Konflik GAZA : Ada Apa Dengan Muslimah?



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Ketika ini, masyarakat dunia khususnya sebahagian umat Islam menanti dengan penuh harapan pelantikan Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat pada 20hb Januari 2009 akan membawa sinar baru ke arah penyelesaian kemelut, penindasan dan penderitaan yang dialami oleh umat Islam di Gaza, Palestin. Sekali lagi umat Islam masih mengharapkan puak Kuffar untuk menjadi sang penyelamat, manakala pemimpin-pemimpin umat Islam tanpa segan silu masih ingin berbaik-baik dengan sang penyembelih. Malangnya mekanisme yang diambil oleh umat Islam termasuk Muslimah masih ditakuk lama. Mengisi tabung-tabung derma, boikot barangan dan menyertai demonstrasi yang dianjurkan banyak pihak. Hakikatnya, bantuan itu benar-benarkah dapat ‘membantu’ mereka?.

Alhamdulillah, Fikratul Ummah kali ini akan mengangkat isu Gaza dengan sebuah artikel bertajuk Konflik Gaza: Ada Apa Dengan Muslimah yang mana tujuannya untuk menyedarkan kalangan Muslimah bahawa pembelaan nasib umat Islam di Gaza turut perlukan penglibatan Muslimah dalam usaha menegakkan Daulah Khilafah yang akan membela nasib mereka.

Memandangkan di dalam negara mutakhir ini rakyat digemparkan dengan kisah perkahwinan dan perceraian golongan artis dan selebriti, Fikratul Ummah akan turut menyingkap isu ini melalui sebuah artikel bertajuk Perceraian: Berakhirkah Sebuah Kehidupan? Artikel ini diharap akan dapat menyedarkan Muslimah bahawa Islam memiliki seperangkat hukum-hakam untuk menyelesaikan masalah rumah tangga. Selain itu, artikel ini juga diharap akan membuka minda Muslimah bahawa nasib saudara seagama mereka di Palestin adalah lebih penting untuk diberi perhatian dan bukannya memberi tumpuan kepada gosip murahan.

FU juga mengemukakan sebuah artikel terjemahan dengan tajuk Propaganda yang dilancarkan oleh Kapitalisme ke atas Wanita Muslimah (Bahagian 1).

Wallahu alam bisshawab.

================================================================================


Pada akhir Disember 2008 yang lalu, kita dikejutkan dengan serangan dan pembantaian Israel Yahudi Zionis ke atas kaum Muslimin di Gaza, Palestin. Sungguhpun si keparat Israel laknatullah telah membuat pengumuman akan mengundurkan bala tenteranya sebelum pelantikan Presiden Amerika ke 44 iaitu Barack Hussein Obama, banyak perkara yang boleh kita renungkan dari episod ngeri yang mendapat liputan meluas media cetak, elektronik dan internet. Dalam beberapa minggu kita menyaksikan kematian dan kecederaan yang dialami kaum Muslimin bertambah dari sehari ke sehari sejak bermula serangan Yahudi Zionis terhadap kaum Muslimin di Palestin.

Penguasa kaum Muslimin hanya berdiam diri dengan perlakuan kejam Yahudi Zionis malah mereka turut bersekongkol dan mendalangi apa yang berlaku terhadap kaum Muslimin seperti perlakuan keji Presiden Hosni Mubarak yang tidak segan silu berjabat tangan dengan Menteri Luar Negeri Israel, Tzipi Livni. Sikap keji ini membolehkan Yahudi Zionis bertindak sesuka hati dan melancarkan serangan habis-habisan terhadap umat Islam yang tidak lain bertujuan melenyapkan umat Islam di bumi anbiya’ ini dan seterusnya merealisasikan matlamat utama mereka untuk menguasai sepenuhnya tanah umat Islam Palestin. Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama [dengan mereka]. Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong [mu], hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan [pula] menjadi penolong.” (TMQ Surah an-Nisa’ [4]: 89).

“Ya Tuhan, saya tidak pernah melihat keadaan seteruk ini!! Sejak 18 hari lepas, kami menyaksikan berbagai perkara yang sangat menyayat hati; kami menguruskan mayat kanak-kanak yang ditembak, berkecai dan ada yang rentung. Tetapi, kali ini, anda tidak akan dapat membayangkan apa yang telah dilakukan oleh anjing-anjing Israel ke atas tubuh kanak-kanak ini.” – Dr Kayed Abu Aukal, Pegawai Perubatan [IINA, 14/1/2009]

Begitulah luahan dan gambaran oleh seorang doktor di Gaza. Beliau seakan tidak sanggup melihat tubuh seorang anak kecil perempuan berusia 4 tahun yang terkoyak-koyak akibat dimakan oleh anjing –anjing Israel yang keji. Arwah adik Shahd telah terkena sasaran peluru Israel yang menghujani belakang rumahnya ketika dia sedang asyik bermain. Walaupun keluarganya telah berusaha sedaya-upaya mencapai tubuh sikecil Shahd, jenazah puteri kesayangan mereka ini hanya mampu diselamatkan setelah 5 hari dengan keadaan yang mengerikan akibat dibaham oleh anjing-anjing tentera Israel. ”Anjing-anjing itu tidak menyisakan satu bahagian pun dari tubuh anak kecil ini” ujar beliau.

Muslimah yang dirahmati Allah,

Menelusuri sejarah silam, Palestin mula bersinar di pentas sejarah kaum Muslimin sejak Allah menyatukan negeri ini dengan Baitullah al-Haram, iaitu ketika Dia Subhanahu wa Taala mengisra’kan Rasul-Nya dari Masjid al-Haram menuju Masjid al-Aqsa. Maha Suci Zat Yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam, dari Masjid al-Haram menuju Masjid al-Aqsa, yang telah kami berkahi disekitarnya [TMQ Al-Isra (17):1]. Selaku kiblat pertama kaum Muslimin, Palestin menduduki posisi mulia sungguhpun setelah berlaku perintah menukar kiblat yang kedua iaitu Kaabah al-Musyarrafah 16 bulan setelah peristiwa Hijrah. Kesejahteraan Palestin yang berlindung di bawah naungan Daulah Islamiyyah dapat kita rasai keindahannya pada tahun ke 15 Hijrah setelah Khalifah kaum Muslimin Umar bin Al-Khattab menerima kunci dari Uskup Agung Saphranius sejurus selepas memeterai Perjanjian Al-Umariyah, yang mana terkandung di dalamnya permintaan dari kaum Nasrani iaitu “Tidak boleh seorang pun kaum Yahudi tinggal di daerah Palestin” [Negeri-negeri Muslim yang Terjajah, Pustaka Thariqul Izzah, 2005, hal 4-5].

Palestin hebat terlakar dalam lipatan sejarah. Negeri ini telah menjadi kuburan berskala besar pasukan tentera Salib (crusaders) dan Tartar. Akan tetapi bagaimanakah keadaan Palestin ketika ini? Apakah agaknya peranan yang mampu dimainkan oleh Muslimah dalam menanggapi kemelut berpanjangan di negeri pesisir Lautan Mediterranean yang sengsara dalam cengkaman Yahudi Zionis laknatullah?



Jika direnung sepintas lalu, amat berbeza situasi yang dialami oleh Muslimah di Gaza dan di Malaysia. Terbitnya fajar 2009, sebahagian ibu-ibu Muslimat di Malaysia agak sibuk menguruskan persekolahan anak-anak selain tugas seharian di rumah dan di tempat kerja. Penyembelihan ke atas umat Islam yang dilakukan rejim Zionis sungguhpun meninggalkan kesan mendalam dalam diri umat Islam termasuk Muslimah, akan tetapi jalan penyelesaian yang diambil lebih berdasarkan dorongan emosi yang bakal surut setelah isu ini kurang diperkatakan.

Apa yang umat Islam lakukan ketika ini hanya lah dengan membantah serangan dan pembantaian Yahudi Zionis terhadap umat Islam di Palestin iaitu dengan melakukan pelbagai demonstrasi yang rancak dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti parti politik pemerintah dan pembangkang, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan disertai oleh orang awam. Usaha ini malah disokong sendiri oleh para penguasa kaum Muslimin. Mereka melaungkan kata-kata mengutuk Yahudi Zionis, membuat sepanduk-sepanduk yang menunjukkan gambar-gambar kekejaman yang dilakukan Yahudi Zionis terhadap umat Islam Palestin, membakar bendera Israel dan boneka sekutu-sekutu Israel yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Barat serta penguasa-penguasa pengkhianat umat Islam sendiri dan sebagainya.

Selain itu, tidak kurang juga yang telah mewujudkan tabung dan dana seperti tabung Amal Palestin, juga Tabung NSTP untuk Gaza yang dilaporkan telah mencapai jumlah kutipan hampir RM2 juta. Hakikatnya, tiada kepastian adakah bantuan kewangan tersebut yang disalurkan akan dijamin sampai kepada umat Islam di Palestin atau sebaliknya. Pelbagai kempen pemboikotan secara besar-besaran produk-produk yang didakwa menyokong Israel dan Barat juga dilaungkan di sana-sini. Umat Islam diseru supaya memboikot produk-produk tersebut sehinggakan sebahagian mereka berusaha dan mengajak orang lain menolak 100% produk-produk khususnya makanan dan barang-barang keperluan harian. Di samping itu, ada juga yang menganjurkan solat hajat secara besar-besaran dan berzikir, memanjatkan berdoa ke hadrat Ilahi agar kekejaman Yahudi Zionis akan menerima balasan setimpal dari Nya.



Muslimah yang dimuliakan,

Apakah jalan yang penyelesaian yang dipilih oleh saudara-saudara seagama untuk membantu rakyat Palestin dapat menyelesaikan kekejaman yang tidak akan berakhir sungguhpun gencatan senjata telah disetujui kedua belah pihak? Adakah tabung dan kutipan derma yang diwar-warkan di seluruh negara malah di seluruh dunia ini dapat membantu mereka yang sengsara?

Hakikatnya, amat sukar meramalkan bahawa rakyat Palestin akan meraih manfaat darinya. Berdasarkan sepucuk surat yang ditulis oleh seorang Muslimah dari Gaza yang dikenali sebagai Umm Taqi yang dibacakan di hadapan ribuan orang yang menyertai demonstrasi di Marble Arch, London pada tanggal 17 Januari 2009, yang turut dibacakan dalam rancangan Muslimah Dilemma terbitan Islamic Channel, UK, beliau mengatakan: “Sadaqah baik kalian tidak sampai kepada kami dan ketika mereka membuka perbatasan hanya segelintir orang yang mendapatkan (sumbangan) itu.” [http://www.syabab.com/index.php?option=com_content&view=article&id=584:sebuah-surat-jeritan-tangis-dari-gaza-untuk-umat-islam-dunia&catid=23:akhbar-muslimin&Itemid=53]

Jika demikian, apakah agaknya penyelesaian paling tuntas untuk membantu mereka setelah kita menyedari bahawasanya kutipan derma dan pemboikotan barangan tidak sedikit pun mewujudkan perasaan gentar puak Kuffar Yahudi laknatullah itu terhadap kaum Muslimin?

Wahai Muslimah,

Sesungguhnya, jalan penyelesaian yang wajib dilaksanakan adalah untuk tempoh jangka panjang dan berkesan yang mana Yahudi Zionis dan Kuffar Barat akan dapat dikalahkan dan dihancurkan oleh umat Islam Palestin dan umat Islam seluruh dunia. Penyelesaian untuk semua permasalahan kekejaman dan penindasan terhadap umat Islam di Palestin dan negeri kaum Muslimin di seluruh dunia adalah dengan tertegaknya Khilafah Islamiah dan seterusnya penerapan syariat Islam. Penegakan Khilafah hanya akan dapat direalisasikan dengan dakwah oleh umat Islam, sepertimana kaedah usul fiqh iaitu “Suatu kewajipan tidak akan terlaksana tanpa sesuatu, maka sesuatu itu hukumnya menjadi wajib”

Maka, dakwah adalah suatu kewajipan yang dibebankan (taklifkan) ke atas umat Islam seluruhnya tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, tingkat pendidikannya tinggi atau sederhana, bekerja atau hanya suri rumah, dakwah tetap wajib dilakukan. Bagaimanapun keadaan kita, walau sibuk dengan urusan seharian, namun dakwah wajib dilakukan. Kaum Muslimah juga tidak terkecuali untuk berdakwah sesama kaum Muslimah untuk menjelaskan yang haq tentang kewajipan berusaha menegakkan Khilafah Islamiyah agar syariat Islam dapat diterapkan dan seterusnya melangsungkan kehidupan Islam di muka bumi ini. Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru manusia menuju (jalan) Allah.” [TMQ Al- Fushshilat [41]: 33].



“Hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat yang menyerukan kebaikan (Islam) dan melakukan amar makruf nahi mungkar.” [TMQ ali-Imran [3]: 104]

Rasulullah Salallahu alaihi wasallam bersabda: “Sampaikan lah dariku walaupun hanya satu ayat.” [HR At-Tirmidzi]

“Siapa saja yang menyeru manusia pada hidayah, maka ia mendapatkan pahala sebesar yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka.”[HR Muslim]

Dengan itu, maka akan terlihat oleh mata betapa indahnya hidup di bawah naungan Islam. Ini kerana dengan kewujudannya dan selama Khilafah Islamiah berdiri, maka Khalifah akan mengerahkan tentera-tentera kaum Muslimin untuk berjihad memerangi kaum Kuffar yang melakukan kekejaman terhadap kaum Muslimin. Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
“Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka ialah neraka jahanam. Dan itu lah tempat kembali yang seburuk-buruknya.” [TMQ at-Taubah [9]: 73]

Allah Subhanahu wa Taala juga berfirman: “Wahai orang-orang beriman, perangilah orang-orang kafir di sekitarmu itu, hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu dan ketahui lah bahawasanya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.” [TMQ at-Taubah [9]: 123]



Khatimah

Muslimah yang dirahmati Allah,

Setelah menyedari bahawasanya hanya dengan dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam (isti’naf fi al-hayati al-Islamiyyah) akan membuka jalan ke arah tertegaknya sebuah negara iaitu Daulah Islamiyyah yang bakal melindungi seluruh warga negara sama ada Muslim atau bukan Muslim, yang berkulit hitam, kuning atau merah, ketahuilah bahawa ia bukan satu perjalanan yang mudah. Saudara seagama kita di Palestin yang kita tangisi nasibnya itu perlukan pembelaan, yang mana usaha ke arah itu bukanlah semata-mata kewajipan kaum lelaki sahaja sebaliknya ia turut juga terbeban di atas bahu para Muslimah. Justeru, istiqamahlah kamu dengan dakwah. Janganlah kamu berhati walang dan mudah merasa lemah. Sepatah kata Umm Taqi dalam suratnya yang ditujukan kepada kaum Muslimin di seluruh dunia: “Tetaplah berjuang di Jalan Allah dan berdoalah agar kemenangan itu segera datang, InsyaAllah.”

Wallahu ‘alam bisshawab.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment