Semarakkan Perjuangan di Bulan Ramadhan dengan QUNUT NAZILAH



Assalamu`alaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Muslimin dan muslimat,
Sesungguhnya umat Islam telah hidup di bawah penguasaan pemerintah zalim yang amat bencikan Islam hampir seabad kebelakangan ini. Kebangkitan umat Islam secara global yang berlaku sejak beberapa bulan lepas meningkatkan kebimbangan penguasa - penguasa zalim ini.

Pada bulan Jun 2011 sahaja di Uzbekistan, pihak berkuasa telah menangkap sesiapa sahaja yang menjadi penyeru dan pendakwah Islam baik dalam kalangan yang bergerak bersama Hizb-ut-Tahrir mahupun selainnya. Para penguasa pengecut ini dengan kejinya menunjukkan sikap terdesak dengan menzalimi mereka melalui hukuman penjara yang berlanjutan dan seksaan yang zalim, sehingga ada yang mengakibatkan maut. Malah, ramai lagi yang sedang diburu bahkan ditangkap, hatta ahli keluarga mereka pun tidak lepas daripada buruan. (Catatan lanjut dalam Sautun Nahdhah 269, 22/7/11).

Berdasarkan sunnah, kaum Muslimin dianjurkan membaca doa qunut nazilah sebelum sujud pertama rakaat terakhir dalam setiap solat fardhu, khusus untuk sesuatu peristiwa bertujuan untuk mendoakan keselamatan orang mukmin dan melaknat kafir yang memerangi mukmin dalam peristiwa tersebut.

Berikut ialah doa qunut nazilah khusus untuk peristiwa kezaliman di Uzbekistan ini.Semoga dengan berkat keikhlasan umat Islam berdoa dan mengaminkan doa dalam Ramadhan ini, Allah akan memberikan kemenangan kepada hamba-hambaNya yang menegakkan agama-Nya.

QUNUT NAZILAH

من دعاء قنوت النازلة

اللَّهُمَّ شَاهِدَ كُلِّ نَجْوَى، وَمَوْضِعَ كُلِّ شَكْوَى، وَعَالِمَ كُلِّ خَفِيَّةْ، وَمُنْتَهَى كُلِّ حَاجَةْ..

اللَّهُمَّ انْصُرِ الإسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَأَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، اللَّهُمَّ عَذِّبِ الكَفَرَةَ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِـيـلِكَ، ويُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ، ويُقاتِلونَ أولِـيَاءَكَ. اللَّهُمَّ اْلعَنِ الْيَهُوْدَ وَذُرِيَّاتَهُ، اللَّهُمَّ الْعَنِ كَرِيْمُوْفَ الْيَهُوْدِيَّ وَأَعْوَانَهُ وَزَبَانِيَّتَهُ.. اللَّهُمَّ خُذْهُ أَخْذَ عَزِيْزٍ مُقْتَدِرٍ، أَخْذاً يُخْزِيْهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ..

اللَّهُمَّ انْصُرِ إِخْوَانَنَا وَأَخْوَاتِنَا مِنْ شَبَابِ حِزْبِ التَّحْرِيْرِ وَغَيْرِهِمْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ فِي أُزْبِيْكِسْتَان، اللَّهُمَّ انْصُرْهُمْ نَصْرًا مُؤَزِّرًا. اللَّهُمَّ فَرِّجْ كُرْبَهُمْ، اللَّهُمَّ أَرِنَا يَوْماً، بَلْ أَيَّاماً، فِي أُوْلَئِكَ الظُّلُمَةِ، نَرَاهُمْ فِيْهِ أَذِلَّةً صَاغِرِيْنَ، خَزَايَا مَذْمُوْمِيْنَ مَدْحُوْرِيْنَ، يَلْعَنُهُمْ سَاكِنُوْ الأَرْضِ وَالسَّمَاءِ. اللَّهُمَّ يَا رَبَّ آمِيْن.


Ya Allah, Zat Yang Maha Menyaksikan semua bisikan, tempat semua keluhan, Zat Maha Mengetahui semua yang tersembunyi, akhir dari segala hajat.

Ya Allah, tolonglah Islam dan kaum Muslim, dan hancurkanlah kaum Kafir dan Musyrik. Ya Allah, seksalah kaum Kafir yang senantiasa menghalang-halangi jalan-Mu, mendustakan Rasul-Mu, memerangi para Wali-Mu.. Ya Allah, laknatlah orang-orang Yahudi dan keturunannya. Ya Allah, laknatlah Karimov keturunan Yahudi, para pembantu dan penyangaknya.. Ya Allah, ambillah kekuasaannya dengan kemahaperkasaan dan kemahakuasaan-Nya. Dengan cara menghinakannya di dunia, sebelum di akhirat.

Ya Allah tolonglah saudara-saudari kami dari kalangan syabab Hizbut Tahrir dan kaum Muslim lain di Uzbekistan.. Ya Allah, tolonglah mereka dengan pertolongan-Mu yang memenangkan. Ya Allah, bebaskanlah mereka dari kesulitan yang menghimpitnya.. Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami suatu hari, atau hari-hari, di mana orang-orang yang zalim itu, kami saksikan mereka menerima kehinaan yang menghinakan mereka, hina dina dengan penuh penyesalan dan sebagai orang-orang yang terbuang, yang dilaknat oleh para penghuni langit dan bumi.


Ya Allah, ya Tuhan kami, kabulkanlah doa kami.



Definasi Qunut Nazilah

Lafaz Qunut biasanya digunakan untuk beberapa makna. Yang dimaksud dengan qunut di sini adalah doa dalam solat, pada tempat tertentu ketika berdiri (i’tidal). Ibnu al-Qayyim berpendapat bahawa Qunut digunakan untuk menunjukkan makna berdiri, diam, kelangsungan ibadah, doa, membaca tasbih dan khusyu’. [Ibnu al-Qayyim, Zad al-Ma’ad, I/276]

Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitabnya, Fath al-Bari, menukil penjelasan gurunya, Zainuddin al-’Iraqi iaitu, bahawa, qunut mempunyai banyak makna, lebih dari sepuluh makna, iaitu doa, khusyu’, ibadah, berdiam lama ketika menjalankannya, solat, puasa, lama berpuasa dan kelangsungan taat. [Ibnu Hajar, Fath al-Bari]

Qunut Nazilah adalah doa ketika ada peristiwa yang menimpa kaum Muslim, dengan tujuan untuk menyingkirkan atau melenyapkan penganiayaan musuh, menyingkirkan bala’ (bencana), dan sebagainya. Imam an-Nawawi, dalam Syarah Sohih Muslim menyatakan, “Yang benar dan paling masyhur adalah, bahawa kalau terjadi sesuatu seperti ancaman musuh, wabak, kelaparan dan bahaya yang nyata menimpa kaum Muslim, dan seumpamanya, maka mereka melakukan qunut pada semua solat wajib.” [An-Nawawi, Syarah Sohih Muslim]

Dasar Qunut Nazilah

1) Dari Anas bin Malik Radiallahu ‘Anhu berkata:
“Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah melakukan qunut selama sebulan untuk melaknat Ri’lan, Zakwan dan ‘Ushayyah yang telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.” [HR Muttafaq ‘Alaih, redaksi Muslim]

2) Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘Anhu berkata:“Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika mengucapkan, ‘Sami’a-Llahu liman hamidah’ pada rakaat terakhir solat Isya’, maka baginda Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam melakukan qunut (berdoa, yang ertinya): ‘Ya Allah, selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah. Ya Allah selamatkanlah al-Walid bin al-Walid. Ya Allah, selamatkanlah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkanlah orang-orang Mukmin yang tertindas. Ya Allah, ambillah kekuatan kabilah Mudhar dengan sekuat-kuatnya. Ya Allah, binasakanlah mereka selama bertahun-tahun, sebagaimana tahun-tahun (kelaparan dan wabak yang menimpa zaman) Nabi Yusuf.” [HR Bukhari]

Mereka adalah tokoh-tokoh penduduk Makkah yang telah memeluk Islam, kemudian diuji dan diseksa oleh kaum Quraisy. Mereka kemudian selamat dengan berkah doa Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam.

3) Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘Anhu berkata:
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah melakukan qunut selama sebulan terus-menerus pada waktu solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ dan solat Subuh di penghujung setiap solat, ketika baginda Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. mengucapkan, ‘Sami’a-Llahu liman hamidah’ dari rakaat yang terakhir. Baginda Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam melaknat kampung Bani Sulaim, Ri’lin, Zakwan, Ushayyah dan diamini oleh makmum di belakang baginda Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam.” [HR Ahmad, Abu Dawud, al-Hakim semuanya melalui jalur Tsabit bin Yazid, dari Hilal bin Khabab, dari Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas]

Hukum Berkenaan Qunut Nazilah

Berdasarkan hadis di atas, boleh disimpulkan bahawa disunahkan melakukan qunut nazilah, ketika terjadi peristiwa yang menimpa kaum Muslim. Ini diambil dari perbuatan Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, yang kemudian diikuti oleh para sahabat, tabiin dan generasi setelah mereka. Ibnu Taimiyyah berpendapat, “Qunut disunnahkan ketika terjadi peristiwa (yang menimpa kaum Muslim). Ini merupakan pendapat fuqaha’ ahli Hadith. Ini merupakan riwayat yang diperolehi dari para Khulafa’ Rasyidin.” [Ibnu Taimiyyah, al-Majmu’, XXIII/108]

Qunut nazilah ini dilakukan pada rakaat akhir, sebagaimana yang dinyatakan secara nyata dalam hadis Abu Hurairah, dalam kitab Sohih al-Bukhari dan Muslim. Ibnu Hajar mengulas hadis di atas, dalam kitabnya, Fath al-Bari, tentang Qunut, “Saya melihat, bahawa hikmah dijadikannya qunut nazilah pada waktu i’tidal, bukan waktu sujud, padahal sujud merupakan tempat dikabulkannya doa ketika sujud, adalah kerana yang diminta dari qunut nazilah ini agar makmum boleh berdoa bersama-sama imam, sekalipun dengan mengucapkan amin. Dengan begitu, para ulama’ sepakat, bahawa qunut ini dibaca dengan suara kuat.”

Qunut nazilah ini boleh dikerjakan ketika solat lima waktu, dan lebih dikuatkan lagi pada waktu Solat Subuh. Ini ditunjukkan oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang telah melakukan qunut nazilah ketika solat lima waktu. Dalam kitab Sohih Bukhari dan Muslim telah ditegaskan, bahawa Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah membacakan qunut nazilah pada waktu solat Subuh, Zuhur, Maghrib dan Isya’. Sedangkan qunut nazilah pada waktu solat Asar telah dinyatakan dalam riwayat Abu Dawud dan Ahmad.

Ibnu Taimiyyah menyatakan, “Ketika qunut nazilah, diperintahkan untuk berdoa demi kebaikan kaum Mukmin, dan melaknat kaum Kafir, baik ketika solat Subuh mahupun yang lain. Demikian pula ‘Umar telah melakukan qunut, yang membuat kaum Nasrani lari kerana doa beliau, yang isinya: “Ya Allah, laknatlah kaum Kafir Ahli Kitab.” [Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, XXII/270]

Adapun qunut nazilah pada waktu solat sunat, sebolehnya tidak dilakukan. Ini merupakan pendapat mazhab Ahli Hadith, kerana tidak adanya hadis yang menyatakan Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. pernah melakukannya. Mengenai qunut nazilah dalam solat Juma’at, para ulama’ juga berbeza pendapat. Ibnu Taimiyyah dan Ibnu al-Mundzir menyatakan, tidak boleh qunut nazilah dalam solat Juma’at, sebaliknya cukup bagi khatib untuk mendoakan kaum Muslim dalam khutbahnya.

Qunut Nazilah Disunnahkan dengan Doa Pendek

Disunnahkan untuk tidak memperpanjangkan doa, tidak memberatkan jemaah, dan meniru teladan Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Doa Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah kalimat yang pendek, sebagaimana yang ditunjukkan dalam hadis di atas. Ia dikuatkan dengan percakapan Anas bin Malik, ketika ditanya, “Apakah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. melakukan qunut pada waktu solat Subuh?” Dia menjawab, “Benar, setelah melakukan ruku’ dengan bacaan yang pendek (ringan).” [HR Muslim]




Yang menjadi ukuran tentu bukan panjang atau pendeknya doa, tetapi terletak pada ketulusan doa, kebersihan hati dan kesucian ibadah orang yang berdoa kepada Allah SWT. Cuma, kadang-kadang seseorang perlu memanjangkan sedikit doanya untuk menggetarkan hatinya, terutama ketika musibah dan bencana yang begitu dahsyat menimpa kaum Muslim, dengan syarat tidak memberatkan kaum Muslim.

Doa qunut nazilah pun terhad hanya untuk peristiwa itu sahaja, tidak ditambah dengan doa-doa lain. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ibnu Taimiyyah menyatakan, “Hendaknya orang yang melakukan qunut berdoa ketika terjadi peristiwa dengan doa yang relevan untuk peristiwa tersebut. Jika disebutkan nama kaum Mukmin yang didoakan, dan nama orang Kafir yang memerangi mereka, itu lebih baik.” [Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, XXII/271]

Qunut Nazilah bukan Hanya untuk Peristiwa Setempat

Tidak disyaratkan qunut nazilah tersebut dilakukan kerana ada peristiwa yang terjadi di negeri kaum Muslim, tetapi juga diperintahkan untuk melakukannya ketika peristiwa tersebut terjadi, meski di luar negeri kaum Muslim, jika peristiwa itu menimpa mereka. Hukum ini didasarkan pada qunut yang dilakukan oleh Rasul untuk mendoakan kaum Muslim yang teraniaya di Makkah, sedangkan ketika itu Makkah masih merupakan Dar al-Kufur.

Penutup

Umat Islam dituntut supaya senantiasa mengambil tahu urusan kaum muslimin dan mengusahakan kehidupan terbaik untuk umat. Sudah tentu segala usaha hanya Allah yang memberi keputusannya. Oleh itu, umat Islam hendaklah tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar memenangkan umat ini di dalam dan di luar solat mereka.

Oleh: Hafidz Abdurrahman
http://konsultasi.wordpress.com/

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment