Penyatuan Tanpa Kesatuan?




Pada bulan Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri mahu pun Aidil Adha, kita dapat menyaksikan umat Islam dari segenap pelusuk dunia memulakan atau menyambut Ramadhan pada hari yang berlainan dan juga tamat pada hari yang berbeza-beza. – ada yang menyambut Lebaran (1 Syawal 1429H) pada 30 September, 1 Oktober dan selainnya meraikannya pada hari Khamis 2 Oktober 2008.

Perbezaan ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang “hilang” dan sememangnya terdapat satu MASALAH apabila kaum Muslimin tidak dapat bersatu dalam menentukan permulaan Ramadhan atau detik menyambut lebaran pada SATU tarikh yang sama di seluruh dunia, sebagai satu kesatuan umat muslimin. Walaupun kita berkali-kali mengatakan bahawasanya kita semua adalah umat Islam, satu Ummah, memegang teguh satu akidah-tauhid yang sama dan kita semua adalah saudara seIslam, tetapi MENGAPAKAH agaknya wujud perbezaan di antara kita di seluruh dunia?

Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya Umat Islam itu adalah satu umat khusus yang tidak terdapat pada yang lain. Tanah mereka Satu, Peperangan mereka Satu, Keamanan mereka Satu, Kepercayaan mereka Satu dan Kehormatan mereka Satu.” [HR Ahmad]

Hilal (anak bulan) boleh di lihat oleh semua dan sebagai hasilnya permulaan dan penamat bulan itu boleh di ketahui oleh semua juga. Rasullulah juga mengajar kita bagaimana mengetahui bilakah terbit hilal dan bagaimana juga ia berakhir. Baginda juga mengingatkan kita akan apa yang sepatutnya dilakukan sekiranya anak bulan tidak kelihatan.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu berpuasa sehingga ia(anak bulan) kelihatan dan janganlah kamu berbuka (Aidil Fitri) sehingga ia(anak bulan) kelihatan.”

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam bersabda, “Sekiranya ia (hilal) kelihatan maka berpuasalah dan sekiranya ia (hilal) kelihatan maka berbukalah(Aidil Fitri). Tetapi, seandainya ia tidak kelihatan, maka lakukanlah perkiraan untuknya.”

Di dalam satu lagi riwayat, Nabi bersabda,”Satu bulan adalah 29 malam. Oleh itu, janganlah berpuasa sehingga kamu melihatnya (anak bulan). Tetapi sekiranya ia tidak kelihatan, maka cukupkanlah bulan itu sebanyak 30 hari.”

Ad-Dar Qutni dan Abu Daud meriwayatkan sebuah hadis sahih dari Ibnu Umar yang berkata bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi Wa Sallam bersabda, “Mereka cuba melihat anak bulan, dan aku memberitahu Nabi Sallallahu alaihi Wa Sallam yang aku melihatnya. Maka Baginda mula berpuasa dan menyuruh semua orang berpuasa.” Hadis ini menjelaskan bahawa jika ada seorang pun yang terlihat anak bulan, ianya sudah memadai untuk memulakan puasa di bulan Ramadhan.

Maka dari kejadian ini, kita dapat menyimpulkan bahawa pendapat yang benar adalah sekiranya anak bulan telah kelihatan walaupun hanya di satu negeri kaum Muslimin, adalah mencukupi untuk semua Muslimin berpuasa atau menyambut lebaran. Tidak perlu di pedulikan di mana anak bulan itu telah kelihatan dan menjadi kewajipan bagi semua kaum Muslimin untuk mengikutinya. Ini adalah bertepatan dengan Hadis “Berpuasalah apabila ia (hilal) kelihatan dan berbukalah(Aidil Fitri) apabila ia kelihatan.”

Frasa kata “apabila ia kelihatan” adalah bermakna di mana-mana anak bulan kelihatan di salah satu negeri kaum Muslimin. Dan Allah Maha Mengetahui.
Ketika kita semua sibuk melakukan persediaan untuk menyambut Aidil Fitri, ingatlah pada kaum Muslimin di serata dunia yang sedang ditindas akibat dari kekejaman Zionis dan kaum Kuffar – pembunuhan beramai-ramai kaum Muslimin di Bosnia, Palestin, Kashmir, Gujerat (India), Afghanistan Somalia, Sudan Pakistan dan Iraq. Juga anak-anak yatim yang kehilangan ibu-bapa di Afghanistan dan Iraq.

Saudara perempuan seIslam kita dirogol dan diseksa di Kashmir, Gujerat, Iraq dan Bosnia, Kaum Muslimat dinafikan hak asas pendidikan mereka di Tajikistan, Turki, Denmark, Jerman, Italy dan Perancis kerana memakai pakaian Muslimah mereka (tudung, purdah dan jubah).Senarainya amat panjang dan tiada bernoktah sedangkan penyelesaian pada semua permasalahan ini amat jauh sekali.

Allah azza wa jalla berfirman, “Sesungguhnya orang-orang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi orang dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka Jahanamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” [TMQ al-Anfal 8:36]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda “Setitik darah seorang Muslim adalah lebih bernilai dari seluruh Kaabah dan sekelilingnya” [Riwayat Bukhari dan Muslim].

Namun begitu mengapa kita kaum Muslimin tidak mempunyai ikatan asas kesatuan di antara kita semua sedangkan Aqidah kita sangat kuat ikatannya? Tanah kaum Muslimin dan sekelilingnya di kawal oleh dunia Barat yang berada di situ untuk melakukan segalanya kecuali membela nasib kaum Muslimin. Para pemimpin kaum Muslimin di permainkan oleh tangan-tangan musuh Islam dan memerintah berdasarkan apa yang menguntungkan mereka bukannya berlandaskan apa yang di tetapkan oleh Al Quran dan As Sunnah. Sesungguhnya situasi kita pada masa ini dalam keadaan terpecah kepada 58 negeri-negeri kecil yang dipisahkan oleh sempadan maya yang direka oleh mereka yang menghancurkan Daulah Khilafah pada tahun 1924 adalah sesuatu yang amat menyedih dan mengecewakan.

Keadaan dan situasi pada hari ini sememangnya langsung tidak boleh diterima dan dibiarkan begitu sahaja. Kita semua sebagai satu Ummah berkewajipan untuk mendapatkan kembali kekuasaan kita dari pemimpin-pemimpin ini dan menegakkan semula kepimpinan Islam yang akan menerapkan hukum syarak melalui Daulah Khilafah.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan saudara-saudari semua tanggungjawab kita terhadap Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana sabda Nabi, “Simpulan-simpulan Islam akan terputus satu demi satu, simpulan yang pertama akan terputus adalah pemerintahan dan yang terakhir adalah simpulan solat.” [Riwayat Muslim].

Simpulan pemerintahan Islam telah putus pada tahun 1924 dengan kemusnahan Daulah Khilafah dan nampaknya sekarang tali simpulan solat juga berada dalam keadaan bahaya. Begitu juga dengan tali simpulan sambutan hari lebaran – maka, apa lagi yang masih tinggal?

Wahai kaum Muslimin,

Marilah kita menjadi sebahagian dari satu tubuh kesatuan Muslim Ummah, kita tidak boleh dicerai-beraikan antara satu sama lain dan kita juga tidak boleh membiarkan mana-mana kumpulan (puak-puak sekuler, moderat dll kumpulan yang mengampu kaum Kuffar seperti anjing-anjing) atau mana-mana individu (bangsawan dan usahawan) peluang untuk memisahkan kita dari satu Kesatuan Ummah.

Marilah kita berusaha untuk menerapkan Tauhid(Aqidah) dan Syariah Islam iaitu Daulah Khilafah dan bersatu dalam menyambut Hari Lebaran sebagai umat yang satu, umat yang kuat dan Umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang tidak mengenal erti takut dan gentar.

Khilafah adalah satu-satunya jalan untuk membawa dan menyampaikan Islam kepada semua manusia. Islam melalui Khilafah adalah satu-satunya doktrin (Aqidah dan Tauhid) yang akan membawa Kebebasan, Keamanan dan Kesejahteraan kepada semua umat manusia. ” Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah Subhanahu wa Taala dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.” [TMQ al-Anfal 8:24]

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment