WANITA SOLEHAH

Wanita, Kekeliruan Dan Tipu Daya Yahudi

Umat Islam yakin bangsa Yahudi dan Nasara adalah dua bangsa yang disebut dalam Ummul Kitab sebagai masing-masing bangsa yang dimurkai dan bangsa yang sesat.  Mereka adalah musuh yang nyata kepada umat Islam.  Persoalannya, adakah umat Islam menyedari bahawa Yahudi dan Nasara senantiasa memasang perangkap untuk menjerat umat Islam dalam segenap aspek kehidupan?  Golongan yang amat mudah terpedaya dan masuk ke perangkap mereka adalah wanita.

Wanita dan kekeliruan gaya berpakaian


Aspek yang yang amat ketara dipengaruhi oleh Yahudi dan Nasara dalam kehidupan seorang wanita Islam adalah gaya berpakaian.  Dari umur kanak-kanak hingga ke umur remaja, anak-anak perempuan orang Islam didedahkan dengan cara berpakaian yang fashionable dan amat mengelirukan.  Tuntutan berpakaian menutup aurat untuk anak-anak perempuan yang telah mencapai umur baligh difahami dengan fahaman yang literal iaitu sekadar menutup aurat.  Justru, berpakaian apa saja adalah dibenarkan asalkan menutup aurat sedangkan tuntutan berpakaian untuk wanita muslimah adalah berpakaian menepati syara’ dan ini termasuklah memakai pakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh seseorang wanita.  Dengan kata lain, berseluar sama ada jeans atau slack, ketat atau baggy adalah haram bagi wanita Islam walaupun ia menutup aurat kerana pakaian tersebut menampakkan bentuk peha dan bentuk betis seseorang wanita.  Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani [TMQ Al-Ahzab (33):59]



Dari ayat ini jelas sekali Islam telah menggariskan kod pakaian khusus untuk wanita Islam apabila berada di tempat umum.  Begitu juga dengan kewajipan khimar di mana Allah berfirman:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[TMQ An-Nur(24):31]

Berkenaan hal yang sama, Rasulullah SAW bersabda:

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” [hadith riwayat Ahmad]

Jika difahami dengan benar, kedua-dua ayat dan hadis tersebut menggariskan tentang cirri-ciri khimar/tudung yang wajib dikenakan oleh muslimah apabila berada di tempat umum.  Malangnya realiti hari ini membelakangkan garispanduan yang telah ditetapkan dalam Islam dengan mengatasnamakan fesyen.  Inilah kefahaman keliru yang menjerat wanita Islam hari ini.  Bertudung dengan penuh gaya, di bahagian leher diketatkan dan di bahgian belakang kepala sengaja ditinggikan untuk menampakkan “bonggol unta”.  Mereka namakan ini sebagai fesyen atau trend terkini dalam bertudung namun tanpa disedari fesyen tersebut persis seorang nun (biarawati Kristian).  Kalaupun berbeza cuma warnanya sahaja.  Alasan utama kenapa wanita Islam begitu tegar memilih untuk berfesyen, tidak lain kerana mereka tidak mahu kelihatan jumud.  Berpakaian menepati kehendak syara’ dikatakan jumud, sukar untuk bergaul dan bersosial, sukar diterima bekerja di sektor-sektor tertentu dan seumpamanya lagi.  Natijahnya hukum Islam diketepikan, pandangan atau ukuran manusia diutamakan.  Malah,lebih malang apabila wanita Islam tidak merasakan perkara tersebut sebagai suatu pelanggaran hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.  Inilah antara perangkap yang dipasang oleh Yahudi dan Nasara yang tidak disedari oleh wanita Islam.  Mereka (Yahudi dan Nasara) telah berjaya mencetuskan pendapat umum di kalangan umat Islam bahawa berfesyen di kalangan wanita Islam bukanlah suatu kesalahan.

Kelicikan tipu daya mereka sebenarnya diperkuatkan dengan menampilkan figur-figur tertentu dalam masyarakat yang menjadi contoh dan idola para wanita.  Bukan calang-calang figur yang menjadi duta tajaan musuh Allah ini.  Mereka adalah orang ternama dalam masyarakat, terkenal dengan ciri-ciri seorang ilmuan Islam, fasih bertutur bahasa al-Qur’an, malah ada juga di kalangan mereka yang berstatus hafizah.  Hal ini justru membuatkan wanita Islam cenderung untuk memilih jalan singkat dengan meniru idola kesukaan mereka tanpa berfikir lebih lanjut.  Sementelah sifat semulajadi wanita memang sukakan kecantikan, keanggunan dan penampilan yang berbeza.

Keadaan ini telah diungkapkan oleh Allah swt melaui firmanNya:

Dan bagi orang-orang kafir,amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar,yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga tetapi bila didatangai air itu,dia tidak mendapatkan sesuatu apapun. [TMQ An-Nur(24):39]

Wanita, Kosmetik dan Perhiasan

Sesuatu yang sinonim dengan wanita adalah kosmetik atau solekan.  Lumrahnya, wanita suka bersolek dan kelihatan cantik.  Dalam membicarakan tentang kosmetik, jerat Yahudi dan Nasara yang menanti wanita sebenarnya datang dari berbagai sudut, bermula dari pembuatan kosmetik sehinggalah kepada pemasaran kosmetik.  Sama ada sedar atau tidak, wanita telah dieksploitasi secara sepenuhnya untuk industri kosmetik ini.


Kebanyakan wanita seolah-olah sengaja membiarkan diri mereka dikelirukan oleh gaya hidup sekular hari ini.  Bersolek sebelum keluar bekerja atau sebelum ke mana-mana majlis telah menjadi satu rutin yang diterima umum.  Ironinya segala hukum Islam tentang tabarruj diketepikan malah dihilangkan terus dari dada-dada mereka.  Dalam hal berhias dan bersolek, Islam telah memberi garis panduan lengkap kepada wanita agar mereka tidak terjerumus ke dalam api neraka, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda,

Seorang wanita yang memakai minyak wangi lalu melalui di tengah-tengah kaum dengan maksud agar mereka menghidu bau harumnya maka wanita itu adalah pelacur.[HR An-Nasa’i]

Allah s.wt. berfirman,
Janganlah kamu berhias diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu[TMQ Al-Ahzab(33):33]

Khatimah

Wahai wanita muslimah, ingatlah Rasulullah saw, pernah bersabda :

“Dunia ini adalah periasan dan sebaik-baik perhiasan adalah seorang wanita yang sentiasa mengingatkan suaminya tentang hari akhirat [HR Muslim]

Seorang muslimah yang memahami tujuan hidupnya adalah semata-mata untuk meraih redha Allah adalah wanita yang berfikir.  Seorang muslimah adalah individu yang memahami bahawa hidupnya perlu terikat dengan hukum syarak secara keseluruhan.  Tidak melakukan sesuatu mengikut hawa nafsu semata-mata.  Wanita muslimah juga adalah wanita yang memikirkan urusan umat manusia dan memikirkan peranannya dalam mewujudkan sistem Islam untuk mengatur urusan seluruh umat.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment