PENGHARAMAN NIQAB DI PERANCIS: SATU PERBENTURAN PERADABAN




“Dan tidak akan pernah orang Yahudi dan orang Nasrani redha sehingga kamu mengikuti jalan mereka”

[TMQ Al-Baqarah (2):120]


Sebuah jawatankuasa parlimen di Perancis telah mencadangkan pengharaman burqa yakni purdah. Laporan jawatankuasa tersebut yang sepanjang 200 muka surat itu telah mencadangkan pengharaman di hospital-hospital, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan dan di dalam pengangkutan awam, dengan erti kata lain, ditempat-tempat umum. Pada Julai 2009, satu laporan dari Inteligen Dalam Negeri Perancis telah melaporkan bahawa hanya 367 wanita di Perancis yang berpurdah. Tetapi, jumlah tersebut adalah terlalu ramai bagi Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. Beliau berkata bahawa bertudung tidak boleh diterima di Perancis. Malah, semenjak seabad yang lalu, Perancis telah berusaha menentang cara berpakaian Muslim.

Suruhanjaya Stasi (Stasi Comission) dalam tahun 2004 telah mencadangkan pengharaman semua simbol keagamaan di institusi-institusi pendidikan awam. Suruhanjaya tersebut telah tubuhkan oleh Presiden Jacques Chirac untuk memantau penerapan dan kekuatan sekularisme di Perancis. Pengharaman hijab di sekolah–sekolah telah membuktikan kepada Muslim dan bukan Muslim bahawa Perancis mempunyai masalah dengan Islam.

Mengapa Perancis mempunyai masalah dengan sehelai pakaian? Mengapa Perancis mempertimbangkan untuk mengubal undang–undang menentang satu keputusan peribadi wanita Muslim untuk menutup aurat? Sentimen anti–Islam sangat tinggi merentasi Eropah dimana negara-negara seperti Switzerland – sebuah negara yang paling bersikap tertutup didunia telah mengharamkan pembinaan sebarang simbol Islam. Terdapat beberapa isu yang perlu difahami untuk memahami sepenuhnya sebab-sebab mengapa Eropah telah bertindak sedemikian terhadap umat.

1. Kapitalisme telah berkembang sepertimana yang terdapat pada hari ini hanya setelah berabad–abad berjuang untuk memisahkan kekuasaan gereja. Ramai pemikir–pemikir, ahli–ahli falsafah dan penulis telah terkorban dalam perjuangan mereka untuk bebas daripada kekuasaan diktator Gereja Kristian. Akibat daripada dogma gereja ini telah menyebabkan banyak penerapannya bertentangan dengan realiti yang telah dipaksa keatas rakyat jelata dimana sebarang penyimpangan adalah dianggap menista dan hukumannya akan dibakar. Perjuangan ini akhirnya telah membawa kepada sebuah revolusi intelektual di Eropah. Ahli falsafah, penulis dan intelek Eropah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan di Eropah dengan tujuan untuk menyatukan Eropah dibawah pemikiran Demokratik Sekular Liberal, yaitu kapitalisme.

2. Banyak pergerakan telah ditubuhkan dan memainkan peranan penting dalam kemunculan kepercayaan baru tentang kehidupan. Salah satu perkara yang sangat signifikan berlaku adalah perubahan sistem politik dan perundangan kepada negara bangsa. Sistem pemerintahan monarki yang bersifat kuku besi beransur-ansur hilang dan digantikan dengan sistem republik yang berasaskan pemerintahan melalui perwakilan dan negara yang berdaulat. Oleh sebab itu orang-orang Eropah telah bersungguh-sungguh menjelaskan nilai-nilai yang telah diperjuangkan dengan susah payah dimana sebarang kompromi mengenai kebebasan, demokrasi dan kesetaraan adalah satu pengkhianatan sejarah Eropah.

3. Salah satu usaha awal untuk menggugat kapitalisme telah dilakukan oleh Soviet Union yang muncul sebagai negara kuasa besar selepas Perang Dunia Kedua. Soviet Union melambangkan satu alternatif cara hidup yang menawarkan satu set nilai-nilai alternatif dimana tunggak kepercayaan sistem tersebut adalah komunisme - tidak boleh wujud seiring dengan sebarang ideologi. Dari saat itu Perang Dingin bermula, dimana pemerintah–pemerintah Barat berusaha mengugat komunisme dengan mereka–reka suasana ketakutan di kalangan penduduk mereka dengan membenarkan pertukaran kuasa pemerintahan dan mengatur kedudukan ketenteraan malah memberi lebih peruntukan kewangan bagi industri ketenteraan berbanding dengan industri domestik.

4. Kemungkinan ancaman serangan nuklear oleh pengganas merah (The Red Menace) keatas rakyat digunakan sebagai satu dakyah aggresif keatas Blok Komunis. Ini dibuktikan oleh laungan Amerika melalui “McCarthysim” pada awal 1950-an dimana perkara yang sama juga dilakukan di Vietnam dan Cuba pada awal 1960-an. Barat telah mengalahkan komunisme dengan merekacipta gambaran-gambaran palsu mengenai Blok Komunis. Sungguhpun kesan perjuangan ini telah dianggap sejarah, metod yang digunakan oleh Barat adalah kritikal untuk difahami dan pada 21 Januari 1996, Elaine Sciolino dari The New York Times telah menulis: “Ancaman Merah telah berlalu. Tetapi, kini Ancaman Hijau, iaitu Islam” (The Red Menace is Gone. But Here’s Islam, the Green Menace)

5. Selepas Perang Dunia II, Britain memerlukan tenaga buruh yang banyak dan telah mengiklankan peluang pekerjaan dinegara-negara jajahannya. Oleh kerana benua Eropah memerlukan pembinaan semula, maka beberapa negara Eropah ketika itu telah mengimport pendatang (migran) dari negara-negara koloni mereka. Akibat daripada penghijrahan tersebut, Eropah pada hari ini berhadapan dengan situasi “catch 22”. Pada satu aspek, mereka memerlukan ramai pendatang (migran) dari negara-negara membangun untuk meneruskan keberlangsungan sistem ekonomi mereka akibat populasi yang berumur. Manakala pada aspek yang lain pula, telah menyebabkan orang Eropah menjadi bertambah nasionalis dan kurang toleran. Sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan RAND corporation pada tahun 2004: “Penambahan imigran untuk mengimbangi populasi yang berumur di Kesatuan Eropah dan negara-negara ahlinya bukanlah sesuatu yang boleh diterima dalam keadaan sosiopolitik Eropah sekarang.”

6. Pada tahun 1990-an telah menyaksikan beberapa peristiwa yang mempolitikkan umat di Eropah. Diantara peristiwa-peristiwa tersebut adalah reaksi kepada penerbitan “Satanic Verses” di UK, Perang Teluk I dan Bosnia. Lain-lain konflik yang membawa kepada pertambahan aktiviti dan peningkatkan ketegangan termasuklah konflik di Algeria, Chechnya, Dagestan, Kashmir dan Gujarat. Kemudian, apabila berlaku serangan di New York dan Washington umat Islam mendapati mereka secara tidak langsung termasuk sebagai kumpulan minoriti di tengah-tengah kancah politik Eropah. Pengeboman di Madrid dan Britain telah menjadikan umat di Eropah dianggap sebagai golongan pelampau Islam. Ini merupakan contoh unggul tentang perasaan permusuhan dan kecurigaan terhadap umat Islam. Malah, satu perdebatan yang mempersoalkan kesetiaan umat Islam terhadap negara-negara tuan rumah mereka di Eropah berlaku apabila umat Islam yang memegang pasport Eropah didapati berperang bersama-sama Taliban bagi menentang angkatan bersenjata Eropah. Mereka ini (umat Islam yang menjadi warganegara Eropah), kini dilihat sebagai sekelompok rakyat yang mempunyai visi yang sangat berbeza dari Eropah. 9/11 telah membuatkan umat Islam dipersoalkan identiti, maruah dan kesetiaan mereka. Malah minoriti Muslim diseluruh Eropah mendapati bahawa mereka terpaksa menerima serangan, kritikan dan kemarahan yang hebat apabila kecurigaan terhadap mereka meningkat dengan mendadak.

7. Pasca 9/11, berakhirlah suasana pelbagai budaya kerana satu model untuk menarik minoriti integrat kedalam nilai-nilai dan kepercayaan sepertimana yang dikehendaki Eropah adalah sangat perlu. Keadaan yang direka-reka oleh Barat ini termasuklah serangan secara terbuka terhadap Islam, seperti pakaian Muslimah, Syariah, Ummah dan Khilafah. Wartawan, penulis dan menteri memberikan justifikasi mengenai serangan keatas Islam melalui kebebasan bersuara. Apabila Jylland – Posten menerbitkan gambar-gambar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam, Flemming Rose, editor kepada Jylland – Posten memberikan komen berikut: “Sesetengah Muslim telah menolak masyarakat moden dan sekular. Mereka menuntut satu kedudukan yang istimewa, mendesak supaya diberikan pertimbangan yang istimewa mengenai agama mereka. Ia tidak cocok dengan demokrasi kontemporari dan kebebasan bersuara dimana seseorang itu harus bersedia untuk diperlekehkan…” Andre Gerin, seorang legislator Parti Komunis merangkap Datuk Bandar Venissieux, satu kejiranan di Lyon, telah memulakan satu usul untuk mengharamkan pemakaian purdah di Perancis dan beliau telah memperlihatkan dengan jelas kepada umat isu sebenarnya yang juga telah bergema menyeberangi Eropah dimana beliau berkata, Laporan Parlimen Perancis telah mencadangkan pengharaman niqab dengan menjelaskan bahawa: “Pemakaian purdah adalah satu cabaran kepada republik kita. Ini tidak boleh diterima. Kita mesti mengutuk perbuatan yang keterlaluan ini,”. Suruhanjaya ini telah menyeru parlimen untuk mengadopsi satu resolusi yang menyatakan bahawa “Purdah adalah bercanggah dengan nilai-nilai yang diterapkan oleh republik” dan mengisytiharkan bahawa “Seluruh Perancis menyatakan ‘tidak’ kepada purdah”.

8. Barat telah menggalahkan komunisme secara subversif“Burqa hanyalah satu bahagian kecil dari sesuatu yang lebih besar, Islamism sebenarnya mengancam kita.” Islam adalah masalahnya di Eropah; segala usaha untuk menyerang Islam dan pengharaman simbol keIslaman sebenarnya adalah satu realiti dimana Barat berusaha untuk mempertahan Kapitalisme. Hijab, niqab dan burqa bagi Barat adalah simbol-simbol keIslaman. Justeru itu, pemakaiannya bukanlah satu tanda pemisahan, tetapi kepada yang liberal adalah satu cabaran terbuka kepada kapitalisme – dengan erti kata lain, permusuhan dengan mereka. dengan mengadakan pelbagai penipuan terhadapnya dimana rakyat Barat sendiri tidak boleh menerimanya sama sekali. Mereka kemudiannya melumpuhkan Kesatuan Rusia melalui perlumbaan senjata dan penerokaan angkasa yang panjang, dimana akhirnya menghancurkan ekonomi Rusia. Barat menunjukkan bahawa sistem ekonomi mereka adalah satu sistem yang ideal untuk pengagihan sumber dan telah berjaya menawan banyak negara-negara komunis untuk menerima idea ini, walaupun ketidakseimbangan kekayaan dapat dilihat merentasi Barat. Dengan nada yang sama, Barat berusaha melindungi ideologinya melalui cara subversif terhadap Islam. Barat telah berjaya menonjolkan kepada rakyat bahawa Khilafah secara semulajadinya adalah ganas dan seruan untuk mengembalikan Khilafah adalah keganasan. Ia sentiasa mempropagandakan bahawa undang-undang Islam adalah menekan dan ketinggalan zaman, contohnya, pakaian Muslimah. Dengan cara ini, perdebatan hanya tertumpu kepada Islam dan umat Islam sibuk untuk memperjelaskan Islam; ini hanyalah untuk memastikan bahawa tidak ada perbincangan tentang kapitalisme, sama seperti strategi yang digunakan untuk meruntuhkan komunisme.

9. Perancis telah menubuhkan satu negara yang kuat ditengah-tengah Eropah melalui Revolusi Perancis. Penyedaran ini bermula di Perancis dan akibatnya idea baru mengenai peranan Raja dan kekuasaan negara telah muncul. Ramai ahli falsafah dan intelek Perancis telah mencapai pengaruh sosial, politik dan falsafah dengan meluas. Diantara mereka ini ialah Voltaire, Denis Diderot dan Jean – Jacques Rousseau, yang menulis “The Social Contrast, Or Principles of Political Rights” dan Charles de Secondat, Baron de Montesquieu yang menerangkan pemisahan kekuasaan adalah satu pemangkin untuk perubahan sosial dan pemerintahan diseluruh Eropah. Walau bagaimanapun, pada hari ini, ramai telah beranggapan bahawa budaya Perancis telah lupus. Ketika awal kapitalisme, Perancis adalah yang mengetuai perubahan di Eropah, malangnya pada hari ini, kebanyakan pemikir, idea-idea baru dan ahli-ahli filosofi datang dari Amerika Syarikat. Ini telah menjadikan Perancis tidak selamat dan telah menjadi sangat pesimis mengenai masa depan negaranya. Inilah tujuan sebenarnya Suruhanjaya Stasi dibentuk bagi mengkaji apakah yang telah terjadi kepada Perancis.

10. Orang-orang Perancis seperti orang-orang Eropah yang lain merasakan dan mempercayai bahawa cara hidup mereka telah merosot dan sedang dicabar oleh Islam melalui penggunaan simbol-simbol Islam dan ketaatan dan kesetiaan umat diseluruh Perancis. Dalam mempertahankan ideologi mereka, Perancis telah menggubal undang-undang untuk menghalang Islam berbanding daripada memilih dan mengambil jalan secara intelektual berdebat dengan Islam. Keadaan serupa dapat dilihat di seluruh dunia Barat di mana kebencian Islam hanya diperlihatkan dengan serangan yang berterusan keatas beberapa aspek Islam sahaja kerana kedangkalan intelektual. Eropah juga telah menghalang gelombang kebangkitan Islam melalui pengharaman beberapa aspek keIslaman sepertimana yang berlaku di Jerman yang memaksa penduduk untuk menandatangani akujanji bagi mendapat kewarganegaraan atau sepertimana di United Kingdom yang memerlukan angkat sumpah taat setia kepada Ratu bagi mendapat kerakyatan Britain.

11. Umat di seluruh dunia seharusnya melihat serangan terhadap Islam sebagai satu sinar positif. Barat sedang berusaha untuk mempertahankan ideologi kapitalisme walaupun umat tidak pernah melancarkan sebarang serangan balas secara terancang. Usaha mereka untuk mempertahankan kapitalisme adalah melalui serangan, penipuan dan subversif keatas Islam dengan harapan dapat menghalang gelombang Islamisasi yang sedang melanda dunia Islam. Mempolitikkan umat akan pasti menuju kepada keKhilafahan kerana idea-idea politik akan sentiasa berakhir dengan sebuah revolusi dan kerajaan – sepertimana yang telah dialami oleh Barat. Kemunculan dan kebangkitan Khilafah adalah mimpi ngeri terburuk mereka, dan inilah natijahnya jika umat memberi respons yang Islami keatas isu-isu global, mereka secara bermati-matian akan berusaha mempertahankan ideologi mereka.

12. Umat perlu berdiri teguh untuk Islam dalam menghadapi segala penipuan yang dilabelkan oleh Barat keatas Islam sehingga menyebabkan mereka terlepas pandang krisis yang sedang dialami mereka. Di Amerika Syarikat, seorang dibunuh setiap 31 minit, dirogol setiap 1.9 minit, diserang setiap 36.9 saat dan sebuah rumah akan dirompak setiap 18 minit. Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah dua buah negara yang mempunyai kadar kehamilan remaja tertinggi di dunia. Dua dari setiap lima orang dianggap obes di Eropah. Ketika Sarkozy berusaha melindungi wanita Muslim di Perancis, terdapat 3.2 juta warga Perancis menderita akibat kemurungan, 25 000 wanita di Perancis adalah mangsa rogol setiap tahun, 400 wanita mati akibat keganasan di Perancis, lelaki dibayar 11% lebih tinggi daripada wanita untuk jenis pekerjaan yang serupa dan 5 400 wanita bunuh diri setiap tahun di Perancis. Selepas 200 tahun, masyarakat Kapitalis Barat sedang lemas terkapai-kapai di lautan hutang dan keruntuhan masyarakat. Kapitalisme perlu menjelaskan mengapa dunia harus mengadopsinya, sedangkan ketika ini ia menghadapi masalah untuk menyakinkan umat untuk meninggalkan Islam. Oleh sebab itu pembelaan kapitalisme tidak dibentangkan secara terperinci tetapi nampaknya hanya berhujah pada alternatif yang membingungkan.

13. Barat telah berjaya membabitkan beberapa orang Muslim dalam usaha mereka memperlekehkan Islam di mana pada masa yang sama mereka ini sebenarnya membantu Barat berkempen untuk merendahkan martabat Islam. Pada Januari 2009, Mufti Besar Al-Azhar, Sheikh Tantawi telah berkata bahawa beliau akan cuba mendapatkan pengharaman purdah di sekolah. Seharusnya telah jelas bahawa niqab adalah satu pendapat di dalam Islam yang berkaitan dengan pakaian wanita dalam kehidupan umum. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman di dalam Al-Quran: “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak–anak perempuan kamu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang”

Walaupun ada beberapa interprestasi yang berbeza mengenai ayat ini, tetapi apabila dirujuk kepada dalil-dalil yang lain, maka burqa adalah satu pendapat yang Islami. Walau bagaimana pun, ini bukanlah hujah oleh Perancis mahupun Barat. Hujah mereka adalah niqab itu melambangkan Islam dan oleh yang demikian ia adalah satu cabaran kepada orang-orang yang mempercayai nilai-nilai Barat. Menidakkan burqa bukan sahaja membantu Barat tetapi ia merupakan satu pengkhianatan kepada Allah Subhanahu Wa Taala ketika Barat secara terang-terangan melancarkan perang dengan Islam.

Pelbagai kajian, laporan daripada kumpulan penasihat (think tank) dan pembuat polisi (policy makers) telah melaporkan bahawa umat Islam secara global telah menolak nilai-nilai Barat.
Satu kajian yang dikenali sebagai Gallup Survey dalam tahun 2006 telah merumuskan bahawa wanita Muslimah cenderung menilai budaya Barat sebagai tidak bermoral dan obses dengan sex, dadah dan “rock ‘n’ roll”. Kesemuanya ini menunjukkan satu kegagalan yang sangat menonjol oleh Barat yang tidak pernah berhadapan dengan sebarang cabaran ke atas ketinggian kuasanya semenjak kejatuhan komunisme. Ini bererti peperangan hati dan pemikiran serta penjajahan secara fizikal menggambarkan usaha terakhir untuk menyelamatkan kemunculan satu sistem pemerintahan alternatif. Oleh itu, mempertahankan Islam seharusnya diambil dari perspektif kedudukan yang kuat, bukan dari kedudukan yang lemah.

Dalam konteks inilah Perancis sedang berusaha untuk mengharamkan komponen dari Islam.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment