MESIR:MASA DEPAN BARU

Ketika situasi di Mesir menjadi ekstrem setelah selama puluhan tahun berada di bawah penindasan beberapa rejim secara berturut-turut, kita kini berada dalam posisi di mana senario yang berpotensi ini boleh didiskusikan setelah penguasa Muslim itu digulingkan. Sehingga sekarang peraturan zalim yang dilakukan oleh rejim korup itu telah berjaya mempertahankan kekuasaan mereka melalui layanan para ejen rahsia yang ditugaskan khas demi memastikan lumpuhnya setiap langkah atau usaha untuk mendapatkan momentum apapun. Kejadian-kejadian yang berlaku di Tunisia telah menggaung di seluruh dunia Arab dan telah menyemarak hingga ke Mesir, yang merupakan negara terbesar di dunia Arab.

Bangkitnya rakyat di Mesir dengan menggembeleng untuk perubahan rejim, membuktikan dengan nyata bahawa telah tiba masanya rejim Mubarak dihapuskan dan kemudiannya rejim ini akan dilupuskan terus ibarat sampah dalam sejarah. Jika tidak, maka akan timbul beberapa kemungkinan bahawa seruan perubahan ini telah dibajak oleh kekuatan-kekuatan asing. Setiausaha Luar British, William Hague telah berada di Syria pada minggu ketika berlangsungnya protes terhadap kepimpinan Mubarak. British merupakan di antara negara yang dijangka turut mencampuri urusan perubahan kepimpinan Mesir ini. Mohamed ElBaradei (salah seorang calon presiden Mesir) juga telah dilaporkan kembali ke Mesir dengan beberapa misi dan cita-cita yang menimbulkan pelbagai persoalan. Ketua Staf Mesir Lt. Jen. Sami Annan juga dilaporkan berada di Washington pada tanggal 24 Januari 2011 dengan mengepalai satu delegasi militer berpangkat tinggi. Manakala perwakilan tertinggi Amerika untuk Timur Tengah, Jeffrey Feltman pula merupakan pegawai asing pertama yang tiba di Tunisia setelah Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan.

Mengambil kira hal-hal tersebut, tiga aspek utama dalam pemerintahan telah diberi perhatian untuk merancang wajah baru bagi Mesir, iaitu:

Kestabilan Ekonomi - Mesir telah mengalami salah urus besar-besaran selama beberapa dekad terakhir. Menurut Bank Dunia, 40% dari penduduk Mesir, yakni sekitar 30.8 juta orang hidup dalam kemiskinan. Ekonomi Mesir telah hancur dan sebahagian besarnya disebabkan oleh polisi rejim yang secara berterusan mengasak Mesir ke lembah kehancuran. Mesir juga mengalami malapetaka di bawah reformasi ekonomi IMF dan Bank Dunia di mana Mesir dipaksa untuk memotong subsidi makanannya dan menstruksturkan semula ekonomi kepada sektor perkhidmatan dan perlancongan. Perekonomian Mesir dan strukturnya merupakan masalah terbesar Mesir kerana ia tidak diarahkan kepada kekuatan sumber alam Mesir dan perkilangan.

Pada tahun 1960, Mesir memiliki keluasan jelapang gandum, biji-bijian dan lain-lainnya yang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Mesir. Walau bagaimanapun, pada tahun 1990, di bawah tekanan IMF dan Bank Dunia, Mesir dipaksa untuk menstrukturkan semula ekonominya dengan meningkatkan sektor eksport dan mengurangkan kebergantungan pada sektor pertanian. Manakala sejak tahun 2000, Mesir menderita akibat pelbagai bentuk rusuhan makanan. Hal ini berlaku apabila negara yang pernah memiliki simpanan makanan persendirian dan dapat menampung keperluan makanan sendiri bagi rakyatnya ini, kini terpaksa menjadi negara yang bergantung kepada sumber makanan yang diimport, yang mana tidak mencukupi untuk menampung keperluan makanan rakyatnya. Kebergantungan kepada makanan import juga menyebabkan rakyat Mesir turut terkena musibah kenaikan harga sumber makanan. Ini kerana pasaran kewangan telah berpindah kepada spekulasi ke atas komoditi. Pada masa ini Mesir mengeluarkan 8 juta ton gandum per tahun, suatu nilai yang sangat jauh dari keperluan sebesar 14 juta ton untuk diberi makan kepada 80 juta penduduknya. Kekurangan ini dipenuhi dengan mengimport gandum dari Amerika Syarikat (AS), yang dibiayai oleh sumber kewangan bantuan.

Di bawah naungan sistem Khilafah, kedudukan strategik Terusan Suez yang mana 5% dari minyak dunia menggunakan laluan ini yang sekaligus dianggap sebagai titik laluan utama, akan mampu mengukuhkan ekonomi Mesir. Di sini, Mesir boleh mengenakan bayaran kepada kargo yang menggunakan laluan ini serta melakukan penyulingan minyak mentah yang melewati pelabuhan-pelabuhannya. Ini akan menyumbang kepada pendapatan negara yang mencecah sehingga jutaan dolar. Pada hari ini Mesir memiliki 9 buah kilang minyak yang menghasilkan 710,000 barel minyak mentah sehari. Jumlah ini justru sangat berpotensi untuk diitngkatkan.

Sementara itu di sektor pertanian pula, tanah pertanian gurun yang ditawarkan secara teratur pada aras dan harga yang berbeza dihadkan hanya kepada kelompok elit yang dipilih dengan sangat berhati-hati, yang kemudiannya meraih keuntungan yang diambil dengan menjual secara retail tanah-tanah pertanian gurun yang luas. Hal ini mengubah tanah pertanian gurun menjadi kawasan pelancongan. Sistem Khilafah akan meningkatkan produksi pertanian tempatan dan mengakhirkan peranan Mesir sebagai pasaran bagi sektor pertanian AS. Ini jelas berbeza dengan pemerintah Mesir hari ini yang telah membuatkan Mesir bergantung kepada sektor import.

Pemerintah yang bertanggungjawab - Pada tahun 1880-an, Mesir tidak mampu untuk menjelaskan hutang dan akibatnya, Kerajaan British sebagai negara pemberi pinjaman, menggunakan alasan ini untuk menduduki Mesir selama setengah abad berikutnya. British telah mengangkat penguasa yang terdiri daripada kaki tangan yang setia kepadanya. Sehinggalah Amerika muncul sebagai kekuatan dunia setelah Perang Dunia ke 2 kemudiannya mendapatkan pengaruh ke atas Mesir dan seterusnya mendapatkan taat setia daripada penguasa Mesir secara berturut-turut.

Rejim Mesir turut bersikap terbuka dengan Israel, yang justru menormalisasikan hubungannya dengan Israel dan sekaligus menekan segala tanda-tanda kebangkitan Islam. Selama kekuasaan para penguasa Mesir yang lama itu, mereka sering didokong oleh kekuatan-kekuatan luar. Oleh yang demikian mereka tidak pernah bertindak sebagai perwakilan bagi rakyatnya dan tidak pernah mahu bertanggung jawab terhadap rakyatnya sendiri. Sudah jelas bahawa kekuatan-kekuatan asing telah membiayai dan mempersenjatakan rejim itu serta menjaga kesetiaan rejim Mesir agar terus bersama mereka. Hal ini menyebabkan para penguasa menggunakan tenaga rakyatnya demi kepentingan sendiri dan hakikatnya telah mengabaikan kebajikan rakyatnya.

Di bawah naungan sistem Khilafah, penguasa dipilih oleh rakyat dan mewakili rakyat. Setiap pengaruh asing akan menyebabkan dia diganti. Secara praktikalnya, tanggungjawab ini dilaksanakan oleh Majlis Ummah, sebuah dewan yang para anggotanya adalah yang terpilih. Ahli Majlis Ummah boleh terdiri daripada kaum Muslim, dan non-Muslim, baik laki-laki mahu pun perempuan. Para anggota Majlis mewakili kepentingan rakyat atau badan yang memilih mereka dalam Khilafah. Walau bagaimanapun, Majlis tidak memiliki kekuasaan legislatif tetapi memiliki banyak kekuatan yang bertindak untuk mengimbangi kekuasaan eksekutif Khalifah. Majlis juga memiliki hak untuk membuat daftar calon bagi jawatan Khalifah.

Visi - Kaum Muslim memiliki sejarah yang terkenal di Afrika. Inilah yang menyebabkan 52% penduduk Afrika saat ini terdiri dari orang-orang Islam. Islam datang ke Afrika Utara setelah Al Sham berada di bawah naungan Islam. Islam hadir di benua itu bermula dengan pembesasan Mesir. Mesir ketika itu dihuni oleh pelbagai bangsa dan jenis manusia, seperti Kristian Koptik, Yahudi dan Romawi. Demikian juga di Afrika Utara yang merupakan sebuah wilayah di mana orang Barbar hidup di bawah dominasi Romawi.



Bangsa Rom memandang Afrika sebagai koloni mereka dan melalui para penguasa yang didominasi mereka, mereka mempertahankan cengkamannya ke atas benua tersebut. Operasi untuk membuka Afrika Utara bermula pada tahun 663. Sejurus kemudian, kaum Muslim berjaya menguasai kota-kota besar di Libya. Tripoli kemudiannya berjaya dimiliki pada tahun 666 dan seterusnya pada tahun 670, kaum Muslim berjaya membuka Tunisia. Wilayah Maghribi pada hari ini yang kini terdiri dari Libya, Tunisia, Algeria, dan Marocco serta secara kolektifnya dikenali sebagai empayar Bizantium (Byzantine) wilayah Afrika, akhirnya menyerah dan mengirimkan gelombang kejutan ke seluruh wilayah Romawi. Maka, kejatuhan Mesir yang merupakan keranjang roti bagi Empayar Romawi, merupakan kerugian yang terbesar Romawi dan tidak pernah berjaya dipulihkan mereka.

Selain itu, kaum Muslim telah membangunkan Kota Qairouan (kira-kira lapan puluh kilometer di selatan kota Tunisia moden). Kota ini telah menjadi ibu kota Islam Afrika. Pada awalnya ia merupakan lokasi pengkalan militer. Namun, seperti kebanyakan pangkalan-pangkalan militer, ia kemudian membangun menjadi kota-kota dan pusat-pusat ilmu pengetahuan. Masjid Al Qayeawm (Jamil Uqba) juga telah dibangunkan oleh umat Islam dan menjadi pusat ilmu pengetahuan di seluruh wilayah Islam. Kaum Muslim Baru Afrika Utara juga merupakan pihak yangagama Islam. Misalnya, Tariq Bin Ziyad. Beliau kemudiannya memimpin pasukannya melintasi Selat Gibraltar yang mulai terkenal dalam sejarah Islam di Eropah. Anehnya, para penguasa saat ini di Afrika Utara secara berterusan bertindak menjual rakyatnya untuk kepentingan Barat. Berbeza dengan masa lalu di mana Islam telah menjadikan wilayah tersebut sebagai sebuah pusat ilmu pengetahuan dan pintu masuk ke Eropah. Justru bertambah ironi apabila kini Afrika digelar sebagai negara kelas ketiga, antara negara termiskin dan tidak bertamadun!

Hanya visi Khilafah yang akan mampu membawa Mesir amnya dan seantero wilayah Islam lain amnya ke arah kegemilangan sebagaimana yang terjadi di masa lalu. Khilafah tidak akan menjadi hamba yang tunduk patuh kepada kekuasaan Imperial tetapi memiliki cita-cita global sebagaimana yang terjadi di masa lalu dengan memberikan visi dunia bagi penduduk di wilayah itu.

KHATIMAH

Pada saat ini, tekanan-tekanan telah dilakukan ke peringkat yang belum pernah terjadi sebelumnya di dunia Muslim. Sekarang rejim-rejim itu menawarkan remah-remah untuk memenuhi tuntutan rakyat dan berusaha membeli mereka, dengan harapan agar mereka merasa cukup puas untuk sesuatu yang sifatnya kosmetik (palsu) yang akan muncul seolah-olah seperti kemenangan, namun hakikatnya ia hanya akan mempertahankan status quo rejim yang rosak lagi buruk itu! Barangkali rejim itu akan menawarkan reformasi, beberapa beg berisi wang atau makanan, pelbagai janji pemilihan malah juga wajah baru untuk menggantikan seorang penguasa zalim yang telah tua, namun wajah baru itulah yang akan terus menindas mereka dan mencegah solusi nyata atas situasi bencana yang muncul.

Perubahan yang nyata tidak akan datang melalui perubahan wajah semata-mata. Ia juga
takkan hadir melalui reformasi yang cuai dan lemah, melainkan melalui perubahan yang tiba-tiba, menyapu bersih, tanpa kompromi dan bersifat komprehensif. Perubahan yang sebenarnya adalah untuk menghapuskan sistem-sistem kafir di negeri-negeri Muslim secara menyeluruh. Perubahan yang sebenarnya adalah untuk mengembalikan suatu sistem di mana penduduk di wilayah itu telah hidup di bawah Khilafah selama lebih dari seribu tahun. Perubahan-perubahan yang sesungguhnya adalah agar umat bangkit demi membebaskan dirinya dari belenggu penindasan dan kembali lagi untuk hidup di bawah naungan negara Khilafah Islam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment