DOA: Berlindung Dari Perbuatan Buruk


Cuti umum bersempena Tahun Baru Cina telah bermula dan rata - rata masyarakat majmuk di Malaysia meraikan peluang `keemasan’ dengan percutian bersama keluarga tercinta. Di pihak sidang redaksi Fikratul Ummah, kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami untuk terus menerbitkan Fikratul Ummah keluaran bulan Febuari 2011, sebagai salah satu medan untuk menyebarkan agamaNya. Harapan kami agar Fikratul Ummah sentiasa mengisi ruang masa masyarakat dalam menjana dan memperkasakan lautan ilmu dengan tsaqofah Islam, demi meraih kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Bersempena dengan tarikh 12 Rabiul Awal tahun ini, Fikratul Ummah mengetengahkan artikel utama yang bertajuk KELAHIRAN RASULULLAH MEMIMPIN MANUSIA KEPADA KEGEMILANGAN HIDUP sebagai muhasabah kita bersama. Memandangkan tarikh tersebut jatuh di bulan Februari, maka amat wajar perkara ini diangkat agar kita semua tidak hanya mengingati tarikh kelahiran junjungan Mulia Sallallahu Alaihi wa Sallam. Sebaliknya, umat Islam pada hari ini mestilah menyelami dengan lebih mendalam dan memahami intipati perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Deen yang haq di atas muka bumi sebagai sebuah misi agung dan amanah yang utama oleh Baginda kepada umatnya. Oleh itu, jelaslah bahawa kita sebagai khaira ummah merupakan penerus kepada perjuangan baginda dan bertanggung jawab penuh untuk melaksanakannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah meninggalkan kita dengan dua perkara dan baginda berpesan bahawa sesiapa yang berpegang teguh dengannya nescaya dia tidak akan tersesat. Itulah al-Qur’an dan as-Sunnah. Mudah-mudahan perbincangan dalam artikel ini dapat mentarbiyyahkan kita dalam memahami tanggung jawab dalam meneruskan perjuangan suci Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Manakala artikel kedua bertajuk PENTINGNYA MENANAMKAN ANAK-ANAK DENGAN KECINTAAN KEPADA AL-QUR’AN, diharap mampu menyedarkan ibu bapa akan tanggung jawab mereka ke arah membentuk generasi pelapis yang cintakan al-Qur’an. Marilah sama-sama kita menghayati peranan utama ibu bapa dalam Islam yang kian lama diabaikan. Untuk segmen artikel terjemahan, ditampilkan satu artikel menarik tentang keunikan penciptaan wanita oleh al-Khaliq, di mana kupasannya mampu membuka minda golongan yang memperjuangkan hak-hak persamaan gender dan sesiapa sahaja yang bersetuju dengan mereka bahawa perjuangan mereka sebenarnya tidak berasas. Artikel ini diterjemahakan daripada artikel asal bertajuk KEUNIKAN PENCIPTAAN SEORANG WANITA, hasil penulisan seorang pendakwah wanita Palestin yang diterjemahkan dari majalah al-Waie (edisi 287-288 November-Disember 2010).

Tidak ketinggalan juga, ruangan fikih muslimah kali ini turut mengupas satu persoalan malar segar di kalangan wanita sekitar HUKUM PENGGUGURAN KANDUNGAN MENURUT ISLAM. Manakala doa pilihan kali ini menampilkan doa BERLINDUNG DARI PERBUATAN BURUK. Sekian, harapan kami agar para pembaca budiman mendapat pencerahan dan informasi bermanfaat dari artikel-artikel yang dipaparkan. Insya Allah.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Do'a Berlindung Dari Perbuatan Buruk

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِىْ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِىْ، وَمِنْ شَرِّلِسَانِيْ، وَمِنْ شَرِّقَلْبِيْ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِيْ، وَمِنْ شَرِّمَنِيِّيْ




(Alloohumma innii a’uudzubika min syarri sam’ii, wa min syarri bashorii, wa min syarri lisaanii, wa min syarri qolbii, wa min syarri maniyyii )


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari keburukan pendengaranku, kejahatan penglihatanku, keburukan lidahku, keburukan hatiku dan keburukan air maniku. ( HR.Abu Dawud no.1551, at-Tirmidzi no.3492 )




اَللَّهُمَّ جَنِبْنِيْ مُنْكَرَاتِ اْلأَخْلاَقِ، وَاْلأَهْوَاءِ، وَاْلأَعْمَالِ، وَاْلأَدْوَاءِ


(Alloohumma janibnii munkarootil akhlaaqi, wal ahwaa i, wal a’maali, wal adwaa i)


“Ya Allah, jauhkanlah aku dari berbagai kemungkaran akhlak, hawa nafsu, amal perbuatan dan segala macam penyakit.
(HR.Al-Hakim dan dia mengatakan hadis tersebut sahih dengan syarat Muslim.)




َاللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا عَمِلْتُ، وَمِنْ شَرِّمَالَـمْ أَعْمَلْ




(Alloohumma innii a’uudzubika min syarri maa ‘amiltu, wa min syarri maa lam a’mal)


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keburukan apa yang telah aku kerjakan dan dari keburukan apa yang belum aku kerjakan”
(HR.Muslim(4/2085) no. 2716)

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment