SERUAN MUSLIMAH:MAULIDUR RASUL



Wahai seluruh kaum muslimin….

Sempena Maulidur Rasul 1432H kali ini, kami daripada MHTM ingin mengambil kesempatan bagi menyampaikan satu seruan yang mudah-mudahan ianya memberikan kebaikan kepada kita bersama.

1. Ketahuilah bahawasanya kelahiran Rasulullah SAW adalah bermakna kelahiran Islam.
2. Sedarlah bahawa bukti kecintaan kita kepada Baginda SAW, adalah dengan berpegang teguh kepada Islam.
3. Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah suatu cara hidup yang wajib diterapkan sama ada di dalam kehidupan individu, masyarakat mahu pun negara.

Dalam kesempatan ini, kami ingin mengajak dan memperjelaskan kepada seluruh umat Islam yang ada agar memahami apakah sebenarnya perkara penting disebalik kita mengimbau kelahiran Rasulullah SAW.

1. Hari ini majoriti umat Islam dimana-mana sahaja merayakan dan menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW sebagai dakwaan untuk membuktikan kecintaan mereka kepada Baginda SAW.

2. Nabi yang diutus oleh Allah SWT membawa petunjuk yakni al-Quran dan deen yang hak, itulah Islam. Baginda telah meninggalkan kepada umatnya satu wasiat yang besar yakni al-Quran dan as-Sunnah, agar kedua-duanya dijadikan miqiyas/standard bagi mengatur kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Namun malangnya, umat Islam pada hari ini telah mula meninggalkan ajaran al-Quran dan sunnah Nabi SAW dalam banyak aspek kehidupan. Lihatlahlah bagaimana kita berekonomi, memerintah, mengatur pergaulan diantara lelaki dan wanita dan lain-lainya lagi. Apakah kesemuanya mengikut acuan yang pernah ditunjukkan oleh Rasululah SAW?

3. Ketahuilah bahawa sunnah yang paling besar bagi Nabi Muhammad SAW adalah menegakkan Daulah Islam. Imam Abu Hanifah pernah mengatakan bahawa Daulah Islam atau Khilafah adalah ummul faraid, iaitu ibu kepada segala kefarduan. Inilah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW selama tempoh masa perjuangan baginda 13 tahun di Mekah. Dan seterusnya selama 10 tahun di Madinah. Baginda menerapkan Islam di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara dan seterusnya baginda menyebarkan Islam ke seluruh alam.

4. Sedarlah, pada hari ini Islam yang ada pada kita pada hakikatnya adalah hasil dari kesinambungan usaha yang dilakukan oleh para sahabat, taabiin, tabik tabiin, para ulama, dan juga para pegembang dakwah yang tanpa rasa jemu dan lelah berusaha dengan gigih meneruskan dakwah yang telah dirintis oleh Rasulullah SAW dalam erti kata Rasulullah SAW adalah ibarat ”mesin” yang menghasilkan produk yang berkualiti tinggi iaitu generasi sahabat sehingga kita pada hari ini merasa nikmat iman dan Islam. Maka, selayaknyalah Rasulullah SAW itu dimuliakan oleh umatnya.

5. Ketahulilah bahawa kelahiran Rasulullah SAW ke muka bumi ini tidak akan ada apa-apa maknanya, jika sekiranya Baginda SAW tidak diangkat oleh Allah SWT sebagai seorang rasul untuk menyampaikan Islam. Inilah maksudnya bahawa kelahiran Rasulullah SAW adalah kelahiran Islam.

6. Justeru itu peringatan dan sambutan setiap tahun yang dilakukan untuk mengenang kelahiran Rasulullah SAW , tidak akan membawa apa-apa makna jika kita hanya sekadar menjadikan ianya sebagai acara tahunan semata-mata tetapi dalam masa yang sama kita tidak berusaha menerapkan cara hidup yang dibawa oleh Baginda SAW.

7.Wahai seluruh kaum Muslimin, sedarlah bahawa kelahiran Rasulullah SAW adalah untuk menguburkan amalan-amalan jahiliyyah.

8. Namun malangnya umat Islam yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW, pada hari ini telah kembali mengamalkan semula amalan-amalan jahiliyyah. Samada oleh individu, masyarakat mahupun negara. Lihatlah bagaimana para pemimpin sekular umat Islam hari ini, mereka lebih rela menerapkan hukum jahiliyyah daripada menerapkan hukum Islam iaitu hukum dan sistem yang telah dibawa Rasulullah SAW.


9. Kelahiran Rasulullah SAW adalah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan dan kesyirikan kepada cahaya kebenaran Islam. Namun hakikatnya, hari ini masih ramai individu Muslim terutamanya para pemimpin sekular umat Islam yang lebih merelakan kehidupan mereka terus berada di dalam kesesatan daripada kehidupan berpetunjuk.

10. Atas dasar inilah kita ingin mengingatkan umat Islam, agar tidak menjadikan acara sambutan Maulidur Rasul ini hanya sekadar acara tahunan semata-mata. Tidak ada maknanya kita meraikan sambutan ini jika pada hari ini kita meninggalkan dan mengabaikan cara hidup yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW.

11. Sedarlah bahawa saat ini dunia umat Islam berada dalam keadaan ”menangis”. Di sana-sini umat Islam menjadi mangsa penindasan sistem kufur kesan daripada makar kufar Barat dan akibat daripada penerapan sistem kufur oleh pemerintah umat Islam itu sendiri. Sebagai contoh, lihatlah keadaan dan nasib saudara kita di Mesir saat ini. Mereka terpaksa bertarung dengan pihak pemerintah yang telah terbukti merupakan pemimpin yang korup, yang menindas, yang menipu, kejam terhadap rakyatnya sendiri dan sebagainya. Kesemuanya ini adalah kesan dari penerapan sistem kufur oleh pemimpin sekular itu tadi.

12. Untuk itu dalam kesempatan yang ada pada hari ini, kami dari MHTM sekali lagi ingin menyeru anda semua agar berjuang mengembalikan semula Khilafah. Inilah satu-satunya kemuliaan dan sunnah Nabi SAW yang telah ditinggalkan oleh umat Islam hari ini.

13. Ketahuilah bahawa Khilafah adalah janji dari Allah SWT. Khilafah adalah khabar gembira dari Rasulullah SAW.

Sekian...
Wasalamualikum....
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment