Surat Dari Bangladesh:Amerika dan Barat Tidak Boleh Menipu Kita Lagi!


Saya mulakan dengan memuji Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang mempunyai kawalan ke atas semua urusan.

Kisah Tunisia dan kemudian Mesir, Algeria, Yaman, Jordan dan peningkatan kesan domino pada umat di Asia Barat dan Timur Tengah (greater Arab) adalah sesuatu yang tidak ada taranya selama beberapa dekad. Ramai berpendapat bahawa rakyat Tunisia telah menghidupkan semula harapan baru dan maruah rakyat merentasi Timur Tengah supaya turun ke jalanan dan menunjukkan protes, memberikan tekanan dan kemudian menggulingkan rejim mereka. Ramai juga berpendapat bahawa ketakutan di kalangan rakyat telah terhapus dan kini mereka bersedia untuk menentukan hidup mereka sendiri. Yang pasti, rata-rata bersetuju bahawa Timur Tengah yang telah kita saksikan selama 60 atau 70 tahun kebelakangan ini telah berubah sama sekali. Beberapa bulan lalu, tiada siapa dapat membayangkan suasana sedemikian di jalan-jalan Tunisia, Mesir, Yaman, dan tempat-tempat lain di timur tengah. Sesungguhnya inilah titik mula berakhirnya hidup sang tirani dan boneka Amerika dan Barat Insya'Allah.

Realiti Di Tunisia

Sebaik sahaja Ben Ali meninggalkan negara, teman setianya, Mohamed Ghannouchi membentuk kerajaan dengan wajah lama yang sama dengan membawa perubahan kosmetik tertentu dalam apa yang disebut kerajaan perpaduan. Kerajaan Ghannouchi telah menunjuk menteri-menteri yang setia kepada Ben Ali dalam kementerian yang utama antaranya kementerian dalam negara, luar negara, kewangan, dan penerangan. Maka realitinya kroni Ben Ali telah mempertahankan "kesinambungan" pemerintahannya dan pemerintahan partinya, meskipun setelah ia dipecat dan menjadi pelarian! Namun rakyat meneruskan tuntutan mereka. Mereka masih di jalanan, mengharapkan Ghannouchi akan beredar dan membentuk satu sistem kerajaan baru yang radikal. Menariknya, Amerika hanya berdiam diri sepanjang berlakunya Revolusi Melur ini. Ben Ali adalah seorang yang pro-Barat, bekerja sebagai hamba yang patuh menjalankan tugasnya menindas rakyat.


Kerajaannya bolehlah dikatakan di barisan hadapan dalam perang Amerika menentang Islam. Pada bulan Jun 2010, Jeneral William E. Ward, komander US AFRICOM, berada di Tunisia untuk membincangkan bagaimana untuk memperhebatkan lagi perang salib mereka terhadap Islam.

Setelah berdiam diri selama seminggu, akhirnya Amerika muncul dengan taktik yang meragukan. Setiausaha Negara, Hillary Clinton membuat panggilan kepada Perdana Menteri Tunisia, Mohammed Ghannouchi pada 23 Januari, menyatakan sokongan yang berterusan kepada rakyat Tunisia, seterusnya merompak gerakan rakyat dengan mangatakannya sebagai keinginan kepada masyarakat yang lebih demokratik. Yang benarnya, AS tidak ada lagi boneka setia untuk dinaikkan sebagai wajah baru di Tunisia. Sebabnya, walaupun setiap orang di wilayah yang hampir 100% penduduknya Muslim itu mahu Ghannouchi beredar, Amerika sebaliknya mengatakan bahawa mereka menyokong usaha kerajaan kononnya perpaduan itu. Boleh jadi Amerika akan dapat mencari atau mencipta boneka baginya dalam kerajaan perpaduan yang baru ditubuhkan itu. Tambahan lagi, Hilary menegaskan bahawa Amerika bersedia untuk membantu masyarakat Tunisia memenuhi cabaran di depan, dan meyakinkan Perdana Menteri bahawa Amerika Syarikat akan bersama mereka dalam melukis hala tuju baru negara mereka. Dengan demikian, Amerika benar-benar telah melaksanakan peranan munafiknya itu.

Realiti Di Mesir

Realiti di Mesir pula agak luar biasa. Hanya beberapa bulan lalu telah berlaku pilihan raya umum yang telah dipalsukan sehabis-habisnya. Kerajaan Mesir dipimpin oleh Hosni Mubarak (dianggap oleh Obama dan Amerika sebagai simbol kestabilan serantau) telah memerintah negara ini selama lebih dari tiga dekad. Mubarak melaksanakan peraturan darurat dan menekan hak-hak rakyat untuk menyuarakan keprihatinan tentang hal-hal seperti makanan, pakaian, tempat berteduh , pekerjaan, pendidikan dan kesihatan. Sebagai salah satu negara terkaya di rantau Arab, penguasa Mesir ini adalah simbol Si Firaun dari segenap sudut. Protes massa yang terinspirasi dari Tunisia beberapa hari sebelum itu menemui dimensi baru Jumaat lalu (4/2) di mana ribuan demonstrator turun ke jalanan dengan hanya satu tuntutan iaitu `turunkan rejim ini '. Lebih dari seribu telah ditahan dan 100 lebih telah terbunuh. Ibu pejabat parti pemerintah telah dibakar. Setelah berdiam diri selama dua hari, Mubarak selepas membubarkan kerajaan tanpa mengundurkan diri. Dia dijangka akan mengumumkan kerajaan baru, sesuatu yang telah dilakukannya berkali-kali sebelum ini. Akan tetapi, permintaan rakyat hanyalah satu, `Turun Mubarak turun!"

Dalam keadaan yang luar biasa ini, datanglah Amerika menyeru Mubarak supaya mendengar tuntutan masyarakat. Namun mereka masih mendakwa bahawa kerajaan Hosni Mubarak adalah stabil. Hilary Clinton mengatakan bahawa, keganasan bukanlah jawapan bagi pergolakan di Mesir sementara Obama pula berkata, sejurus selepas ucapan Mubarak kepada seluruh Mesir, 'Amerika Syarikat akan terus membela hak-hak rakyat Mesir dan bekerjasama dengan kerajaan mereka dalam mengejar masa depan yang lebih adil, lebih bebas, dan lebih harapan '. Honestly this is similar to what has been America's response to Tunisia. Ucapan ini mirip sekali dengan respon Amerika kepada Tunisia.

Beberapa Persoalan Yang Tidak Pasti

Tatkala umat di Mesir, Tunisia, Yaman dan beberapa tempat lain di rantau ini menyeru perubahan radikal, dunia Barat sedang cuba untuk merompak buah dari gerakan-gerakan ini dengan menyesatkan perbincangan melalui media dan sarana lain yang mereka miliki.

Pertama sekali mereka melabel demonstrasi luar biasa ini sebagai bukti aspirasi demokrasi di Timur Tengah, sedangkan merekalah yang menjadi punca dan meletakkan pemerintah-pemerintah kuku besi ini kepada umat di dunia Muslim baik di Timur Tengah mahupun di bahagian lain.

Ben Ali, Hosni Mubarak, Ali Abdullah Saleh dan lain-lain dari kalangan penguasa di dunia Muslim semuanya tiran yang melaksanakan kerjasama dengan Washington dan Eropah serta menjarah kekayaan ummat. Para penguasa inilah yang menyokong Amerika dan sekutu-sekutunya dalam perang salib mereka melawan Islam dan penindasan Islam politik, iaitu aspirasi alami ummat. Umat sudah muak dengan usaha mendemokrasikan Iraq dan Afghanistan melalui penjajahan selama 10 tahun terakhir ini. Umat Islam memahami jenayah Israel yang demokratik yang menyingkap maksud sebenar seruan demokrasi Barat.

Oleh itu, rakyat Mesir, Tunisia, Yaman dan lain-lain di rantau ini bukanlah menyeru demokrasi, sebaliknya mereka mahukan sebuah sistem pemerintahan di mana pemerintah akan bertanggung jawab kepada mereka, bukan kepada Amerika dan kekuatan Barat. Mereka mahukan sumber daya yang melimpah-ruah di tanah air mereka digunakan untuk peluang ekonomi bukannya untuk menambah simpanan di akaun bank para penguasa dan syarikat multinasional Barat. Mereka menyeru kepada sistem yang tidak melindungi kepentingan Israel dalam bentuk kononnya perjanjian damai dengan rejim Zionis, sebaliknya ummat mahukan tentera Mesir mara ke Gaza, mengakhiri penjajahan lantas membebaskan Palestin. Mereka mahukan ikatan ‘pernikahan’ antara pemimpin tanah mereka dengan kuasa penjajah Barat diputuskan. Itulah tuntutan mereka. Dengan demikian, tuntutan ummat adalah kembalinya Islam. Amerika sangat memahami perkara ini. Bahkan dalam beberapa kaji selidik termasuk kaji selidik Pew Corporation untuk `pandangan umum sedunia' menunjukkan bahawa lebih dari 85% telah menyuarakan tuntutan mereka untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan praktis mereka. Mereka mahu politik penjajah berakhir selama-lamanya.

Oleh itu, kaum muslimin di Mesir, Tunisia dan Yaman tahu bagaimana bagaimana demokrasi hanya membawa wajah-wajah lama sama dengan cara yang kononnya lebih sah demi melayani kepentingan Amerika dan Barat. Bukan itu sahaja, ummat memahami bahawa demokrasi juga adalah sebuah kilang yang terus-menerus menghasilkan agen Barat, baik bergaji mahupun tidak bergaji.

Mari kita ambil contoh Bangladesh, negara Muslim ketiga terbesar di dunia, yang popular dengan gelaran ‘Demokrasi Muslim Moderat’. Pada tahun 1990, pemberontakan rakyat telah menumbangkan penguasa tentera yang disokong AS, General Ersyad. Namun, janji reformasi, peluang politik dan ekonomi, dan tipuan-tipuan lain yang ditabur oleh demokrasi dalam proses yang mengambil masa 20 tahun ini hanya menghasilkan penguasa-penguasa yang menjual tanah air mereka kepada puak musyrikin dan salibin India-AS-Inggeris demi kelangsungan politik mereka. Sedangkan umat pula hidup dalam kemiskinan yang amat, pengangguran dan kekacauan. Apalagi, dengan demokrasi jugalah, Amerika dan kuasa Barat dengan jayanya telah membahagikan umat di Bangladesh kepada dua kubu, yang pertama dipimpin oleh Shiekh Hasina dan yang lagi satu dipimpin oleh Khaleda Zia. Kedua-dua penjahat ini saling bersaing untuk mendapatkan kuasa, maka secara alaminya mereka menyerahkan sumber daya kepada si salibin. Peralihan demokrasi telah membolehkan Amerika dan kuasa-kuasa Barat yang lain mempermainkan rakyat dengan membawa seorang pemimpin bagi tempoh lima tahun diikuti seorang lagi untuk lima tahun seterusnya. Maka aspirasi untuk perubahan radikal dan menyeluruh menjadi lebih sukar. Sebaik sahaja rakyat menyuarakan bangkangan terhadap Perdana Menteri yang sedang memerintah, Amerika dan barat dengan segera akan menjadikan pembangkang sebagai alternatif yang berkredibiliti dan merombak ingatan rakyat menggunakan media massa milik mereka. Jadi umat di Timur Tengah dapat memahami mengapa Amerika dengan cepat melabel perkembangan ini sebagai `Aspirasi Demokratik' dan pastinya mereka tidak akan jatuh ke dalam perangkap Amerika untuk melalui proses selama 20-30 tahun hanya untuk memahami demokrasi adalah kemunafikan. Sememangnya umat memahami bahawa demokrasi adalah sistem di mana ahli politik ‘memperkosa orang awam’.

Pada saat ini, Amerika dan kuasa Barat faham bahawa mereka tidak ada lagi hamba yang tersisa di Tunisia, Mesir atau di Yaman. Mereka memahami akibat dari perubahan dan keinginan ummat. Kalaulah ada pilihan di tangan mereka, protes dan demonstrasi dengan kadar hanya 10% berbanding dengan tahap ketika ini pun sudah cukup untuk menggulingkan kerajaan Ben Ali, Mubarak dan Saleh. Dunia telah melihat begitu banyak pemberontakan yang dirancang oleh Amerika pada masa lalu. Namun tanpa pembangkang kecuali parti politik Islam seperti An-Nahda, Al-Ikhwan Al-Muslimun, dan yang paling penting parti Islam antara bangsa Hizbut Tahrir (parti pembebasan) berjuang di medan dengan kesediaan untuk memerintah negara, dunia Barat tidak mahu mengambil risiko.

Ketidakpastian kedua adalah persoalan, siapa yang akan memerintah negeri ini? Siapakah orangnya menggantikan Ben Ali, Mubarak atau Saleh? Dengan pertanyaan ini, media Barat ingin mencipta kekecewaan dan kekosongan dalam minda masyarakat sehingga pada akhirnya mereka (Barat) tidak akan gagal dengan sendirinya. Inilah sebenarnya apa yang dikatakan oleh pembuat dasar Amerika beberapa hari lalu di Al-Jazeera `biarkan mereka gagal sendiri'.

Barat menyangka bahawa umat Islam tidak ada calon yang lebih baik dari para pengkhianat yang busuk itu. Namun, tujuan pertanyaan ini sebenarnya adalah untuk menjauhkan umat dari memegang tampuk kekuasaan dan hak mereka sendiri. Dengan pertanyaan inilah, mereka menemukan kesempatan untuk membawa seseorang seperti El-Baradei misalnya di Mesir untuk mengalihkan perbincangan dari isu-isu nyata.

Sesungguhnya umat di timur dan dunia Arab hari ini menyedari bahawa masing-masing dari mereka mampu menjalankan pemerintahan sendiri. Setiap individu di jalanan itu faham dan percaya bahawa, mereka sendiri jauh lebih baik sebagai penguasa daripada para pengkhianat ini, iaitu agen-agen yang dibayar oleh Amerika, Eropah dan Israel. Jadi persoalan sebenarnya bukan siapa yang akan memerintah sebaliknya dengan apa yang mereka akan memerintah. Apakah mereka akan diperintah oleh seorang individu lain yang menggunakan polisi-polisi lama yang didrafkan dari Washington dengan perubahan kosmetik; ataukah mereka akan diperintah oleh Quran dan Sunnah yang bukan sahaja memulangkan kembali hak politik kepada rakyat bahkan mewajibkan rakyat melaksanakan hak-hak politik mereka dan memperkirakan penguasa mereka.

Isunya bukanlah persoalan adakah Mubarak akan membuat beberapa pembaharuan demi memenuhi tuntutan rakyat dengan mengadakan peluang ekonomi. Sebaliknya mereka hendaklah diperintah oleh Quran dan Sunnah yang bukan sahaja memberikan peluang ekonomi hinggakan rakyat dapat memenuhi keperluan mereka terhadap makanan, roti, pakaian, tempat tinggal, pekerjaan dan rawatan perubatan. Bahkan juga Quran dan Sunnah akan mewajibkan pihak yang berkuasa untuk memenuhi keperluan asas ini, bukannya
menganggapnya sebagai peluang ekonomi.

Isunya adalah apakah kita akan diperintah oleh sistem demokrasi yang menganggap melontarkan kemarahan terhadap Barat terutamanya Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) sebagai perkara yang tidak mungkin, ataukah kita akan dikuasai oleh sistem politik Islam di mana adalah wajib bagi penguasa untuk melontarkan kemarahan dan terus-menerus melemahkan kekuatan Barat sehingga ummat memperoleh kembali kemuliaan dan martabatnya, sebagai mana yang mereka cuba dapatkan kini di jalanan.

Isunya adalah, apakah Amerika akan berjaya untuk mengilhami kemudian merompak aspirasi umat ini untuk membawa dasar penjajah untuk menipu umat? Ataukah umat akan berpegang teguh untuk menyeru perubahan yang mendasar dan menyeluruh dalam sistem lalu melaksanakan sistem Khilafah Islam untuk memerintah diri mereka sendiri. Dengan itu kekayaan dan sumber daya umat tidak akan jatuh ke tangan syarikat multinasional atau kerajaan dan penguasa Barat; sebaliknya jatuh ke tangan umat untuk menciptakan lapangan kerja melalui pengindustrian besar-besaran. Isunya adalah apakah ummat akan memberikan Amerika kesempatan lagi untuk menipu mereka melalui kononnya perjanjian persahabatan antara Israel dan Mesir demi menyelamatkan anak temuan Barat iaitu Israel; ataukah umat akan mempunyai sistem yang akan menghantar tentera Mesir, membongkar negara Israel dan menyelamatkan Gaza sekaligus. Jadi isunya bukanlah siapa, tetapi prinsip apa.

Apa Yang Harus Kita Lakukan?

Umat di Tunisia telahpun menunjukkan apa ertinya jika rakyat mengekspresikan Khair (kebaikan) iaitu dengan memuhasabah pemerintah yang zalim. Mereka telah menunjukkan tahap tertinggi dalam memerintahkan yang baik dan melarang kejahatan (amar ma’ruf nahy munkar). Alhamdulillah kesan domino telah menggoncang banyak ibu kota dunia Arab. Namun, untuk umat dunia Arab kembali memposisikan diri untuk memimpin bukan sahaja dunia Muslim bahkan seluruh dunia, maka hal-hal berikut ini adalah sangat penting.

1. Buat satu tuntutan iaitu `Islam dan Khilafah tuntutan kami’.
2. Tetaplah di jalanan (teruskan demonstrasi) dan berdoalah kepada Allah secara berjamaah seperti telah anda tunjukkan di Kaherah dan tempat-tempat lain di Mesir untuk melembutkan hati dan fikiran pasukan keselamatan.


3. Apabila anda berada di jalanan, parti politik Islam Hizbut Tahrir sedang mengadakan hubungan dengan pihak tentera untuk memenangi sokongan mereka bagi pihak anda. Parti ini mempunyai pemahaman Islam yang jelas tentang sistem Khilafah dan mereka mempunyai lebih dari 50 tahun pengalaman. Sokonglah parti ini. Serulah “Tahrir” (“Merdeka”) dari dataran Tahrir. Fahamilah bahawa sememangnya tentera akan memainkan peranan penting dalam membentuk negara anda. Oleh kerana itu bantulah Hizbut Tahrir untuk memenangi sokongan daripada tentera anda di pihak anda.


4. Gunakan masjid di seluruh negeri untuk menyampaikan mesej umum kepada masyarakat bahawa mereka mahukan perubahan radikal. Perubahan radikal ini hanya mungkin dengan membina sistem Khilafah Islam yang akan memenuhi semua impian anda, seperti menamatkan hubungan dan pergantungan pada Amerika dan negara-negara penjajah lain demi memberi anda kuasa ekonomi dan politik.


5. Janganlah sekali-kali jatuh ke dalam perangkap Amerika dan kuasa asing Barat lain
atau proksi mereka. Ingat, seruan kepada demokrasi hanya akan memberikan Amerika tali perangkap seperti sarang lelabah yang nantinya secara perlahan tapi pasti akan memakukan anda pada masa depan seperti halnya di Bangladesh, Indonesia atau tempat lain di dunia Muslim. Fahamilah bahawa Amerika tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan campur tangan ketenteraan pada hala tuju anda. juga mereka tidak memiliki sebarang alat politik. Kerana itulah mereka kini menyerukan hak asasi manusia dan kebebasan untuk menipu anda.


6. Janganlah sekali-kali mengaku kalah dengan hanya mendengar bahawa ada pilihan raya yang adil yang diumumkan oleh kerajaan atau kerajaan sementara atau kerajaan perpaduan jenis apa pun. Sebaliknya pastikan bahawa anda memutuskan semua gangguan penjajah Barat dan meletakkan Islam pada kekuasaan. Islam itu sendiri mempunyai kuasa untuk membawa kepimpinan baru.


7. Siapkanlah mental umat supaya menjadi kuat untuk memimpin umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam. Tentunya ini adalah tanggung jawab yang diberkati.


8. Berdoalah kepada Allah sebagai mana kami juga sedang mendoakan dari kejauhan.


9. Semoga Allah menganugerahkan umat kemenangan yang diredhai-Nya Subhanahu wa Ta’ala. Dan semoga Kaherah, Tunisia, Sana’ atau Al-Maghreb menjadi titik awal kembalinya Khilafah ala minhajin Nubuwah.

Ingatlah hadis Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, dari Al-Nu'man b. Bashir, yang mengatakan: "Kami sedang duduk di masjid Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan Bashir adalah orang yang tidak bercakap banyak, jadi Abu Tha'labah Al-Khashnee datang berkata: "Oh, Bashir bin Sa'ad, apakah anda hafal kata - kata Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam tentang para penguasa?" Huthayfah menjawab, “Aku telah hafal kata-katanya.” Jadi Abu Tha'la duduk dan Huthayfah berkata, “Rasulullah berkata "Zaman kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendakan untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendakan untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul zaman kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendakan untuk mengangkatnya. Setelah itu, akan muncul zaman kerajaan yang sombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendakan untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.” [HR Ahmad]

Daripada:
Jafar Muhammad Abu Abdullah
Dhaka, Bangladesh
(29 Januari 2011).




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment