RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KEMENANGAN HAKIKI!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apabila ramadhan berlalu pergi, maka Aidilfitri pula menyusul kini. Alhamdulillah, genap sebulan kita menjadikan ramadhan sebagai medan latihan. Ketika itu, kita melatih diri kita bersabar menahan lapar dan dahaga. Kita melatih diri supaya tidak menurut kehendak nafsu dan kita melatih diri kita dengan mengamalkan pelbagai ibadah sunat. Oleh itu, syawal ini kita meraikan kejayaan atas latihan itu. Marilah kita sama-sama berzikir memuji Allah Subhanahu wa Taala atas kejayaan ini.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.

Allah Maha Besar sebesar-besarnya,
Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya,
Maha Suci Allah pagi dan petang.”
Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya,
Dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.
Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya,
Yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan Mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.
Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar,
Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.

Apabila dikenang kembali ramadhan yang baru berlalu ini, telah jelas ketara kaum kuffar sedang menuju kehancuran, sekaligus menandakan kebangkitan umat Islam bagi meraih kemenangan yang bakal tiba. Jika diimbas kembali, saat kita baru sahaja memasuki sepuluh hari pertama bulan Ramadan 1432H , tanda-tanda kemenangan semakin ketara. Siapa menyangka dua helikopter Amerika Syarikat (AS) boleh dijatuhkan oleh bedilan pejuang Afghanistan, membunuh lebih 30 askar Amerika yang begitu yakin dengan kehebatan kelengkapannya. Siapa percaya AS dengan pakar-pakar ekonomi terhebat di dunia, diancam muflis dan kemelaratan, walaupun menjadi negara dengan ekonomi terbesar di dunia. Tidak mustahil naga ekonomi China akan merasa peritnya, setelah Jepun tersungkur dipukul tsunami. Ternyata, dekatnya pertolongan Allah kepada orang beriman. Hanya hati yang dilitupi noda kekafiran yang luput dari sentuhannya.

Kesatuan Eropah yang begitu yakin Euro akan menjadi senjata keberlangsungan hidup (survival) mereka, mula panik dengan kejatuhan ekonomi Greece dan Cyprus. Dan yang terakhir, London's burning! Setelah Rupert Murdoch memancing kemarahan rakyat Britain dengan skandal hacking dan rasuah melibatkan elit dalam jabatan polis, kini giliran generasi samseng asuhannya membakar dan merompak rakyat di London, Manchester, Birmingham dan banyak tempat lagi.

Maasya Allah, begitu mudah Allah Subhanahu wa Taala melemahkan kuasa-kuasa besar dunia, memporak-porandakan kemegahan mereka, dan menjatuhkan pemimpin-pemimpin tali barutnya, di Timur dan di Barat. Sebaliknya, Allah pasti akan menguatkan dan membangkitkan umat Islam serta mengembalikan kemuliaan ke tangan mereka dengan tegaknya Daulah.

“…Kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahawa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah pengajaran, wahai orang yang mempunyai mata hati.” [TMQ al Hasyr (59): 2]

Wahai muslimah sekalian!

Sesungguhnya kemenangan bagi Islam bakal tiba seperti mana Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur dalam Perang Ahzab. Dengan pertolongan Allah Subhanahu wa Taala bala tentera yang ramai itu dapat dikalahkan oleh tentera kaum muslimin yang sedikit. Allah Subhanahu wa Taala menggambarkan peristiwa ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepada kalian ketika datang kepada kalian pasukan, lalu Kami mengirimkan kepada mereka angin taufan dan pasukan yang tidak dapat kamu lihat.” [TMQ al-Ahzab (33): 9-11]

Sesungguhnya kemenangan bagi Islam merupakan sesuatu yang pasti kerana ia adalah janji Allah. Firman-Nya yang bermaksud, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik”. [TMQ An-Nur (24):55].

Maka, tinggalkanlah segala kemewahan dunia yang melalaikan kita daripada menunaikan kewajipan kita. Kemenangan bagi Islam tidak akan tertangguhkan lagi, maka, jangan kita tangguhkan lagi usaha dan pengorbanan kita. Tinggalkanlah perbuatan berhias-hias (tabarruj) dan bergaul bebas (ikhtilat) pada bulan Syawal ini dan seterusnya pada bulan-bulan lain. Tanggalkanlah pakaian yang mendedahkan auratmu dan sarungkanlah pakaian yang syarie menurut ajaran agama-Nya. Lemparkanlah jauh-jauh idea kebebasan dan feminisme yang menjerat dan rangkullah dengan erat ajaran Islam yang akan menyelematkanmu daripada azab api neraka. Ayuh, perjuangkanlah syariat Islam dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah Islamiyah dan mengulangi kembali kemenangan Perang Ahzab. Dengan itu, barulah bermakna zikir kesyukuran sempena Aidilfitri…
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment