AKHIRNYA SEMUA TUNDUK PADA KEHENDAK AMERIKA

Seperti yang dilaporkan Republika Online (6/2/2011) Ikhwanul Muslimin yang sebelumnya menolak terlibat dalam rundingan antara kerajaan dan kumpulan-kumpulan pembangkang, akhirnya berubah sikap. Seorang juru bicara organisasi itu berkata kumpulan yang secara rasmi dilarang beraktiviti di Mesir itu telah mengubah keputusan.

Organisasi yang paling solid di Negeri Piramid itu akan dihubungi terus oleh wakil Presiden Mesir Omar Suleiman. "Kami memutuskan untuk terlibat dalam dialog untuk mengetahui keseriusan kerajaan dalam menanggapi dan memenuhi tuntutan rakyat," kata juru bicara organisasi tersebut seperti dilaporkan pejabat berita Reuters.

Hal ini selari dengan kehendak Amerika untuk krisis politik Mesir. Republika Online (06/2/2011) melaporkan Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat, Hillary Clinton, menyokong peralihan politik di Mesir yang dipimpin oleh wakil presiden baru. Namun utusan khas Amerika untuk Mesir, Frank Wisner, mengatakan bahawa Presiden Hosni Mubarak mesti tetap memangku jawatan supaya peralihan itu berjaya.

Di hadapan persidangan keamanan di Munich pada hari Sabtu (5/2/2011), Wisner mengatakan bahawa Mubarak diperlukan untuk menggalakkan perubahan. Bercakap melalui sidang video, dia mengatakan peranan Mubarak sangat penting..Dalam komennya pada persidangan itu, Hillary menekankan bahawa sebuah peralihan damai mungkin akan memakan masa. "Prinsipnya sangat jelas namun, butiran pelaksanaanya sangat sukar," katanya.

Wakil Presiden Mesir, Omar Suleiman, bertemu dengan ahli-ahli pembangkang pada Sabtu (5/ 2/2011). Mereka membincangkan rancangan-rancangan membentuk kerajaan sementara dan Omar yang berkemungkinan memimpin kerajaan sementara tersebut.

Omar diketahui mempunyai hubungan istimewa dengan Central Intelligence Agency (CIA) dan terlibat melakukan penyiksaan terhadap tahanan perang melawan keganasan ala Amerika. Omar juga rapat dengan pemimpin Israel. Selama memegang jawatan Ketua Badan perisikan Mesir, Omar bertanggungjawab terhadap pelanggaran Hak Asasi Manusia (HAM) yang terjadi di Mesir berupa penangkapan dan penyiksaan terhadap lawan-lawan politik Mubarak.

Jaringan diplomatik terbaru terbitan Wikileaks mengenai krisis Mesir menyebut kerajaan Amerika Syarikat (AS) sejak awal memang telah menyiapkan Ketua Badan Perisikan Mesir, Omar Suleiman, sebagai Presiden Mesir yang seterusnya.

Omar Suleiman disiapkan sebagai calon utama untuk mengambil alih negara jika sesuatu terjadi kepada Presiden Hosni Mubarak. Pada hari Sabtu (29/1/2011) lalu maklumat ini terbukti benar ketika Mubarak memilih Suleiman untuk memegang jawatan naib presiden.

Akhirnya, semua tunduk kepada kemahuan Amerika yang kemudiannya mempertahankan kepentingan Amerika dan Israel di Mesir. Ianya langsung bukan untuk kepentingan rakyat Mesir. Siapapun rejim yang menggantikan Mubarak, tanpa perubahan sistem yang mendasar, akan tetap mengangkat agen-agen Amerika.

Perubahan hakiki di Mesir dan dunia Islam hanya berlaku dengan perubahan sistem iaitu dengan kembali berpaksi kepada syariah dan pemerintahan Islam. Perubahan sistem secara mendasar ini ini akan membuat negeri Islam bukan hanya mampu memerdekakan diri dari pengaruh dan penjajahan Amerika, malah sekaligus melepaskan diri sepenuhnya dari penguasa boneka yang menjadi orang suruhan Amerika. Justru umat seharusnya sedar bahawa sistem penjajah kapitalis dan keberadaan penguasa boneka inilah yang sebenarnya menjadi sumber penderitaan dan masalah dunia Islam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment