Bukan Air Mata Dan Simpati, Tapi Khalifah Untuk Mempertahankan Maruah Aafiah


Hukuman penjara selama 86 tahun yang dijatuhkan keatas Aafia Siddiqui oleh Mahkamah Manhattan bukan satu perkara yang mengejutkan. Ketua bagi “dunia bertamadun” iaitu Amerika Syarikat yang bersama–sama dengan konconya, Pakistan, telah menunjukkan satu ketidakadilan yang keterlaluan. Pastinya hukuman ini bukanlah sesuatu yang amat memeranjatkan kerana ia adalah satu perbicaraan dusta yang menunjukkan segala kecacatan dalam “Perang keatas Keganasan”.

Penyeksaan dan pemerkosaan sistematik keatas banduan–banduan di Pangkalan udara Bagram, Teluk Guantanamo dan Abu Gharib, bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sistem Kapitalisme sememangnya mempunyai nilai moral yang buruk malah sanggup berbuat apa saja cara yang ekstrim untuk mengekalkan cengkamannya. Perkara yang serupa juga boleh diperkatakan tentang sistem buatan manusia yang lain seperti Komunisme Rusia yang terkenal dengan pelbagai taktik kejam terhadap musuh-musuh politik dan ideologinya. Sama seperti masyarakat Quraisy jahiliah melepaskan kemarahan mereka keatas para sahabat yang sentiasa menegakkan dan meninggikan agama Allah Subhanahu Wa Taala. Ungkapan ‘Ahad! Ahad! sentiasa bermain dibibir Bilal bin Rabah apabila batu besar diletakkan kedadanya. Begitu juga ketika Ammar bin Yassir disebat sehingga darah mengalir dari tubuhnya. Melihat akan kekejaman ini, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wa Sallam hanya mampu menangis sambil memberi kata-kata semangat menambah keimanan.

“Wahai keluarga Yasir, bersabarlah, Jannah (syurga) menantimu disana.

Oleh yang demikian, kita tidak harus melihat segala kesengsaraan yang dialami oleh umat ini ditangan kufar tidak ada persamaan langsung dengan perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin Quraisy berabad lalu kerana, sepertimana pemimpin-pemimpin Quraisy ini, pemimpin-pemimpin hari ini juga tidak berupaya untuk menghalang kebangkitan Islam lalu menggunakan pelbagai kekejaman untuk menghalangnya.

Aafia Siddiqui (Semoga Allah memberi kesabaran kepadanya), bukanlah muslimah yang pertama menderita kerana muslimah yang pertama syahid dalam Islam adalah Sumayyah binti Khabbab yang diikat dilantai dan disula oleh Abu Jahal kerana mempertahankan kebenaran bahawa Allah Subhanahu Wa Taala itu satu dan Muhammad Sallalahu Alaihi Wa Sallam itu pesuruhNya.

Oleh itu, kita haruslah melihat bahawa perbicaraan palsu keatas saudara kita Aafia sebagai sebahagian dari usaha global untuk menentang agama Allah. Satu usaha untuk memadamkan cahaya Islam dari dunia. Tidak sukar bagi kita untuk memberikan contoh bagaimana pemimpin-pemimpin diktator di dunia Islam didalangi oleh Barat; pendudukan Palestin dibiarkan terus berlaku, penyelewengan kekayaan ummah sengaja tidak dipedulikan dan penyeksaan ngeri yang bertopengkan satu persembahan yang hebat. Sebagai Muslim, kita mengetahui realiti sebenarnya, tetapi, malangnya ramai lelaki, wanita dan kanak-kanak yang merintih kesengsaraan di dalam tahanan-tahanan pemimpin-pemimpin yang kejam kerana tiada yang melindungi mereka dan Aafia Siddiqui juga merasai penderitaan akibat kesan buruk apabila tidak ada sebarang perlindungan baginya.

Rentetan peristiwa yang membawa kepada pemenjaraan Aafia.

Pada bulan Mac 2003, Aafia telah ditangkap oleh agen-agen perisikan Pakistan dibawah arahan pembelot Pervez Musharaf dan dipindahkan ke Pangkalan Udara Bagram di Afghanistan dimana beliau menerima “layanan baik” Amerika termasuk penderaan fizikal, penyeksaan dan pemerkosaan yang ditanggungnya selama bertahun-tahun. Pada ketika inilah dia telah diberi jolokan ‘Grey Lady of Bagram’ lantaran jeritan serta ratap tangisnya kedengaran disepanjang malam akibat seksaan dan perkosaan yang dideritainya.

Pemenjaraannya telah dinafikan oleh agensi-agensi Pakistan dan Amerika sehinggalah laporan-laporan media menghebahkan kesnya, dimana dia diperlihatkan seperti terlibat dengan keganasan, malah direka cerita yang menyatakan beliau telah merampas sepucuk senapang dan cuba menembak anggota tentera Amerika.

Pada tanggal 7 Ogos 2008, sebuah artikel dari The News telah mendedahkan “layanan” yang diterimanya ketika dalam tahanan Amerika.

- Satu dari ginjalnya telah dibuang;
- Giginya dicabut secara paksaan;
- Hidungnya dipatahkan dan tidak diperbetulkan dengan baik.
- Yang terkini adalah luka tembakannya tidak dirawat dengan baik hingga menyebabkan pakaiannya dibasahi darah.

Pada 11 Ogos 2008, Reuters melaporkan bahawa beliau menghadiri perbicaraannya dengan menggunakan sebuah kerusi roda dan peguam-peguam beliau telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya. Elizabeth Fink, salah seorang dari peguamnya telah memberitahu hakim bahawa:

“Beliau telah berada disini selama seminggu dan tidak mendapat rawatan doktor, walaupun pihak berkuasa Amerika mengetahui yang beliau telah ditembak.”

Sesiapa yang mempunyai keimanan didada pasti akan merasa sebak membaca berita-berita yang sedemikian. Malangnya airmata tidak akan dapat membantu saudara kita Aafia. Bagi memahami perkara ini, kita perlu mengimbau sejarah lampau dimana seorang wanita Muslim telah ditawan oleh tentera Rom disatu tempat yang bernama Amuriyyah. Bukan hanya menawan wanita tersebut, malah mereka cuba memperkosanya. Bersendirian dan ketakutan wanita tersebut menyeru Khalifah, “Ya Mu’tasim, Oh Mu’tasim.” Seorang lelaki melihat kejadian tersebut dan bersegera menemui Khalifah untuk memaklumkan kejadian tersebut. Sebaik sahaja mendengar kesusahan wanita tersebut, khalifah berkata. “ Labbaik [ Aku mendengar panggilan kamu].” Beliau dikatakan sedang minum secawan air ketika itu dan apabila mendengar sahaja berita yang wanita tersebut menyeru namanya, beliau lantas meletakkan cawan dan memerintahkan seangkatan bala tentera untuk menyerang balas perbuatan tentera-tentera Rom tersebut.

Satu lagi contoh pemimpin yang kompeten adalah respon Hajjaj ibn Yusuf Ath Thaqafi terhadap rintihan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang telah ditawan oleh lanun ketika sebuah kapal dagang Muslim sedang belayar pulang di pesisiran pantai India. Mereka telah dibawa kedaratan disatu tempat bernama Sindh dan dipenjarakan. Hajjaj adalah gabenor Umayyah di Iraq dan apabila berita kejadian tersebut diterimanya, beliau terus mengutus surat kepada Raja Dahir (pemerintah kawasan tersebut) menuntut supaya kesemua tawanan dibebaskan dan para lanun dihukum, tetapi Dahir menolak permintaan tersebut. Penolakan itu telah membawa kepada peperangan kerana ia adalah tanggungjawab khilafah untuk melindungi warganya. Hajjaj telah menghantar 7,000 pasukan askar berkuda yang berpengalaman dibawah pimpinan salah seorang Jeneral Perang, Muhamad bin Qasim, seorang pemuda yang berusia 17 tahun. Walaupun Hajjaj terkenal dengan seorang pemerintah yang zalim, beliau masih merasakan bahawa menguruskan pasukan perang bagi membebaskan tawanan adalah satu kewajipan. Amat menghairankan melihat bagaimana pemimpin–pemimpin Muslim seperti dipijak-pijak, membisu seribu bahasa, tanpa sepatah kutukan atau ancaman terhadap layanan buruk saudara kita Aafia.

Kita hendaklah berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Taala agar Dia membangkitkan umat yang mulia ini sekali lagi dengan menjadikan seseorang antara kita membawa panji-panji kekhilafahan dan melindungi yang teraniaya dan tertindas antara kita. Amin.

“Imam itu adalah perisai, dibelakangnya mereka berjuang dan kepadanya mereka meminta perlindungan.” [Sahih Al Bukhari, Vol. 4, Buku 4, Nombor 204]
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment