Adakah Islam Menindas Wanita? (Bahagian Akhir)


Kerangka Sosial Islam

Islam mempunyai satu pandangan yang sangat berbeza terhadap wanita; Islam tidak menilai sesuatu perbuatan, tanggungjawab atau seseorang individu itu berdasarkan kepada besarnya sumbangan mereka terhadap ekonomi atau sesebuah negara. Islam menilai seseorang individu, lelaki atau perempuan berdasarkan perbuatan mereka sama ada mematuhi perintah Sang Maha Pencipta serta tahap ketakwaan mereka. Sebagaimana yang diucapkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis:

Seorang Arab itu tidak semestinya lebih baik daripada seorang yang bukan orang Arab mahupun orang yang bukan Arab itu lebih baik daripada seorang Arab; malah seorang yang berkulit putih itu tidak semestinya lebih baik daripada seorang yang berkulit hitam malah seorang yang berkulit hitam itu tidak semestinya lebih baik daripada seorang yang berkulit putih kecuali takwa dan perbuatan yang baik.” (Sahih Muslim)

Oleh itu, kejayaan seseorang wanita itu dalam Islam adalah apabila dia mematuhi dan menghormati perintah-perintah Penciptanya dimana kepercayaan dan perbuatan merekalah yang akan menentukan destinasi mereka selepas kematian nanti.

Dalam Islam, apabila lelaki dan wanita itu mempunyai kualiti serupa secara semulajadi, tanggungjawab yang ditetapkan kepada keduanya seperti solat, puasa dan mengerjakan haji adalah sama. Walaubagaimanapun, apabila keadaan semulajadinya berbeza, maka tanggungjawab yang ditetapkan adalah berbeza. Oleh itu, seorang suami atau bapa telah dipertanggungjawabkan dengan kewajipan untuk melindungi keluarganya dan menyediakan keperluan kewangan bagi mereka. Wanita pula telah dipertanggungjawabkan dengan tugas utama untuk memastikan kebajikan keluarga dengan mengasuh anak-anak dan memperkembangkan kecerdasan mereka.

Tugas yang dipertanggungjawabkan keatas lelaki (dalam Islam) tidaklah dilihat sebagai lebih baik daripada tugas yang dipertanggungjawabkan keatas wanita. Malah, tugas yang ditetapkan keatas lelaki dilihat sebagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi dan setiap lelaki itu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Begitu juga dengan wanita, mereka juga akan dipertanggungjawabkan dengan sebaik manakah mereka telah penuhi kewajipan mereka. Kedua-dua tanggungjawab ini saling berkait rapat diantara satu sama lain dan ia adalah penting bagi sesebuah keluarga dan masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna dan tenang. Sebenarnya, kebertanggungjawaban kepada Allah Subhanahu Wa Taala lah yang menghalang seseorang wanita Muslim yang taat itu daripada memberikan lebih keutamaan kepada kerjayanya berbanding kebajikan keluarganya, kerana kejayaan baginya adalah sebaik mana telah dipenuhi tanggungjawabnya yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Taala dan bukanlah sebanyak mana wang yang diperolehinya atau kerjaya yang bagaimanakah yang dikejarnya? Walaubagaimanapun, ini tidak bererti seseorang wanita itu dilarang untuk memilih kerjaya yang diingini.

Islam telah didatangkan dengan peraturan syariah yang dipertanggungjawabkan keatas lelaki dan wanita. Apabila peraturan syariah menerangkan kesan perbuatan setiap mereka, ia tidak pernah memberi perhatian atau mengambil kira isu kesetaraan sedikit pun. Malah, ia melihat bahawa ini adalah satu permasalahan yang memerlukan satu penyelesaian. Oleh itu, ia menerangkan perbuatan tanpa mengambil kira sama ada ia adalah satu masalah yang berkaitan dengan lelaki mahupun wanita. Oleh yang demikian, persoalan kesetaraan atau kurangnya kesamarataan antara lelaki dan wanita bukanlah subjek perbincangan. Penyataan ini tidak wujud dalam perundangan Islam. Yang ada hanyalah peraturan hukum mengenai kejadian akibat perbuatan sesetengah manusia tanpa mengira lelaki atau wanita.

Justeru itu, kesetaraan antara lelaki dan wanita bukanlah isu untuk perbincangan, bukan juga satu isu yang menjadikannya satu subjek dalam sistem sosial Islam. Wanita setara dengan lelaki atau lelaki setara dengan wanita bukan satu perkara signifikan yang telah mempengaruhi kehidupan bermasyarakat, mahupun satu permasalahan yang akan berlaku dalam kehidupan Islam. Ia hanyalah satu frasa yang hanya ditemui di Barat. Islam tidak ada kaitan dengan istilah-istilah ini kerana sistem sosial Islam telah dibina berdasarkan kepada asas yang memastikan kepaduan kaum dan masyarakat.

Peraturan syariah telah digubal berasaskan kepada dasar ini dimana hak-hak dan tanggungjawab lelaki dan wanita telah ditetapkan. Apabila hak-hak dan tanggungjawab itu untuk manusia secara amnya, maka kita akan mendapati bahawa ia telah ditetapkan untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Justeru itu, hak-hak dan tanggungjawab itu untuk kesemuanya, yang telah ditetapkan kepada lelaki dan wanita sebagai satu peraturan tanpa perbezaan atau pun ketidaksamaan. Oleh itu, seseorang itu akan mendapati bahawa Islam tidak pernah membezakan lelaki dan wanita apabila manusia diseru kepada Islam. Malah, ia juga tidak membezakan lelaki dan wanita dalam perintah untuk menyeru manusia kepada Islam. Ia juga bukan membezakan lelaki dan wanita dalam perintah untuk berdakwah. Ia juga telah menjadikan perintah-perintah yang berkaitan dengan Islam seperti solat, berpuasa, mengerjakan haji, berpolitik, bekerja dan membayar zakat sama dari segi tanggungjawabnya. Ia juga telah menerangkan sifat-sifat moral sebagai peraturan – peraturan syariah bagi lelaki dan wanita tanpa sebarang perbezaan. Ia juga menerangkan peraturan mengenai urusan dalam masyarakat seperti membeli, menyewa, perwakilan, penjagaan dan lain-lain yang berhubungan dengan manusia sama bagi lelaki dan wanita. Islam telah menetapkan hukuman-hukuman dalam pelanggaran peraturan – peraturan Allah Subhanahu wa Taala dengan penalti-penalti yang telah ditentukan terlebih dahulu atau berasingan keatas lelaki dan wanita tanpa diskiminasi dalam kapasiti mereka sebagai manusia. Tambahan pula, Islam telah menjadikan pelajaran dan pembelajaran satu kewajipan terhadap Muslim tanpa mengira lelaki atau pun wanita. Oleh itu, Allah Subhanahu Wa Taala telah mencipta semua peraturan berkaitan dengan manusia bersesuaian dengan kapasiti mereka sebagai manusia, sama bagi lelaki dan wanita tanpa sebarang perbezaan. Justeru itu, perintah–perintah dari perspektif ini kesemuanya sama dan hak-hak serta tanggungjawab adalah sama. Ayat-ayat dan hadis yang berkaitan dengan peraturan–peraturan ini dianggap sebagai umum dan termasuk kepada manusia dalam kapasiti mereka sebagai manusia. Sesungguhnya banyak ayat-ayat yang menyatakan tanggungjawab yang sah adalah untuk lelaki dan wanita. Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman:

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang tetap ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”[TMQ Al-Ahzab :35]

Oleh itu, kesemua peraturan didalam Islam yang berkaitan dengan manusia adalah sesuai untuk semua manusia sebagai manusia, apa pun juga peraturan-peraturannya dan walaubagaimana banyak dan berbeza sekalipun ia. Allah Subhanahu wa Taala telah mencipta peraturan–peraturan ini seragam bagi lelaki dan wanita, walaupun ini tidak boleh dianggap sebagai kesetaraan diantara lelaki dan wanita. Lebih tepat lagi, kesemua peraturan ini dicipta untuk manusia tanpa membezakan lelaki dan wanita kerana kedua-duanya adalah manusia dan peraturan –peraturan ini adalah dari kata-kata Allah Subhanahu wa Taala berkaitan dengan perbuatan manusia.

Apabila hak, tanggungjawab dan perintah berkait dengan tabii lelaki dan wanita secara fizikal, anatomi dan biologi, maka hak dan tanggungjawab itu akan berbeza disebabkan oleh perbezaan yang semulajadi ini. Ini adalah kerana penyelesaian-penyelesaian diperlukan untuk masalah–masalah yang timbul dari perbezaan ini. Oleh yang demikian, penyelesaiannya bukan untuk manusia amnya tetapi untuk satu gender tertentu yang mempunyai karaktor yang berbeza dari yang lain. Apabila sesuatu masalah dihadapi oleh satu gender akibat daripada ciri-ciri semulajadinya, peraturan yang berkaitan dengan gender tersebut tidak boleh diterima pakai secara amnya oleh sesiapapun kerana masalah itu hanya dihadapi oleh gender tersebut. Justeru itu, peraturan itu secara amnya tidak boleh diterima pakai dan hanya peraturan khusus perlu digunakan untuk menyelesaikan persoalan terbabit.

Justeru itu, testimoni dua orang wanita adalah bersamaan dengan testimoni seorang lelaki dalam perkara yang berlaku dalam kehidupan umum. Contohnya testimoni yang berkaitan dengan urusan kewangan:

“Dan persaksikanlah dengan dua saksi dari orang-orang lelaki diantaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan yang kamu redai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatinya” [TMQ Al-Baqarah:282]

Testimoni wanita hanya boleh diterima dalam perkara-perkara yang berlaku dalam kalangan komuniti perempuan sahaja dimana tidak terdapat lelaki seperti jenayah yang berlaku didalam tandas (awam) wanita. Testimoni seorang wanita adalah memadai bagi perkara–perkara yang biasa hanya bagi wanita seperti persoalan mengenai kegadisan, keibuan dan penyusuan. Ini adalah kerana Rasulullah Sallalahu Alaihi Wa Sallam menerima testimoni tentang penyusuan dari seorang wanita. Dalam situasi dimana seorang suami menuduh isterinya curang, testimoni dari wanita tersebut dapat membatalkan testimoni suaminya.

Islam telah memerintahkan supaya pakaian wanita berbeza daripada pakaian lelaki. Islam melarang berpakaian menyerupai yang lain dan meniru sesuatu yang khusus untuk sesuatu gender atau sesuatu yang membezakan gender yang lain, seperti menghiasi anggota badan tertentu. Ini telah diriwayatkan bahawa Rasulullah Sallalahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda:

“Pesuruh Allah telah melaknat lelaki yang berpakaian wanita, dan wanita yang berpakaian lelaki.”

[Diriwayatkan oleh al-Hakim yang mengesahkan kesahihannya]

Dengan ini, lebih kurang 14 kurun yang lalu, kerangka sosial Islam telah mengiktiraf hak-hak wanita seperti pendidikan, pekerjaan, hak untuk mengundi, perlibatan politik, pilihan dalam perkahwinan, hak untuk bercerai, hak sebagai warganegara, hak untuk bekerja dan hak untuk memiliki harta. Dalam masyarakat Barat, wanita masih lagi bergelut dengan sistem untuk mendapatkan hak-hak mereka.

Kebebasan hanya menyebabkan kesangsaraan wanita.

Islam telah mengatur kehidupan umum melalui pengasingan diantara lelaki dan perempuan dan secara terperinci mengkhususkan cara berpakaian bagi lelaki dan wanita. Maka dengan cara ini, peranan lelaki dan perempuan telah ditakrifkan dengan jelas dan tiada perjuangan gender berlaku dalam sejarah Islam. Islam telah mengatur kehidupan umum dengan mengatur masa dimana lelaki dan wanita boleh bertemu dalam memenuhi keperluan asas hidup. Ini kontra dengan masyarakat Barat yang mengatur kehidupan sosial dengan mengalihkan halangan-halangan dan membenarkan kerelaan. Kecenderungan kearah keinginan seksual yang berpanjangan telah menimbulkan beberapa kesan yang tidak diingini oleh umum.

Sesebuah masyarakat dimana lelaki dan wanita sering disogokkan dengan pelbagai imej seksual setiap masa samada melalui televisyen, billboards, akhbar atau majalah pasti akan mengarah kepada rangsangan seksual yang tidak dapat dielakkan lagi.

Dalam masyarakat yang secara terang-terangan menggalakkan warganya bersaing dengan fesyen terkini yang lebih memberi perhatian kepada beberapa bahagian anggota badan tertentu. Bagi wanita, tekanan untuk terus tinggi, kurus dan memiliki bibir bak disengat lebah berterusan disamping tekanan yang bermusim.

Orang ramai juga berpeluang untuk bertemu melalui ‘speed dating’, ‘singles’ nights’, iklan hati-hati yang kesunyian dan kelab-kelab malam. Ini ditambah dengan beberapa novel romantik, drama bersiri dan filem-filem yang telah membentuk dan menyebarkan idea bahawa seseorang itu boleh menemui cinta ketika memesan espresso, menaiki keretapi atau menghadiri kuliah sejarah Abad ke-20 perjuangan tentera di Bolivia.

Keterujaan goncangan seksual ini hanya boleh dipenuhi dengan beberapa cara yang semakin meluas dimana kesemuanya berdasarkan kepada konsep yang berteraskan kebebasan untuk memilih bagaimana cara hidup, menggunakan tubuh badan dan memenuhi keinginan. Cara-cara untuk memenuhinya adalah melalui bahan-bahan pornogafi, ‘one – night stands’, melanggani pelacur, bertukar-tukar pasangan, kelab-kelab ‘strip’, kesetiaan, perkahwinan, serangan seksual dan penderaan kanak-kanak yang berterusan. Oleh yang demikian, caranya tergantung kepada kecenderungan seseorang itu dan sesungguhnya kita pasti akan berhadapan dengan kekacauan seksual.

Bukankah menjadi satu pertanyaan bahawa model masyarakat yang telah dilakarkan mendapati mereka berhadapan dengan peningkatan kadar jenayah seksual, tanpa mengira sama ada ia kecil atau besar? United Kingdom mempunyai kadar tertinggi di Eropah bagi kehamilan remaja, kadar bagi jangkitan pindahan seksual telah mencapai tahap pandemik, manakala seorang wanita diberitakan dirogol setiap tiga minit di Britain dan jumlah Daftar Pesalah Sex Kanak-kanak dianggarkan sebanyak 230,000 orang dimana 3,400 orang pedofilia sedang menjalani hukuman di UK. Di Amerika Syarikat pula, 1.3 wanita dirogol setiap minit. Ini menjadikan 78 kes rogol setiap jam, 1,872 kes rogol setiap hari, 56,160 kes rogol setiap bulan dan 683,280 kes rogol setiap tahun.

Islam dan Wanita

Perspektif Islam adalah kontra kepada keadaan yang buruk ini dimana rangsangan seksual hanya boleh dipenuhi melalui ikatan perkahwinan yang mana secara semulajadinya adalah satu perkara yang sulit. Umumnya tidak merangsang sebarang naluri seksual, tiada tempat-tempat bagi orang bujang untuk bertemu dan memulakan hubungan sulit, tiada pornografi, tiada pelacuran. Islam telah merangkakan secara jelas melalui sistem sosial bagaimana lelaki dan wanita boleh berhubungan dan peraturan-peraturan ini yang akan memastikan bahawa masyarakat Islam tidak akan menghadapi masalah–masalah yang melanda masyarakat Barat. Islam berpendapat adalah lebih baik bagi kita untuk menganggap bahawa maruah wanita seharusnya lebih tinggi daripada mereka berada dijalan-jalan kota London yang akan membawa kearah kehancuran mahupun dipentas-pentas peragaan di kota Milan dan Paris. Islam bukan sahaja telah memerintahkan bahawa naluri seksual tidak boleh dirangsang secara terbuka tetapi seseorang wanita itu juga tidak boleh dinilai berdasarkan kepada saiz baju dan saiz bra, rupa paras, ketinggian, kepandaian berfesyen, kemahiran menawar harga ketika jualan murah, panjang kakinya, pandai mengkoordinasikan warna, mahir bergosip atau berbakat menari mengikut muzik ketika mabuk.

Islam telah menetapkan cara berpakaian yang khusus bagi wanita dalam kehidupan umum. Peraturan-peraturan yang memberi penerangan mengenai aurat adalah berbeza antara lelaki dan perempuan kerana ciri-ciri semulajadi mereka yang berbeza. Aurat lelaki dihadapan lelaki dan wanita adalah dari pusat ke lutut, manakala wanita pula, auratnya adalah keseluruhan anggota badan kecuali dua tapak tangan dan mukanya sahaja. Terdapat pengecualian bagi wanita dalam kehidupan peribadinya dimana auratnya adalah diantara bahu hingga kebawah kakinya. Islam membenarkan lelaki dan wanita memperlihatkan aurat mereka dalam keadaan yang tertentu seperti diantara suami dan isteri, kepada seorang hakim (dalam keadaan bagi menentukan identiti dan umur seseorang), kepada seorang doktor (dalam keperluan perubatan seperti rawatan kehamilan) dan dalam tahap tertentu kepada mahramnya (lelaki yang tidak boleh dikahwininya). Oleh kerana hampir keseluruhan anggota badan wanita adalah dianggap aurat, maka Islam telah memerintahkan supaya wanita menutup aurat dalam kehidupan umum. Oleh itu, Islam telah membuat peraturan –peraturan yang berkaitan hijab dimana Islam telah mewajibkan menutup aurat dari hujung rambut sehingga kehujung kaki kecuali muka dan kedua tapak tangan dan jilbab itu mestilah sehelai pakaian luar yang panjang (tidak terpotong dan terpisah) serta longgar hingga ke kaki. Banyak artikel telah ditulis mengenai hijab semenjak larangan pemakaiannya di Perancis, dan kita seharusnya memahami perkara ini dengan jelas bahawa kod berpakaian bagi wanita tidak boleh dibincangkan berdasarkan kepada pemahaman Barat. Sesuatu yang sesuai dan diterima pakai seharusnya diambil dari teks-teks Syariah dan bukan dari fikiran manusia. Malahan, perkara ini tidak dibenarkan oleh Islam untuk diberikan sebarang merit bagi sebarang kajian ataupun sampai ketahap penggubalan undang-undang mahupun perbincangan umum. Perbincangan yang sebenarnya adalah peraturan – peraturan yang telah ditetapkan oleh Syariah.

Dalil tentang dua perkara yang berkaitan dengan pakaian yang dibenarkan dalam kehidupan umum adalah firman Allah Subhanahu wa Taala mengenai pakaian atas yang seperti berikut:-

“Hendaklah mereka menutupi kain kerudung mereka kedadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka……….” [TMQ An-Nur:31]

Manakala firman Allah kepada Rasullah Sallalahu Alaihi wa Sallam pula mengenai pakaian yang dibawah:

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak–anak perempuan kamu serta wanita-wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.”[TMQ Al-Ahzab: 59]

Ummu Athiyah (RA) pernah meriwayatkan bahawa:

“Pesuruh Allah telah memerintahkan kami membawa wanita-wanita yang muda, wanita-wanita yang sedang haid dan wanita-wanita yang bertudung pada dua perayaan hari raya. Wanita-wanita yang sedang haid hendaklah menjauhkan dari solat tetapi biarkan mereka melihat kebaikan dan dakwah kepada orang–orang Muslim. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan yang tidak mempunyai Jilbab?” Beliau berkata: “Berikan mereka Jilbab yang dimiliki oleh yang lain (pinjam)”.[Sahih Muslim]

Dalil-dalil ini telah jelas menerangkan tentang pakaian wanita dihadapan khalayak umum. Allah Subhanahu wa Taala telah memperincikan secara tepat, menyeluruh dan teliti dalam frasa-frasa diatas tentang cara berpakaian yang dipertanggungjawabkan keatas wanita dalam kehidupan umum.

Wujud kekeliruan bagaimana ayat–ayat Al-Quran sepatutnya ditafsirkan mengenai perkara ini dimana ramai pemikir–pemilik menegaskan bahawa tidak ada sebarang dalil mengenai Jilbab, dan hanya kesederhanaan yang dipersetujui. Ada yang telah pergi
dengan lebih jauh dengan menyatakan bahawa hijab adalah satu budaya Arab dan tidak ada dalam Islam. Kekeliruan ini timbul kerana mereka tidak dapat membezakan antara:

1) Menutup aurat
2) Pakaian wanita dalam kehidupan umum.
3) Tabarruj (menampakkan perhi asan atau berhias dengan berlebih -lebihan)

Islam telah menegaskan bahawa keseluruhan tubuh badan wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan, dan oleh itu wanita adalah diwajibkan untuk menutup auratnya, yakni, keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya. Setakat ini Islam tidak mengkhususkan sebarang bahan yang dibolehkan dibuat sebagai pakaian yang menutupi tubuh badan wanita. Islam hanya menyatakan bahawa: ‘adalah dilarang untuk diperlihatkannya’ yakni aurat tidak harus kelihatan, ia dilarang dari dipertontonkan, wanita dilarang daripada memperlihatkan dan tidak patut diperlihatkan olehnya.
Oleh yang demikian, sebarang jenis pakaian yang menutupi keseluruhan bentuk badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya adalah dianggap menutupi sebarang bentuknya. Justeru itu, jubah, seluar panjang, skirt atau sarung kaki adalah dianggap menutupi. Ini adalah kerana Allah Subhanahu wa Taala tidak mengkhususkan sebarang jenis atau bentuk pakaian pada tahap ini. Oleh itu, sebarang pakaian yang menutupi aurat adalah dianggap sah tanpa mengira bentuk, jenis dan potongannya. Walau bagaimana pun, pakaian ini mestilah menutupi kulit. Ini bererti pakaian tersebut dapat menyembunyikan warna kulit, tanpa dapat memastikan sama ada warna kulit hitam atau putih. Dengan erti kata lain, wanita harus memastikan bahawa pakaian yang digunakan untuk menutup aurat tidak nipis, yakni tidak memperlihatkan apa yang disebaliknya atau mendedahkan apa yang dibawahnya. Dalil yang menegaskan tentang menutupi warna kulit adalah sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi wa Sallam : ‘adalah satu kesalahan untuk memperlihatkan apa-apa darinya.’

Ini adalah isu mengenai menutup aurat. Subjek ini adalah berbeza dengan pakaian wanita dalam kehidupan umum atau Tabarruj (menampakkan perhiasan atau berhias dengan berlebih-lebihan) seperti yang dapat dilihat daripada sesetengah jenis pakaian. Walaupun, jika pakaian itu menutupi aurat, ini tidak bermakna wanita boleh memakainya dikhalayak ramai. Ini adalah kerana Islam telah menetapkan cara wanita berpakaian dikhalayak ramai. Hanya menutupi aurat dikhalayak ramai adalah tidak memadai. Sebagai contoh, seluar panjang adalah menutup aurat tetapi dilarang untuk dipakai dihadapan umum, yakni, ia tidak sempurna untuk digunakan dijalan-jalan umum. Oleh yang demikian, isu menutup aurat jangan dikelirukan dengan pakaian wanita dikhalayak ramai. Isu ini juga jangan dikelirukan dengan isu Tabarruj. Sebagai contoh, seluar panjang, selagi ia tidak diperbuat dari bahan yang nipis adalah menutup aurat, tetapi tidak bererti wanita boleh memakainya dihadapan lelaki yang bukan mahrimnya dimana dia memperagakan kecantikannya. Dia mungkin telah menutupi auratnya dalam hal ini, tetapi dia berkemungkinan Tabarruj, yang mana dilarang oleh Islam. Oleh yang demikian, walaupun wanita tersebut telah menutup aurat, tidak bererti pakaian yang dipakainya itu menghalangnya dari melakukan Tabarruj.

Allah Subhanahu wa Taala telah memerintahkan wanita supaya berjilbab labuh sehingga menutupi kakinya serta dapat menyembunyikan pakaian rumahnya. Jika dia tidak mempunyai jilbab, maka dia harus meminjamnya dari jiran, rakan perempuannya atau pun saudaranya. Dia memerlukan Khimar (tudung) atau apa-apa sahaja yang serupa bagi menutupi keseluruhan kepala, leher dan permukaan dadanya. Khimar mesti sentiasa digunakan apabila keluar dikhalayak umum kerana ia merupakan bahagian atas dalam pakaian wanita dalam kehidupan umum.

Ini menunjukkan bahawa semua bukti yang membincangkan pakaian sebenarnya hanya memperkatakan perihal menutup aurat secara amnya, bukan cara pakaian wanita didalam kehidupan umum. Allah Subhanahu wa Taala telah menerangkan secara terperinci mengenai pakaian wanita dalam kehidupan umum dan juga menerangkan bahawa pakaian tersebut tidak boleh mempersonakan dan memperagakan kecantikannya. Kesemua ini memberi indikasi bahawa perbincangan hanya terhad kepada pakaian wanita dalam kehidupan peribadi, yakni, dirumah dan dihadapan lelaki yang bukan mahramnya. Ini menunjukkan bahawa ‘Shalwar kameez’ bukanlah pakaian yang Islami walaupun ia memenuhi kriteria sebagai pakaian dirumah, ataupun jika ia menutupi bahagian belakang seseorang, sudah semestinya ia bukanlah pakaian yang Islami untuk dipakai dikhalayak ramai.

Dengan perincian oleh Islam tentang pakaian wanita dalam kehidupan umum, Islam telah melindungi wanita dari dijadikan simbol tertentu kerana tubuh badan, rupa paras ataupun sebarang perbuatan peningkatan kosmetik. Ramai wanita yang telah memeluk Islam di Barat telah memperakui bahawa pakaian yang telah dijelaskan oleh Islam sebenarnya melindungi mereka dari dinilai dari segi bentuk tubuh badan, malah melindungi mereka dari tekanan untuk mempunyai rupa paras tertentu yang sepertimana dikehendaki oleh masyarakat Barat. Tujuan yang mustahil ini telah membuatkan wanita di Barat berpaling kearah Islam.

Islam didatangkan berserta dengan peraturan-peraturan dimana sesetengahnya khusus untuk lelaki dan sesetengah lagi khusus untuk wanita. Sebahagian peraturan ini membezakan lelaki dan wanita berdasarkan perbezaan yang jelas dari segi fizikal, anatomi dan biologi dan telah memerintahkan mereka untuk menerima segala yang Allah Subhanahu wa Taala tugaskan kepada mereka. Ia melarang mereka dari mencemburui satu sama lain dan dari mengkehendaki apa-apa yang telah Allah lebihkan satu dari yang lain.

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.” [TMQ An-Nisa : 32]

Penghususan ini bukan bererti ketidaksamarataan, hanya sebagai satu penyelesaian bagi perbuatan seorang perempuan dalam kapasitinya sebagai seorang perempuan, dan sebagai satu penyelesaian bagi perbuatan lelaki dalam kapasitinya sebagai lelaki. Prospek kesetaraan mahupun ketidaksamarataan tidak diambil kira kerana ia bukan subjek perbincangan. Penyelesaian kepada pemasalahan yang dihadapi oleh sesuatu gender itu secara amnya harus berbeza dari penyelesaian bagi seluruh manusia.

Adalah penting disini untuk mengulangi bahawa jika permasalahan yang dihadapi oleh sesuatu gender itu disebabkan oleh sifat tabiinya atau pun khusus berkaitan dengan gender tersebut, maka peraturan yang hanya berkait dengan gender tersebut tidak boleh diterimapakai untuk kedua-dua gender. Ini adalah kerana hanya satu gender sahaja yang menghadapi masalah tersebut. Justeru itu, peraturan-peraturan yang pada amnya diterimapakai oleh umum, tidak boleh diaplikasikan dan peraturan –peraturan yang khusus seharusnya digunakan untuk menangani persoalan tersebut. Apabila hak-hak, tanggungjawab dan perintah itu berkaitan dengan sifat semulajadi lelaki atau wanita dari segi fizikal, anatomi dan biologi, maka hak-hak dan tanggungjawabnya akan berbeza kerana perbezaan-perbezaan yang ketara ini. Ini adalah kerana penyelesaian yang diperlukan akibat permasalahan yang timbul akibat perbezaan yang ketara tersebut. Oleh yang demikian, penyelesaiannya bukan untuk seluruh manusia amnya tetapi hanya untuk sesuatu gender tertentu yang mempunyai karakter yang berbeza daripada satu sama lain. Justeru, peraturan– peraturan yang berkaitan kehamilan, haid dan penyusuan hanya diaplikasi kepada satu gender sahaja dan penyelesaiannya khusus untuk wanita sahaja.

Kesimpulan

Sesungguhnya Islam tidak melihat wanita sebagai mempunyai tahap intelektual yang rendah. Ini adalah kerana kecerdikan itu sama bagi lelaki dan wanita secara semulajadi. Ketaatan kepada Islam juga adalah sama dari segi kepercayaan dan perbuatan lelaki dan wanita.

Islam telah menjelaskan dengan terperinci tentang peranan wanita dalam masyarakat; ia telah menjadikan peranan utama wanita sebagai seorang isteri dan ibu tetapi tidak mengehadkan wanita kepada peranan ini sahaja. Ia membenarkan wanita untuk mencari pekerjaan, melaburkan kekayaannya, menjawat jawatan dalam pemerintahan(selain menjadi pemerintah), berdakwah dan memperolehi pendidikan. Apabila Islam memperkatakan peranan wanita sebagai seorang isteri dan ibu, ini hanyalah sebagai peranannya yang utama, bukanlah satu-satunya peranan yang dipegangnya.

Islam juga menjelaskan tanggungjawab lelaki terhadap wanita. Oleh yang demikian, Islam telah mempertanggungjawabkan lelaki untuk mencari nafkah dan menyediakan segala keperluan keluarga. Ia juga menjelaskan kepada lelaki tentang ciri-ciri wanita termasuk kelemahan dan sensitivitinya. Justeru itu, Islam telah menerangkan dengan jelas peranan setiap gender dan Islam tidak mempunyai tahap-tahap gender yang tertentu dimana wanita dipandang rendah dan dilihat sebagai makhluk yang inferior.

Kesetaraan bukanlah dasar Islam dan tidak pernah wujud dalam sejarah perundangan Islam. Istilah ini hanya menyelusup masuk setelah revolusi perindustrian apabila pemikir sekular Barat mencabar umat Muslim yang tidak dapat memberi sebarang respons akibat tertutupnya Ijtihad. Sebarang kajian mengenai Islam dari sudut pandang ideologi yang lain akan membawa kepada banyak kesilapan, kemudaratan dan kelemahan dari permulaan lagi.

Islam telah membentangkan peranan lelaki dan wanita dalam masyarakat. Ini adalah untuk memastikan peradaban akan terus berlangsung dimana kedua-dua gender dapat memainkan peranan yang penting yang saling membantu satu sama lain. Melalui takrifan peranan lelaki dan wanita, Islam telah menjamin hak-hak lelaki dan wanita, kesemuanya ini lebih 1400 tahun yang lampau. Di barat, selepas seabad berjuang, wanita barat masih lagi bergelut untuk mendapat hak-hak mereka dan masih lagi berusaha untuk mengikut imej yang dicetak oleh lelaki.

Islam dan Barat tidak mempunyai dasar yang sama pada model sosial kedua-duanya. Jadi, menilai alternatif Islam dengan menggunakan model sekular sebagai satu pengukur aras akan secara langsung membawa kepada pengasingan sebarang idea yang tidak sehaluan dengan sekularisme sebelum sesuatu wacana dimulakan. Tiada perdebatan mengenai sekularisme akan mendapat tempat! Tambahan pula, sebarang persetujuan dengan dasar sekular bukanlah satu pembuktian. Jika sesuatu itu boleh menjadi pembuktian dengan sendiri, maka apa yang mungkin terjadi dapat dibuktikan secara rasional dari Maha Pencipta dan bukan dari yang lain.

-Tamat -



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment