I AM FREE TO DO WHAT I WANT


Di dalam masyarakat hari ini, ramai di antara kita percaya bahawa kita bebas untuk berbuat apa sahaja yang diingini dalam kehidupan. Menjadi seorang yang berjiwa muda dan remaja bererti mempunyai berbagai-bagai perpektif kehidupan bersamanya. Sebaik sahaja kita melangkah ke dunia remaja di dalam masyarakat hari ini, kita akan terus ingin memperlihatkan bagaimana cara kehidupan yang dipilih. Samada keluar berhibur di kelab-kelab atau pub-pub, mencari cinta tanpa sebarang ikatan atau memberontak dengan keluarga dan pihak berkuasa; berkelakuan sesuka hati atau bersukaria tanpa batas, adalah satu perkara yang lumrah bagi para remaja.

Di dalam masyarakat Barat, para remaja telah mencipta dan didorong ke arah satu peranan di mana tanggungjawab adalah satu perkara yang asing dan hanya berminat untuk mencari keseronokan. Oleh itu, aktif secara seksual tanpa ada rasa tanggungjawab telah membawa kepada konsekuensi yang serius – contohnya seperti Alfie Patten, seorang kanak-kanak yang berumur 13 tahun telah menjadi seorang bapa pada usia yang begitu muda.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana satu kajian yang dibuat oleh Princeton Survey Research International dalam tahun 2005 telah mendedahkan bahawa di Amerika Syarikat, 27% remaja yang berusia di antara 13 - 16 tahun dan 41% remaja berusia di antara 14 – 15 tahun aktif secara seksual. Oleh yang demikian, adalah tidak menghairankan jika kehamilan ketika remaja merupakan masalah yang besar di Barat, di mana Amerika Syarikat dan Britain mempunyai kadar kehamilan tertinggi.

Walaupun sikap berbuat sesuka hati wujud di Barat, realitinya, kita hidup dalam sebuah masyarakat, bukan bersendirian. Oleh itu, walaupun ramai di antara kita cuba menterjemahkan kebebasan di dalam kehidupan sebagai hanya mencari dan mempunyai pekerjaan yang baik dan mempunyai keluarga yang stabil di mana akan membuat kita bahagia, kemungkinan individu yang lain pula menterjemahkan kebebasan ini dengan cara yang berbeza. Begitu juga jika kita merelakan diri kepada seorang perogol pasti akan membawa ke arah satu malapetaka yang dahsyat, walaupun perbuatan tersebut dilakukan sama dengan idea yang dipegang iaitu kebebasan untuk memuaskan diri sendiri. Jadi, jika kita benar-benar mempercayai bahawa kita perlu mempraktikkan kebebasan peribadi sepertimana satu kehidupan yang baik dan benar, pasti kita tidak mempunyai masalah apabila ada seorang perogol yang mempraktikkan kebebasan individunya, wujud di tengah–tengah masyarakat.

Adakah kita benar-benar bebas?
Inilah satu persoalan di mana orang-orang yang tinggal di dalam masyarakat Barat membuat berbagai-bagai andaian bagi jawapannya. Jika kita benar-benar bertanya soalan ini kepada diri kita, pasti jawapan yang ditemui adalah negatif. Kita sebenarnya tidak bebas. Walaupun masyarakat mempromosikan kebebasan seksual untuk memuaskan keinginan seksual seseorang, undang-undang British hanya membenarkan jika seseorang itu berumur 16 tahun ke atas. 


Walaupun kita mempercayai bahawa kita bebas untuk berpakaian sebagaimana yang kita sukai seperti memakai karung guni jika kita memilihnya, realitinya adalah jika seseorang itu memilih untuk berjalan di jalan-jalan raya dalam keadaan berbogel, dia pasti akan ditangkap. Jika anda meminta sebuah akhbar untuk melaporkan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh Ratu England, pasti anda akan diberitahu bahawa perkara itu tidak dibenarkan.
Oleh yang demikian, jelas lah bahawa kita tidak sebenar-benarnya bebas. Kita hanya bebas setakat yang dibenarkan oleh masyarakat dan pemerintah. Oleh itu, persoalannya, jika kita tidak benar-benar bebas, tetapi menjalani kehidupan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu, apakah peraturan yang perlu kita ikuti? Adakah mengikuti norma-norma kehidupan sesebuah masyarakat yang dipilih oleh manusia sendiri atau norma-norma dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta yang telah mencipta setiap dari kita?

Kebebasan hanya menyebabkan kita berfikir tentang diri kita sendiri
Keghairahan untuk memenuhi berbagai-bagai keinginan yang melebihi segala-galanya, akan melenyapkan rasa tanggungjawab daripada minda para remaja. Keinginan untuk mendapatkan kegembiraan bagi diri sendiri membuatkan seseorang mengutamakan keinginannya melebihi daripada orang lain.

Idea individualisme di dalam masyarakat menyebabkan ramai anak-anak muda berseronok tanpa batasan dan tidak memikirkan impak ke atas orang lain atau masyarakat. Individualisme memberikan lesen
kepada anak–anak muda lelaki untuk melakukan hubungan seksual sesuka hati mereka tanpa sebarang komitmen kepada pasangan perempuan mereka. Individualisme juga memberikan keinginan superfisial untuk memiliki teman wanita yang bersize 8, seperti contoh yang ditonjolkan dalam program realiti TV BBC di mana seorang ibu tunggal membuat pendedahan bahawa pasangannya telah meninggalkannya ketika dia hamil 5 bulan dengan alasan bahawa dia telah hilang kecantikannya. Individualisme juga menunjukkan bahawa ibu bapa yang lebih mengutamakan kejayaan kerjaya mereka atau hubungan cinta mereka daripada kesejahteraan anak-anak mereka sepertimana yang dilaporkan oleh Children’s Society Report 2009, telah mengakibatkan anak-anak menjadi lebih gelisah dan tidak gembira.

Panel yang menyediakan Children’s Society Report 2009 menyatakan bahawa individualisme yang berlebih-lebihan perlu digantikan dengan satu sistem di mana manusia mendapat kepuasan dengan membantu orang lain, bukan mengejar kejayaan peribadi.

Masyarakat Barat melahirkan idea individualisme sebagai satu idea bahawa manusia hidup di samping masyarakat dan yang penting ialah kesejahteraan peribadi, bukan perbuatan kita yang boleh memberi kesan kepada orang lain. Jika seorang lelaki melakukan hubungan sulit dengan seorang wanita sehingga wanita itu hamil dan kemudian meninggalkannya, dia bukan sahaja memberi kesan terhadap kehidupan wanita tersebut di mana wanita tersebut perlu terus hidup dan memelihara seorang anak serta mencari nafkah bersendirian, tetapi perbuatan lelaki tersebut juga turut memberi kesan terhadap kehidupan anak tersebut yang membesar tanpa seorang bapa. Perbuatan individu pasti memberi kesan terhadap masyarakat, dan inilah idea yang harus difahami oleh masyarakat Barat untuk menangani masalah keruntuhan sosial yang disaksikan sekarang.

Keprihatian Islam terhadap semua di sekeliling kita.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan disampaikan oleh Nu’man bin Basheer r.a., Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Contoh orang yang mendirikan din Allah dan orang yang meninggalkannya adalah umpama sekumpulan orang yang menaiki sebuah kapal, sebahagian memenuhi dek atas dan sebahagian lagi memenuhi dek bawah. Apabila orang-orang dari dek bawah memerlukan air, mereka perlu menaiki dek atas untuk mendapatkannya. Maka, sebahagian daripada mereka berkata, “kenapa tidak kita tebuk sebuah lubang di dek kita supaya kita tidak perlu menyusahkan orang-orang yang di dek atas?” Jika perbuatan mereka itu tidak ditegah, mereka semua akan tenggelam dan karam, tetapi jika sebaliknya, mereka akan terselamat.”
Di dalam hadis ini, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam menerangkan bagaimana manusia perlu bekerjasama untuk membiarkan kapal tersebut untuk terus terapung, sama seperti keadaan sesebuah masyarakat. Jika manusia hanya mencari kepuasan untuk memenuhi keperluan dan keinginan sendiri tanpa memikirkan orang lain, maka akhirnya mereka akan musnah. Oleh itu, Islam menyarankan supaya kita harus memikirkan tentang komuniti dan masyarakat, di samping memenuhi keperluan sendiri. Dibawah pemerintahan Khilafah Islam, sistem sosial Islam menekankan bahawa segala rangsangan ke arah keinginan seksual dijauhkan daripada masyarakat supaya masyarakat dan komuniti akan terpelihara daripada keganasan hubungan seksual secara rambang akibat kebebasan tanpa batas.

Kita hamba kepada Allah
Idea yang menyatakan bahawa kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki serta memenuhi sebarang keinginan dengan apa cara sekalipun adalah satu kedustaan. Jika kita tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap denyut jantung kita, berapa banyak litar saraf elektrik yang dihantar oleh otak kita dan berapa banyak oksigen yang kita sedut, bagaimanakah kita boleh mempercayai bahawa kita mempunyai kebebasan
untuk memenuhi keperluan dan keinginan badan kita sepertimana yang dibincangkan sebelum ini? Jelas, kita telah dicipta oleh Allah dan dihidupkan oleh Allah, jadi bagaimana kita mempunyai keberanian untuk mempercayai bahawa kita mempunyai pilihan untuk memenuhi keinginan kita, tetapi Allah tidak berhak menentukan apa yang harus kita perbuat? Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa;

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku”. [TMQ Az-Zariyat [51]: 56]

Ayat ini telah jelas menerangkan bahawa kita tidak mempunyai pilihan melainkan melakukan setiap perbuatan dengan mengikut perintah dan larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana tujuan kita hidup di dunia ini hanyalah untuk-Nya.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Sebarang perbuatan yang dilakukan bukan berdasarkan kepada urusan kita akan ditolak”.
Oleh yang demikian, tidak ada ruang untuk seseorang Muslim itu merasakan bahawa dia mempunyai kebebasan untuk memenuhi sebarang keinginannya. Setiap perbuatannya harus berlandaskan kepada Islam. Ini bukanlah bermaksud seorang Muslim itu harus bersembahyang dan berpuasa selama 24 jam sehari dan tidak melakukan perbuatan yang lain, tetapi kita juga harus mempunyai hubungan dengan orang lain, berjual beli, menghormati orang tua kita dan memenuhi masa lapang kita selari dengan tuntutan din Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebagai seorang Muslim, kita harus mengetahui bahawa kematian adalah satu kemestian dan hari pembalasan pasti akan datang, di mana kita akan diberi balasan ke atas segala perbuatan kita di dunia ini. Hari ini adalah hari di mana,
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula ” [TMQ Al-Zalzalah [99]: 7 – 8]

Oleh itu, seharusnya kita menggunakan minda kita untuk berfikir sebelum melakukan sebarang perbuatan kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan mempertanggungjawabkan kita walaupun untuk kesalahan kecil yang dilakukan akibat kesombongan kita mengingkari din-Nya. Bebas melakukan apa saja yang boleh membawa akibat yang buruk, tanpa mengambil kira samada perbuatan itu baik atau salah tidak seharusnya berlaku kepada seorang Muslim yang berfikir dan matang.
Seorang Muslim yang matang dan berfikir seharusnya mempunyai perasaaan ketaqwaan, ketakutan dan kesedaran tentang Penciptanya serta sentiasa menyala di dalam tubuhnya untuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam segala perbuatannya. Seharusnya ketakutan dan kecintaan seseorang terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu lebih besar untuk dapat menahan dirinya daripada terfikir untuk berpeleseran dengan teman-temannya.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berjanji bahawa ganjaran yang besar di luar daripada fikiran manusia menanti di akhirat, seperti firman-Nya,

“… dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.” [TMQ At-Thalaaq [65]: 5]

Sesungguhnya kehidupan di dalam masyarakat hari ini amat sukar bagi remaja Muslim kerana mereka sentiasa dipaksa untuk menyerah kalah kepada keinginan dan kesenangan manusia yang rendah. Tetapi, seorang Muslim itu harus mengetahui bahawa ini adalah jalan ke arah kehancuran bersama-sama orang di sekeliling mereka samada di dalam kehidupan ini mahupun di akhirat nanti. Dengan pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, oleh itu, mereka pasti dapat mencari kekuatan dan hidup semata–mata untuk-Nya, melebihi keinginan untuk memenuhi keinginan sebagai manusia;

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” [TMQ Yunus[10]: 63 -64]

Sumber : Islamic Revival
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment