HAJI DAN KEPENTINGAN KHILAFAH


HAJI DAN KEPENTINGAN KHILAFAH


Muqaddimah

Sejak beberapa minggu lepas, jutaan umat Islam dari pelbagai penjuru dunia mula berpusu-pusu menuju tempat yang satu iaitu tanah suci Makkah, dan dengan tujuan yang satu iaitu    mengerjakan rukun Islam yang kelima, haji di Baitullah. Kewajipan haji telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam     al-Quran,

“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah” [TMQ Ali `Imran (3): 97].

Haji diperintahkan tanpa alasan (‘illat) sebagaimana ibadah-ibadah yang lain. Manakala waktu, tempat dan tatacara telah ditetapkan oleh Allah melalui RasulNya. Sabda Baginda SAW,

“Kalian ambillah daripadaku manasik haji kalian” [HR Muslim].

Walaupun demikian, dalam nas yang lain, Allah SWT menyebutkan hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah ini. Dalam surah al-Hajj [22]: 27 Allah menyatakan,

“Dan serulah manusia untuk      mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka.”

Menurut at-Thabari, pendapat yang paling tepat terkait dengan manfaat di sini adalah semua aktiviti yang diredhai oleh Allah termasuk juga perniagaan. Alasannya, kerana Allah memberi manfaat tersebut untuk siapa saja yang menjadi saksi musim haji, sama ada manfaat dunia mahupun akhirat. Kerana tidak ada satu hadis atau alasan yang dapat menjelaskan manfaat tersebut hanya berlaku untuk perkara tertentu, maka manfaat ini berlaku umum (at-Thabari, Tafsir Alquran, Juz XVII/106).

Hikmah Haji: Penyatuan Umat

Manfaat yang paling menonjol dalam pelaksanaan ibadah haji ini adalah penyatuan umat yang hakiki. Umat Islam dari seluruh dunia, dengan    pelbagai suku, bangsa, bahasa dan negeri yang berbeza-beza, semuanya berkumpul di tempat itu untuk menyuarakan seruan yang sama, iaitu bacaan talbiah, tahlil, tahmid, takbir, zikir dan doa. Inilah pemandangan agung (masyhad a’dzam) yang di-banggakan oleh Allah SWT kepada para malaikat-Nya [HR Ibn Hibban dan Ahmad dari Abu Hurairah].

Arafah telah mempertemukan seluruh jamaah haji dari pelbagai pelosok dunia. Ketika wukuf telah dimulai, lautan manusia; tua-muda, lelaki-wanita, hitam-putih, semuanya berpakaian ihram tanpa mengira jawatan, status sosial dan kedudukan mereka. Tidak ada   kelas, kerana semuanya sama. Di Arafah dahulu, Nabi SAW,    sebagai ketua    negara me-nyampaikan khutbah baginda yang sangat terkenal itu. Sabda baginda SAW,

“Wahai seluruh umat manusia, sesungguhnya darah dan harta kalian hukumnya haram (suci) bagi kalian, sebagaimana haramnya hari, bulan dan negeri ini.”


Nabi SAW pun telah membatalkan seluruh praktik dan tradisi jahiliyah, mengharamkan riba dan sebagainya (as-Suyuthi, ad-Durr al-Mantsur, Juz I/534).

Para Khalifah kaum Muslimin setelah Nabi juga melakukan hal yang sama. Di sana, para Khalifah melaksanakan haji bersama-sama dengan umat Islam yang datang dari  pelbagai penjuru dunia. Di tempat itulah, mereka bertemu dengan Ketua negara mereka. Arafah benar-benar merupa-kan momentum pertemuan akbar (besar) umat Islam di seluruh dunia. Amirul Mukminin, Umar bin al-Khatthab bahkan menggunakan   momentum tersebut untuk bertanya kepada para delegasi haji tentang ehwal walinya yang diangkat untuk melayani kepentingan mereka. Mereka pun boleh mengadukan apa saja yang    hendak mereka adukan kepada sang Khalifah. Umar pun mengumpulkan para walinya dari pelbagai wilayah pada musim haji (al-‘Allamah Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani, Nidzam al-Hukm fi al-Islam, hal. 180).

Sistem Sekular-Nasionalis Menyusahkan Umat Berhaji

Perjuangan mengerjakan haji sememangnya bukanlah perkara mudah, kerana itu Allah mewajibkan haji bagi orang yang mampu sahaja, sama ada mampu dari segi kewangan atau pun fizikal. Maka, bagi mereka yang mampu tetapi tidak mahu mengerjakan haji, kemurkaan Allah akan menimpanya.

Umat Islam terutamanya di Malaysia sebenarnya ramai yang memiliki kemampuan untuk pergi berhaji. Hanya apa yang menyedihkannya ialah sistem sekular-nasionalis yang menyebabkan umat Islam terpecah-pecah menjadi banyak negara membuat umat terhalang untuk bersegera melaksanakan kewajipannya. Pelbagai sekatan sama ada dari kerajaan Arab Saudi mahupun dari negara masing-masing menyusahkan umat yang mampu untuk mengerjakan haji. Daripada kewajipan memiliki pasport haji sehinggalah penerapan sistem kuota oleh kerajaan Arab Saudi kepada setiap negara yang membuatkan ramai orang harus menunggu   bertahun-tahun malah puluhan tahun untuk mengerjakan haji. Akhirnya, apabila sudah lanjut usia atau kesihatan mulai bermasalah, barulah giliran mereka sampai.

Dari dalam negara pula, bebanan kos haji yang tinggi serta pelbagai karenah administrasi dan kecurangan berpunca dari sistem kuota sebagaimana dilapor-kan Utusan Malaysia (4/2/2012) - satu sindiket ‘haji ekspres’ dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji. Masalah ini telah me-munculkan kekecewaan dan kesedihan dalam kalangan umat.

Pengurusan Haji Oleh Daulah Islam

Para Khalifah dahulu sangat me-merhatikan dan mempermudahkan rakyatnya untuk menunaikan haji. Ini tentu tidaklah menghairankan kerana Khalifah adalah pelayan umat. Mereka sedar betul akan tanggungjawab mereka di hadapan Allah. Sebagai contoh, Khalifah Daulah Abbasiyah ketiga Muhammad Al-Mahdi melakukan pembaharuan bangunan Ka’bah dan Masjid Nabawi dan pembangunan fasiliti awam.

Zubaidah binti Ja’far al-Akbar, isteri kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid mengusulkan kepada Khalifah supaya memberikan pelayanan kepada kaum Muslimin, khususnya jamaah haji, sehingga memudahkan perjalanan mereka. Melalui idea inilah akhirnya diwujudkan projek mega “Jalur Zubaidah”, iaitu jalur perjalanan yang berasaskan senibina dan logistik moden. Khalifah kemudian mula membina jalan, mendirikan waduk, sumur, membangun perumahan dan tempat istirehat (rest area) di sepanjang jalur perjalanan tersebut. Beliau juga mendirikan sejumlah   tempat istirehat dan telaga air raksasa di Mina dan Arafah. Jalur Zubaidah ini sendiri meliputi Kufah, di Iraq hingga Rafha, yang berbatasan dengan Saudi, lalu Rafha hingga Fida, dengan jarak kira-kira 120 km di sebelah tenggara; Fida hingga ar-Rabdzah (terletak 190 km dari Madinah ke arah timur, dengan jarak 350 km), ar-Rabdzah hingga berakhir di Makkah.

Khatimah

Ibadah haji, tanpa negara Khilafah, memang dapat terlaksana. Namun, tetap pelaksanaannya menjadi kurang sempurna kerana masih banyak  mendapat sekatan dan halangan.  Misalnya, urusan pasport haji dan kuota. Dengan Khilafah yang akan menghapuskan negara-bangsa di Dunia Islam, pasport dan kuota menjadi tidak relevan dan tak diperlukan lagi. Sebab, orang Malaysia, Indonesia, Mesir, dan negara-negara muslim yang telah bersatu dalam naungan Daulah tatkala pergi ke Makkah, tak akan dianggap lagi pergi ke luar negeri, melainkan masih perjalanan dalam negeri. Ini adalah kerana sesungguhnya Makkah adalah milik Daulah Islam dan mereka semua adalah warganegara Daulah Islam. Daulah Khilafah nanti akan mengatur dengan adil dan saksama agar setiap Muslim yang mampu, berkesempatan mengerjakan haji dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pengelolaan        administrasi haji akan lebih sederhana, menjimatkan duit dan yang paling penting adalah makna haji sebagai penyatuan umat yang hakiki akan    terwujud kembali.

Wallahua’lam. [Nahdhah Fikriyyah (Edisi 7)]


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment