Adakah Islam Menindas Wanita (Bhg 2)

…..sambungan dari bulan September

Wanita Barat diabad 21

Pemikir-pemikir dan ahli - ahli falsafah yang mencipta konsep kesetaraan gender diantara lelaki dan wanita mempercayai bahawa wanita boleh dikeluarkan dari kesengsaraan yang telah berabad dialami mereka. Oleh yang demikian, beberapa soalan perlu ditanyakan:

1) Adakah wanita moden hari ini telah keluar dari kesengsaraan yang berabad menghantui mereka?
2) Adakah sejarah ketidak seimbangan gender telah diperbaiki?
3) Apakah wanita mempunyai peluang yang lebih baik dari segi politik, sosial dan ekonomi?

Kejayaan wanita hari ini telah diukur dari segi kejayaan kerjayanya, berdikari dari segi kewangan dan maju atau setidak-tidaknya terjamin dari segi kebendaan. Personaliti seperti Michelle Obama, seorang yang dikatakan berjaya menguruskan kerjayanya dan pada masa yang sama menjadi ibu kepada dua orang anak dan isteri kepada seorang Presiden, sering disebut-sebut sebagai model contoh. Berserta ini ada satu pandangan bahawa kebergantungan kepada suami atau bapa akan menjadikan status seseorang wanita itu inferior dalam masyarakat. Terdapat satu sentimen bahawa jika seorang isteri atau ibu itu tidak mempunyai kerjaya sendiri, dia telah dikatakan gagal dalam kehidupan. Perkara ini tidak disuarakan secara terbuka tetapi ia terbukti apabila ramai wanita merasakannya apabila soalan ini ditanyakan kepada mereka (terutama dalam rancangan-rancangan ‘game- show’ ditelevisyen),”Apakah pekerjaan anda?” Perasaan tidak senang mereka ini tergambar dalam reaksi mereka apabila menjawab, “Saya hanya seorang ibu” atau “Saya hanya seorang suri rumahtangga”.

Sejarah masalahnya adalah ketidaksetaraan yang dialami oleh wanita berkaitan dengan hubungan dengan lelaki, semenjak mereka berjuang untuk mendapat kesetaraan hak dengan lelaki dari segi kerjaya, pendapatan, peluang dan politik. Ini telah membawa perubahan sikap yang nyata terhadap peranan gender dalam masyarakat, dengan mempercayai bahawa wanita seharusnya mempunyai hak yang sama dengan suami dalam mencari nafkah untuk menanggung keluarga. Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Cambridge dalam tahun 1996 mendapati pandangan terhadap tugas lelaki dalam mencari nafkah untuk menanggung keluarga dalam masyarakat telah jatuh dari 65% dalam tahun 1984 kepada 43% dalam tahun 1994. 45% dari ibu – ibu British adalah bekerja dan bergaji manakala di US, 78% dari wanita yang berada dalam tenaga kerja mempunyai anak – anak yang berusia diantara 6 ke 17 tahun.


Kerajaan-kerajaan Eropah turut mendorong pandangan kejayaan seperti yang disebutkan tadi. Mereka memuji wanita-wanita yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka, malah turut juga memberi insentif kewangan bagi para ibu –ibu untuk memasuki pasaran kerja. Kerajaan Buruh di UK telah memperkenalkan “National Childcare Strategy” dalam tahun1998 bagi menyediakan ribuan tempat- asuhan kanak-kanak bagi ibu-ibu untuk meninggalkan anak-anak mereka ketika meneruskan kerjaya mereka. Mereka juga diberi faedah dari segi kewangan, contohnya seperti “Working Families Tax Credit” bagi memastikan penjagaan anak mampu dilaksanakan. Jill Kirby dari organisasi “Full – Time Mothers” memberi komen, “Insentif kewangan disediakan untuk keluar bekerja tetapi tidak ada insentif kewangan untuk tinggal dirumah.”

Ini secara natural telah memupuk satu pandangan dalam masyarakat bahawa salah satu objektif terpenting dalam kehidupan adalah mengejar kejayaan dalam kerjaya. Kepercayaan ini beranggapan bahawa kerjaya akan memberi wanita status dan kehormatan dalam masyarakat sehinggakan sanggup menangguh atau menggelak dari berkahwinan kerana ia dianggap sebagai satu penghalang kepada objektif kerjaya. Memiliki anak juga akan ditangguhkan atau barangkali juga memilih untuk tidak memilikinya langsung. Kepercayaan ini juga beranggangapan bahawa menjadi seorang ibu akan menghalang peluang untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi atau cemerlang dalam kerjaya. Wanita-wanita yang tidak bekerja juga sentiasa merasa tekanan untuk berbuat sedemikian.


Wanita pada hari ini agak bernasib baik, bahkan dari segi pendapatan. Walaupun Undang –undang Kesetaraan Gaji (Equal Pay Legislation) telah berlaku selama tiga puluh tahun di negara-negara maju, wanita masih terus mendapat pendapatan yang lebih rendah berbanding lelaki dalam melakukan pekerjaan yang serupa. Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan apabila wanita digalakkan untuk memasuki pasaran kerja kerana keperluan ekonomi apabila mereka telah diminta untuk menyumbang kepada sektor ekonomi ketika Perang Dunia Kedua:

“Satu faktor yang utama dalam emansipasi wanita adalah keperluan ekonomi… Pemodenan ekonomi telah membawa kepada keperluan tenaga kerja wanita yang ditambah pula dengan mobilisasi peperangan moden…Penglibatan wanita dalam bidang ekonomi dan perubahan sosial adalah hasil dari ini dan telah berterusan sepanjang tempoh peperangan dan juga selepas peperangan, dan malah telah membawa kepada beberapa perubahan perundangan yang lebih memihak kepada wanita. Ini telah mengakibatkan beberapa kesan dalam kehidupan sosial dan keluarga”.
Ini juga memperjelaskan mengapa selepas lebih dari seabad melaungkan kesetaraan gender dan hak-hak wanita, dalam abad ke 20, di UK hanya mempunyai 4% hakim wanita, 11% pengurus wanita, dan hanya 2% dari 100 orang direktor FTSE adalah dari golongan wanita. Wanita berkerjaya juga sentiasa merasa bersalah apabila masa yang dapat dihabiskan bersama anak-anak adalah terhad. Ini ditambah pula dengan keadaan dimana kehidupan seorang wanita sentiasa juga sebagai seorang isteri, ibu dan wanita berkerjaya. Dalam kebanyakan keluarga, bahkan status seorang wanita yang berkerjaya, tidak juga dapat mengurangkan tugas-tugas rumahtangganya.

Joseph H. Pleck, seorang pakar sosiologi memberi komen bahawa:

“Para cendikiawan juga bersetuju bahawa, walaupun dalam kajian yang dibuat, ada statistik yang menunjukkan suami-suami yang mempunyai isteri-isteri yang berkerjaya membuat lebih kerja-kerja rumah, tetapi malangnya, penambahan ini adalah kecil disegi magnitud, malah isteri-isteri yang berkerjaya ini terus melakukan kebanyakan tugas – tugas dirumah.”
Harinya dihabiskan dengan bergegas dari melakukan satu tanggungjwab ke satu tanggungjawab yang lain, membuat sarapan untuk keluarganya, menyediakan makan tengahari untuk suaminya, memandi, menyiap dan menghantar anak-anak kesekolah, bergegas ketempat kerja, seharian melakukan kerja-kerja rumah yang berat, bergegas mengambil anak-anak dari sekolah dan menghantar mereka kekelas-kelas tambahan, menyediakan makan malam, menyiapkan anak-anak untuk tidur dan rutin ini akan terus berulang. Biasanya dia akan merasakan bahawa dia tidak dapat melakukan tugas-tugasnya dengan baik kerana terlalu letih, stres dan sengsara. Lisa Belkin didalam sebuah buku yang bertajuk “Life’s Work: Confessions of an Unbalanced Mom”, menulis:

“Sepertinya tidak ada seorang dari kita pun yang dapat memberi 100% diri kita untuk pekerjaan kita dan 100% diri kita untuk keluarga kita, dan 100% diri kita untuk diri sendiri”.
Oleh itu, walaupun telah berabad berjuang dengan prejudis usang ini, wanita masih tidak mendapat pengiktirafan yang lebih baik. Malah, dalam sesetengah perkara adalah lebih buruk lagi. Diabad ke 21 ini, wanita telah beralih dari hanya ‘other half’ lelaki kepada satu objek yang tidak lain hanya memenuhi keinginan lelaki. Walaupun wanita telah berhadapan dengan dilema ini semenjak mereka mula memasuki pasaran kerja, hari ini wanita berdepan dengan diskriminasi gender yang lebih teruk. Dalam banyak bidang, bukan hanya di Kota London, wanita kini diambil bekerja bukan kerana keupayaan dan keintelektualan mereka tetapi, kerana paras rupa mereka. Daya tarikan seksual mereka merupakan asas utama untuk mendapat sesuatu pekerjaan, samada untuk menarik klien dengan keseksualannya, atau untuk ‘fit into the team’. Dalam satu artikel oleh BBC News Online (Laddism in the City, 10/4/2001) telah memperlihatkan kesengsaraan ramai wanita yang bekerja dibandar; dimana ramai diantara mereka yang berkata bahawa mereka “telah disentuh oleh rakan sekerja, kenalan atau pesaing…dan berfikir untuk melawan adalah buruk untuk perniagaan”. Mesyuarat ‘team building’ dan ‘client facing’ biasanya dilakukan di kelab –kelab tarian bogel atau di bar-bar, seperti mana yang diungkapkan oleh seorang wanita, memilih untuk tidak menyertai bukanlah satu pilihan, “Anda harus menjadi sebahagian dari kumpulan… mereka melihatnya sebagai satu perkara serious yang melibatkan keuntungan (jika anda tidak menghadiri acara- acara tersebut)”. Ada satu perkara yang menarik yang diperkatakan oleh pengarang artikel BBC dimana seorang peniaga bon yang telah ditemuramah untuk artikel tersebut mencadangkan kepada beliau bahawa “satu layanan seksual adalah satu bayaran yang munasabah bagi mendapat pandangannya mengenai kejatuhan pasaran bon kerajaan UK dalam urusniaga tengahari.”
Oleh kerana itu, terdapat seperti ada kesalahan tentang hubungan diantara lelaki dan wanita. Wanita mungkin tidak lagi ditindas sepertimana yang mereka hadapi beberapa abad yang lampau, tetapi, penindasan masih tetap dialami mereka hari ini, yang berbeza hanyalah dari segi manifestasinya. Masalah sebenarnya terletak pada pernyataan bahawa lelaki atau wanita, tidak inferior dari satu dengan lain. Memperbetulkan sejarah prejudis ini sahaja bukanlah dasar untuk menerangkan tentang hubungan diantara manusia. Pernyataan yang menyatakan bahawa lelaki dan wanita adalah setara (i.e. wanita tidak inferior dari lelaki), jika konteks sejarahnya diambil kira, ia adalah satu perkara biasa. Walaupun begitu, ia tetap meninggalkan beberapa persoalan yang tidak terjawab. Ia tidak menerangkan bagaimana lelaki dan wanita dapat bekerjasama untuk membentuk satu masyarakat yang berpadu. Dalam konteks yang lebih luas, kesetaraan itu sendiri adalah terhad didalam menangani pertelingkahan dan mengatur hubungan natural yang wujud diantara manusia. Satu pernyataan yang biasa tentang kesetaraan sesama manusia tidak dapat memberi panduan keatas isu perbezaan dan fakta ini memerlukan idea-idea dan prinsip-prinsip tambahan yang lebih terperinci huraiannya. Pada realitinya, laungan tentang kesetaraan hanya membuatkan manusia menjadikannya kayu pengukur untuk inspirasi memanggil dan melaungkan bahawa kesetaraan itu sendiri adalah satu penindasan.

Hubungan Lelaki dan Wanita

Kita dilahirkan dengan mempunyai keluarga dan saudara-mara dan secara semulajadi kita mempunyai hubungan dengan mereka. Kita berinteraksi dengan teman –teman dalam aktiviti sosial, dan hubungan yang wujud diantara lelaki dan perempuan akan menentukan halatuju keturunan manusia melalui reproduksi manusia. Oleh itu, beberapa kerangka diperlukan untuk menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab lelaki, wanita dan anak-anak mereka bagi melahirkan satu masyarakat yang koheren(berhubungan/bersangkutpaut).

Perbezaan diantara lelaki dan wanita yang mempunyai keperluan-keperluan tertentu dan persoalan-persoalan yang kompleks, dimana pengurusannya adalah satu elemen penting dalam memastikan satu perpaduan sosial. Sebarang kegagalan untuk mengenalpasti atau mengurus keperluan-keperluan dan persoalan-persoalan ini dalam erti kata kesetaraan akan membawa kepada satu penindasan, sama seperti mempercayai bahawa ia adalah satu simbol bahawa satu gender adalah lebih superior dari gender yang satu lagi.

Masalahnya adalah pemikir-pemikir feminis dan liberal ini memandang perbezaan diantara lelaki dan wanita adalah akibat konstruksi sosial, bukan satu fakta biologi. Mereka juga menyatakan bahawa perbincangan dari segi perbezaan yang telah pernah dilakukan pada masa lampau, hanyalah satu alat untuk memberi wanita peranan-perana yang lebih rendah. Pada masa lampau di Eropah terdapat beberapa andaian yang tidak munasabah, yang bukan fakta mengenai perbezaan diantara lelaki dan wanita (contohnya, adakah wanita kurang cerdik, kurang keupayaan untuk membuat penghakiman, dan rendah keupayaan untuk belajar dan berfikir). Perbezaan diantara gender dan seks kelihatan seolah-olah menjustifikasi dan membantu untuk memisahkan perkembangan dari fakta biologi, tetapi, menolak segala perbezaan yang dikatakan akibat produk dari keadaan sosial sebenarnya tidak boleh dijadikan satu penerangan akan sifat semulajadi manusia.

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara diantara lelaki dan wanita dimana ia telah menjadi perdebatan dalam bidang sains dan syarahan-syarahan ahli-ahli falsafah sejak beberapa milenia; dari kajian oleh ahli psikologi dan neuro saintis, kepada kesimpulan oleh Pluto and Aristotle. Malah, diantara pecahan gerakan feminis yang semakin meningkat adalah mereka yang mempertahankan hak dan rela tidak menafikan perbezaan diantara lelaki dan wanita. Mereka melakarkan perbezaan diantara lelaki dan wanita untuk mengenalpasti keunikan wanita dan menafikan asimilasi lelaki yang dihasilkan dari interpretasi ciri-ciri wanita dalam istilah lelaki. Mereka memperlihatkan kewanitaan dan ciri-ciri berfikir kontemporari dalam banyak perkara. Satu kajian oleh Prof. Jacqueline Adhiambo-Oduol dapat dibuat satu kesimpulan bahawa:

“Ketegangan emosi wujud diantara konsep kesetaraan yang mengandaikan kesamaan, dan konsep gender yang mengandaikan perbezaan. Kesetaraan gender menjadi kontradik dari segi istilah, malah sesuatu yang bodoh”.
Kesimpulan dari kajian saintifik dan falsafah ini adalah berbeza dan perbagai. Banyak telah didapati dengan jelas tidak diiktiraf dan salah, malah kaedah yang digunakan untuk memahaminya terutama alat Freudian atau survey Gilligan (juga persoalan mengenai pengetahuan yang relevan keatas perbezaan semulajadi dalam menyelesaikan masalah sosial yang pratikal). Walau bagaimanapun, huraian ini menunjukkan bahawa perbezaan diantara lelaki dan wanita sentiasa diperhatikan dan bukanlah satu fenomena yang baru. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tidak seperti sesetengah kesimpulan, perbezaan boleh diterjemah sebagai satu inferioriti atau superiority bagi mana-mana gender.

Dari itu, adalah jelas bahawa seorang wanita Barat yang berjaya, secara ironinya telah dijadikan sebagai satu penanda aras untuk mengukur kejayaan dan pastinya bebas memilih untuk berseronok dengan apa yang dilakukan, walaupun hanya dibayar setengah ke tiga suku dari amoun yang diperolehi lelaki dalam melakukan pekerjaan yang serupa. Sesungguhnya ini adalah satu kebenaran kecuali jika dia seorang pelacur atau seorang model dimana hanya dalam kedua-dua bidang ini sahaja wanita menjana pendapatan yang lebih tinggi dari lelaki untuk pekerjaan yang sama.

bersambung ke bahagian terakhir dari sudut pandang Islam di edisi
Disember…….

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment