Terjemahan



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Semenjak lahirnya Islam, pihak Kuffar sentiasa berjuang tanpa henti menentang Islam dan umat Islam.

Disebalik penentangan ini, umat Islam pernah mencapai kegemilangan selama 13 abad dengan pengecualian beberapa peperangan seperti Perang Salib dan Perang Tartar. Dengan kekuatan ideologi Khilafah dan semangat keimanan yang kental berserta pengorbanan umat Islam yang berterusan membuktikan bahawa Islam sangat kuat bagi pihak Kuffar. Walau bagaimanapun, pada 28 Rejab 1342 H, bersamaan dengan 3hb Mac 1924, dunia Barat ketika itu yang diketuai oleh England, akhirnya mencapai impian mereka setelah sekian lama mengembelingkan tenaga, memusnahkan Khilafah Islamiyyah, memisahkan Ad-deen dari negara, dan Islam dari politik. Akibatnya, Barat yang Kufur ini melebarkan kekuasaan dan pengawalannya terhadap umat Islam dan tanah mereka. Malapetaka ini terjadi dengan sokongan padu dari agen – agen Barat dari dunia Arab dan Turki yang mana pengkhianat Mustafa Kamal adalah ketuanya.

Disebalik ketiadaan Khilafah selama lebih 80 tahun, dunia Barat terpaksa menerima hakikat bahawa kejayaan mereka terhadap umat Islam hanya sementara sahaja kerana laungan untuk Khilafah bangkit kembali bergema dengan lantang dan jelas di seluruh pelusuk dunia. Hati kecil umat Islam mendambakan kebangkitan Khilafah. Lidah–lidah mereka sentiasa berucap mengenainya siang dan malam, dan mereka gelisah menantikan fajar kehidupan yang baru.

Tatkala pertelingkahan diantara pihak Islam dan Kufar hampir mencapai penghujungnya, Barat dan kuncu-kuncunya berusaha menyesatkan umat Islam dari realiti sebuah Khilafah, dari malapetaka yang dihadapi oleh umat Islam kerana ketiadaan Khilafah, dan segala kesenangan yang bakal dibawa apabila Khilafah kembali berdiri, untuk umat Islam di dunia dan Akhirat.

Sebagai tujuan untuk memahami realiti pertelingkahan hari ini, kami lontarkan soalan – soalan berikut:-

Mengapa Barat meruntuhkan Khilafah?
Mengapa Barat berusaha menghalang penegakkan semula Khilafah?
Mengapa wajib bagi umat Islam mengembalikan dan mendirikan Khilafah?

Jawapan kepada soalan-soalan ini akan dapat difahami secara komprehensif dengan memahami definisi dan intipati tentang kekhilafahan.

::Khilafah adalah pemerintah umat Muslim yang menerapkan hukum syarak dan membawa dakwah Islam kepada dunia.

::Kekhilafahan melambangkan kesatuan umat Islam dibawah satu Imam (pemimpin) dengan dinaungi oleh panji-panji Tauhid.

::Kekhilafahan akan memastikan bahawa umat Islam terikat dengan satu ikatan persaudaraan yang sama dan tanah air mereka adalah satu.

::Kekhilafahan bermakna kedaulatan hanyalah untuk syari’ah Allah, yang mana dilaksanakan penerapan hukum–hakam Islam yang komprehensif dalam kehidupan dan segala hukum–hakam Kufur dan taghut dihapuskan.

::Kekhilafahan juga bererti kekuasaan umat Islam terletak secara mutlak di tangan umat Islam sendiri dan memastikan umat Islam sendiri yang menentukan halatuju politik mereka serta membebaskan diri dari belenggu kolonial Barat yang merantai dan menghambakan ummah.

::Kekhilafahan juga bererti umat Islam memainkan peranan sebenar di dunia, menyelamatkan umat Islam dari keburukan Kapitalis global dan melindungi mereka di bawah sinar dan keadilan Islam dengan memimpin dan menjadikannya pegangan manusia.

::Kekhilafahan melambangkan pembebasan dan penghapusan semua kekerasan dari setiap pelusuk tanah umat Islam yang dijajah serta menghalang sebarang anasir Kolonial/penjajahan dari segi ketenteraan, politik, budaya, ekonomi dan sebagainya.



::Kekhilafahan bererti kesemua sumber asli terletak di tangan pemilik yang sebenar, iaitu ummah, dan akan menyingkirkan syarikat–syarikat Kapitalis Barat yang merompak sumber–sumber ini yang membiarkan umat Islam mati kebuluran dan mengemis kepada Barat untuk kehidupan harian mereka.



::Kekhilafahan juga bererti lambang kembalinya ummah didalam bidang pelajaran, sains dan penyelidikan, rekacipta, penemuan dan pelaburan dalam pembangunan infrastruktur yang berdaya maju dengan keikhlasan untuk memenuhi keperluan ummah.

::Kekhilafahan bererti umat Islam sendiri yang akan membajak ladang-ladang, memenuhi keperluan dan memperolehi sumber makanan supaya tidak akan ada seorang individu pun yang hidup dalam kemiskinan dan diancam kebuluran kerana ummah tidak lagi bergantung kepada kemahuan musuhnya.

::Kekhilafahan bererti menyingkirkan kesukuan dan nasionalisme yang dilarang oleh Islam, dan kembalinya ikatan persaudaran Islamiyyah bagi semua umat Islam –“ Muslim itu bersaudara diantara satu sama lain”.

::Kekhilafahan melambangkan kembalinya keamanan kepada masyarakat yang kucar-kacir, yang akan membawa kedamaian dan ketenangan di hati ummah dengan zikir kepada Allah dan manusia juga akan tenang dengan agama, maruah dan harta mereka.

::Kekhilafahan bererti perlindungan akidah, ibadah, nilai moral dan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh Allah.

::Kekhilafahan bererti ummah akan mempunyai sektor perkilangan dan ketenteraan serta bebas menentukan polisi sendiri di dalam bidang-bidang ini.

::Kekhilafahan berdiri untuk keredhaan Allah melalui penerapan Syari’ah; berdiri untuk kemuliaan umat yang mengakui keEsaan Allah, berdiri sebagai perisai ummah, dan pelindung kepada wanita beriman; berdiri sebagai tempat ibadah untuk para mujahid dan berdiri sebagai pelindung kepada hak-hak Allah dan ummah.

Memandangkan ini hanyalah sebahagian dari ciri-ciri kekhilafahan, adalah tidak menghairankan mengapa Barat menggunakan pengaruhnya dan berusaha untuk meruntuhkan Khilafah. Malah juga tidak menghairankan, Barat berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menghalang kebangkitannya. Oleh itu, adalah sangat menghairankan apabila seseorang Muslim itu tidak bersegera untuk bekerja keras bagi mengembalikan Khilafah yang mulia, disebalik segala keikhlasan yang ditunjukkannya kepada Allah, Deen-Nya dan ummah-Nya. Adalah lebih menakjubkan lagi apabila sebahagian umat Islam ini, termasuk yang berpakaian seperti ulama, menyokong pemerintah zalim di dunia Islam yang sebenarnya adalah agen–agen Barat yang kufur iaitu pemerintah yang secara terbuka dan tidak merasa malu mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan pengikut-Nya.

Wahai umat Islam,
Sesungguhnya, syaitan dari jin dan manusia, dari orang-orang yang ingkar, sekutu dan agen mereka, telah membisikkan kepada kamu bahawa kebangkitan Khilafah adalah mustahil, dan Barat yang mempunyai kekuatan material akan mencabar kebangkitannya dan umat Islam pasti tidak mempunyai peluang menentang kuasa Barat dan negara Israel berserta dengan negara–negara umat Islam yang terpecah-pecah (statelets) akan menentang dari dalam, malahan akan diadakan sekatan ekonomi keatas negara Islam, dan, dan, dan……..

Jika ini adalah bisikan– bisikan dari syaitan diantara jin dan manusia, sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia, Raja dari sekalian Raja, dan Rasul-Nya Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai contoh dan teladan, telah menjanjikan kita sesuatu yang lain.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman;

“Dan Allah telah berjanji kepada orang –orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal –amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang –orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang tetap (kafir) sesudah ( janji) itu, maka mereka itulah orang –orang fasik” [TMQ An nur(24): 55]

dan, Rasulullah bersabda;

“Allah telah menunjukkan aku bumi dan aku melihat keTimur dan ke Baratnya. Sesungguhnya, hak umatku memerintah akan sampai keseluruh kawasan yang aku lihat”[Riwayat Muslim, Abu Dawud]



dan Rasulullah bersabda lagi;

“Kerasulan akan berlangsung keatas kamu selama yang Allah kehendaki, kemudian Allah akan mengambilnya. Kemudian, ia akan diikuti oleh Khilafah yang berpetunjuk diatas jalan Rasulullah. Ia akan berlangsung selama yang Allah kehendaki, kemudian Allah akan mengambilnya. Kemudian, akan ada pemerintahan kejam yang berlangsung selama mana yang Alah kehendaki, kemudian Allah akan mengangkatnya jika Dia mahu. Selepas itu, akan ada pemerintah yang menindas, dan ia berlangsung selama mana yang Allah kehendaki, dan Dia akan mengangkatnya jika Dia mahu. Kemudian akan ada pemerintahan Khilafah yang berpetunjuk kepada jalan (minhaj) Rasulullah, kemudian dia (Rasulullah) senyap” (Riwayat Musnad Ahmad)




Oleh itu, wahai umat Islam, mintalah pertolongan Allah Yang Maha Mulia, bekerja dengan ikhlas untuk-Nya, dan ketahuilah bahawa umat kamu adalah kuat dan berkuasa, dan musuh-musuh kamu adalah lemah, malah lebih lemah dari sarang labah-labah. Dan kepada sesiapa yang ikhlas bertanya. “Bilakah pertolongan Allah akan datang?” Kita katakan pada mereka sebagaimana firman Allah;

أَلآ إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat!” [al-Baqarah: 214]

َ وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰ أَمْرِهِ وَلَـٰكِنَّأَكْثَرالنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

“Dan, Allah mempunyai seluruh kekuasaan keatas urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [Yusuf: 21]


Hizb ut-Tahrir Australia
08 Rajab 1429 Hijrah
11 Julai 2008 Masihi
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment