tanpa melihat lagi apakah jumlahnya banyak atau sedikit. Barang-barang secara keseluruhan mengambil nilai tukar dengan mata wang. Dan bertambahnya penghasilan barang-barang berakibat turunnya harga barang-barang tersebut. Dalam sistem mata wang kertas, fenomena ini tidak boleh meningkatkan (nilai) mata wang, malahan akan menurunkan nilai beli dari mata wang. Dan ini menyebabkan inflasi. Berdasarkan hal ini jelas bahawa sistem emas dan perak tidak menyebabkan inflasi. Berbeza dengan sistem mata wang kertas yang makin bertambah keterbatasannya.

Sistem emas dan perak akan memlancarkan nilai tukar di antara mata wang asing dengan stabil kerana setiap mata wang asing diukur dengan satuan tertentu dari emas dan perak. Dengan demikian dunia secara keseluruhan akan memiliki mata wang tunggal yang hakiki dari emas atau perak, walaupun mata wangnya berbeza-beza. Dunia akan menjalani perdagangan bebas, kelancaran peredaran barang dan harta di berbagai negara di seluruh dunia, kesulitan-kesulitan dengan pecahan wang dan mata wang berkurang. Hal ini mampu memajukan perdagangan antarabangsa. Para pedagang tidak lagi bimbang dengan meluasnya perdagangan luar negeri kerana nilai tukar (mata wang) yang stabil.

6) Sistem emas dan perak mampu memelihara kekayaan emas dan perak setiap negara. Tidak akan terjadi pengaliran emas dan perak dari suatu negeri ke negeri lainnya. Negara tidak memerlukan alat kawalan untuk menjaga (cadangan) emas dan peraknya, kerana kedua jenis wang itu (emas dan perak) tidak akan berpindah kecuali untuk pembayaran (harga) barang atau upah para pekerja.

Faedah-faedah ini hanya ada pada sistem mata wang logam tunggal, baik itu emas atau perak, mahupun pada sistem mata wang dua logam, emas dan perak. Selain itu sistem mata wang dua logam akan meningkatkan volume kaedah (mata wang) dua logam, sehingga menyebabkan penampakkan total (keseluruhan) mata wang menjadi lebih besar. Hal ini memungkinkan negara unutk memenuhi keperluan manusia terhadap mata wang dengan mudah dan meluas, kerana fleksibilitinya yang tinggi. Demikian juga menjadikan kekuatan daya beli (nilai) hanya untuk satu sistem mata wang, sehingga dapat meningkatkan harga (nilai mata wang) hingga tahap yang paling tinggi serta kestabilannya terjamin.

Inilah keistimewaan dan berbagai faedah dari kaedah emas dan perak, meski bukan bereti luput dari berbagai permasalahan seperti adanya penimbunan yang sangat besar, adanya halangan-halangan perbatasan (negara) , terkonsentrasinya cadangan-cadangan (emas dan perak) yang sangat besar di negara-negara besar dan di negara-negara yang kemampuan penghasilannya sangat tinggi, mempunyai kemampuan bersaing di dalam perdagangan antarabangsa, memiliki keunggulan di kalangan para pakar, dan menerapkan sistem mata wang kertas biasa sebagai pengganti sistem mata wang emas dan perak.

Kegagalan negara yang menerapkan kaedah emas dan perak dalam menyelesaikan rintangan dan permasalahan tersebut terutama kerana masih adanya negara-negara besar dan negara-negara yang memiliki pengaruh dalam perdagangan antarabangsa yang berjalan tidak dengan kaedah emas dan perak, hal ini mewajibkan negara untuk menjalankan politik swasembada, mengurangkan import, dan menjalankan pertukaran barang yang diimportnya dengan barang yang ada (di dalam negeri), bukan (membayarnya) dengan emas mahupun perak. Melakukan penjualan barang (eksport) yang ada (ditukar/dibayar) dengan barang yang negara perlukan, atau dengan emas dan perak, atau mata wang yang diperlukan negara untuk (membayar) import barang yang diperlukannya, baik berupa barang mahupun jasa.

Lebih dari itu, negara menjalankan kaedah (sistem mata wang) dua logam- emas dan perak- akan mengelakkan penetapan nilai tukar yang tetap antara satuan (mata wang) emas dan satuan (mata wang) perak. Negara akan membiarkan nilai tukar mengikuti pergerakan harga sebab penetapan nilai tukar mengikuti dua mata wang ini iaitu emas dan perak akan diikuti dengan munculnya mata wang gelap (pasar gelap) yang mengakibatkan naiknya nilai mata wang tersebut di pasar dibandingkan dengan nilai mata wang tersebut yang (ditetapkan oleh) undang-undang di dalam peredaran. Akibatnya satuan mata wang itu (nilainya) akan jatuh (rendah). Mata wang yang nilainya rendah akan tersingkir oleh mata wang yang kuat di dalam peredaran.

KETERSEDIAAN EMAS YANG ADA DI DUNIA

Sistem mata wang emas adalah sistem yang paling layak untuk mencegah pemerintah menjalankan sistem mata wang kertas tanpa suatu alasan yang boleh mengakibatkan inflasi. Sistem mata wang emas menjamin kestabilan pergerakan (perdagangan) antarabangsa dan mendorong perdagangan antarabangsa.

Namun demikian, apakah emas yang ada di dunia sekarang ini cukup jumlahnya untuk menjalankan kaedah mata wang emas sebagaimana dahulu pernah dilaksanakan? Apakah jumlahnya cukup untuk menggantikan kedudukan mata wang yang sudah biasa dalam perdagangan? Dan apakah emas yang ada di negara Khilafah jumlahnya memungkinkan untuk kembali kepada kaedah emas?

Jawapan kami terhadap persoalan ini adalah, ya. Emas yang ada di dunia cukup untuk mengembalikan dunia agar sejalan sesuai dengan kaedah emas. Hal ini kerana pada emas dijumpai fleksibiliti yang sangat tinggi untuk menggantikan kedudukan mata wang yang biasa digunakan dalam perdagangan, serta mampu memenuhi keperluan ekonomi dunia. Alasan-alasannya antara lain :

1) Sepanjang sejarah manusia belum pernah ada logam/ barang galian dari
berbagai macam logam yang memperoleh perhatian sebanyak perhatian terhadap emas. Seluruh emas yang diterokai manusia tidak habis digunakan sampai hari ini, walaupun telah dieksploitasi selama ribuan tahun, asalkan para pendulang dan penghasil emas tidak mengeksploitasinya dengan cara menyebabkan rosaknya emas. Justeru, yang terjadi adalah adanya aktiviti daur ulang emas, baik dalam bentuk wang atau perhiasan, kemudian memasukkannya ke dalam industri atau meleburnya kembali.

2) Sepanjang kurun waktu yang lalu sampai akhir abad ke-19, emas jumlahnya mencukupi keperluan berbagai aktiviti perdagangan, dan mampu memenuhi keperluan ekonomi dunia di berbagai zaman tanpa pernah terjadi permasalahan ekonomi atau kewangan. Dan sepanjang abad ke-19, terjadi pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat sampai tahap yang paling tinggi. Dunia menyaksikan pertumbuhan dan puncak perekonomian yang tinggi disertai turunnya harga berbagai komoditi, dan meningkatnya upah tanpa terjadi kekurangan mata wang emas, meskipun (perputaran) barang dan jasa terus bertambah.

3) Sesungguhnya yang diperhatikan oleh manusia bukanlah banyaknya jumlah wang yang sebenarnya, melainkan kemampuan (daya) beli wang. Telah terbukti bahawa kekuatan daya beli yang terbesar hanya terjadi pada sistem wang emas yang memiliki kestabilan nilai yang pasti dan tetap, serta mampu menghasilkan kemakmuran dan perkembangan. Hal ini berbeza dengan makin bertambahnya penerbitan wang kertas biasa, yang menjadi penyebab timbulnya berbagai permasalahan ekonomi dunia, masalah kewangan yang meruncing dan meningkatnya inflasi. Inilah yang menyebabkan rendahnya daya beli mata wang kertas.

4) Sesungguhnya sistem ekonomi yang di dalamnya tidak dijumpai adanya pembatasan, seperti penetapan harga, monopoli/penimbunan bukan diakibatkan oleh jumlah mata wang yang ada. Jumlah wang yang beredar akan mampu memenuhi pembelian barang dan jasa yang ada di pasar. Pada saat meningkatnya barang dan jasa yang ada sementara jumlah wang yang beredar adalah tetap, maka hal ini akan mangakibatkan terciptanya keadaan di mana mata wang yang ada dipaksakan untuk membeli barang dan jasa yang jauh lebih besar. Sebaliknya, jika jumlah barang dan jasa menurun, sementara jumlah wang yang beredar adalah tetap, maka kemampuan mata wang tersebut akan menurun untuk membeli barang dan jasa. Sehingga hanya akan terwujud satu hal, iaitu mata wang yang beredar akan mempu memenuhi pertukaran mata wang, berapa pun jumlah (mata wang) yang beredar.

5)Sesungguhnya yang menyebabkan berkurangnya emas secara nyata di dunia tidak lain adalah akibat inflasi yang mendominasi dunia. Jika dunia kembali menerapkan sistem emas untuk menjaga kestabilan (harga) mata wang maka hal ini akan mengurangi penggunaan emas kerana emas yang ada tidak akan pernah digunakan untuk aktiviti perdagangan. Ini semua akan mengarahkan kepada aktiviti-aktiviti perdagangan dan berbagai keperluan ekonomi kerana aktiviti perdagangan dan spekulasi yang menggunakan emas akan terhenti pada nilai tukar mata wang, yang akhirnya akan menghasilkan sebuah keseimbangan. Ini kerana harga mata wang dan nisbah perbandingan antara mata wang satu dengan lainnya akan dibatasi dengan penggunaan emas. Sehingga seluruh mata wang di dunia seakan-akan hanya satu mata wang sahaja. Hal ini akan menghilangkan kemungkinan spekulasi mata wang , dan memperkecil keuntungan dalam perdagangan emas. Dengan demikian akan memperbanyak jumlah emas, dan menyembunyikan kekurangan yang nyata.

Semua sebab-sebab ini menjelaskan bahawa adalah hal yang sangat mungkin untuk kembali kepada kaedah (sistem mata wang) emas. Hal ini kerana jumlah emas yang ada di dunia mampu memenuhi keperluan terhadap mata wang , dan dapat mencukupi aktiviti-aktiviti perdagangan. Keadaan ini bererti akan menambah harta yang diperlukan oleh perekonomian.

Negara Khilafah akan melasanakan sistem ini, dan akan melaksanakannya pula terhadap negara lain- sebab-sebabnya telah dikemukakan sebelumnya-. Jelas bahawa negara Khilafah memiliki kemampuan untuk kembali kepada kardah emas. Emas yang ada di negeri-negeri Islam, yang tersimpan di berbagai bank dan berbagai tempat penyimpanan, sangat mencukupi jika negara Khilafah kembali kepada kaedah emas. Apalagi jumlah perak yang ada di negeri-negeri Islam - yang merupakan kesatuan dasar mata wang negara Khilafah bersama-sama dengan emas, kerana negara Khilafah berdiri atas kaedah emas dan perak, sistem dua logam dari mata wang – sangat besar sehingga memudahkan negara Khilafah kembali kepada kaedah emas dan perak.

Selain itu, negeri-negeri Islam memiliki banyak sumber alam (termasuk barang-barang galian) yang diperlukan oleh umat dan negara Khilafah. Hal ini menjadikan umat atau negara Khilafah tidak memerlukan barang-barang selain barang galian tersebut sebagai keperluan asas, atau keperluan yang sangat segera sehingga negara Khilafah mampu memenuhi sendiri dari barang-barang yang ada di dalam negeri tanpa mengimportnya dari luar negeri. Ini dapat menjaga keluarnya emas ke luar negeri dan tetap berada di dalam negeri.

Demikian juga negara Khilafah memiliki kekayaan barang-barang lain dari dalam negerinya yang diperlukan oleh seluruh umat manusia, sehingga dapat menjualnya dengan pembayaran berupa emas. Ini akan memelihara emas supaya tidak keluar negeri tanpa ada pertukaran yang mengharuskannya mengalir ke luar negeri. Dan makin menambah cadangan emas di dalam negeri. Dengan demikian negara Khilafah menjadi negara yang sangat berpengaruh, yang dapat menguasai pasar mata wang dunia. Dan mampu menguasai keadaan tanpa tekanan satu negara pun terhadap mata wangnya.

Oleh kerana itu, jelas bahawa negara Khilafah sangat mungkin untuk kembali menerapkan kaedah emas dan perak. Lagipun, emas yang ada di negeri-negeri Islam sangat memadai untuk menjalankan usaha ini juga mencukupi untuk keperluan akan mata wang.

TATACARA KEMBALI KEPADA KAEDAH EMAS.

Untuk kembali kepada kaedah emas ber-
erti wajib menghilangkan sebab-sebab yang menjadikan kaedah ini tidak dapat dijalankan, dan wajib menyingkirkan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini terjadi. Iaitu dilakukan usaha-usaha :

a)Menghentikan pencetakan mata wang kertas.
b)Melaksanakan kembali mata wang emas dalam berbagai transaksi.
c)Menghilangkan halangan-halangan perbatasan yang berkaitan dengan emas serta
menghilangkan syarat-syarat yang membelenggu import dan eksport emas.
d)Menghilangkan syarat-syarat yang menghalangi pemilikan emas, kawalan atas
pergerakan emas, jual beli emas, dan berinteraksi dengan menggunakan emas.
e)Menghilangkan syarat-syarat yang menghalangi pemilikan mata wang utama di dunia, menciptakan persaingan bebas di antara mata wang sehingga diperoleh harga yang stabil dengan mata wang lainnya dan terhadap mata wang emas tanpa campur tangan dunia antarabangsa untuk menaik atau menurunkannya.

Apabila emas dibiarkan bebas, maka pasaran emas akan terbuka luas pada masa sekarang dengan mudah, sehingga semua mata wang asing akan mamiliki nilai tukar yang stabil terhadap mata wang emas. Aktiviti antarabangsa akan menggunakan emas, sebagai jalan untuk mewujudkan pembayaran nilai (harga) satu transaksi barang yang diukur dengan emas.


Sesungguhnya garis-garis besar ini jika dilaksanakan oleh satu negara (Islam) yang kuat, akan memeperoleh keberhasilan yang memaksa negara-negara lain mengikutinya. Inilah yang akan menghantarkan kepada kemajuan jika sistem mata wang emas kembali ke dunia untuk kali kedua.

Hal ini semata-mata bukan layak atau tidaknya negara Khilafah untuk menjalankan (sistem mata wang emas dan perak) sebab kembali kepada kaedah emas dan perak merupakan hukum syara’ yang wajib diterapkan. Selain itu, kerana negara Khilafah bertanggungjawab terhadap dunia untuk memberikan petunjuk dan pemeliharaan.


Ya Allah ! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu Negara Islam yang mulia, iaitu kekhilafahan yang lurus berdasarkan method kenabian. Dengan Negara tersebut Engkau muliakan Islam dan pengikutnya, dan dengan Negara tersebut pula Engkau hinakan kekafiran, kesewenang-wenangan, dan kemunafikan beserta pendukungnya. Jadikanlah kami di dalam Negara tersebut sebagai para dai’e yang menyeru ketaatan kepadaMu, dan sebagai para pemimpin yang membimbing kejalan-Mu. Berikanlah kami di dalam Negara tersebut kemuliaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa terhadap apa-apa yang Engkau kehendaki.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment