FIKRATUL UMMAH FEBRUARI 2013


ISI KANDUNGAN


**********

Muqaddimatul Kalam

Assalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh....

Segala puji dan syukur khusus untukNya Yang Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Suci dan bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Selawat dan salam  dititipkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang cahaya kebenarannya sentiasa menerangi alam ini. Syukur kepada Allah S.W.T yang telah menjadikan kita  sebagai orang-orang Islam yang mengikuti sunnah Nabi S.A.W.

Alhamdulillah Fikratul Ummah (FU) kali ini dapat diterbitkan sekali lagi seperti bulan-bulan yang lalu. Pada kali ini, FU menyentuh isu yang sangat dekat dengan para remaja iaitu sambutan Hari Valentine (Valentine’s Day). Hari Valentine yang disambut pada setiap 14 Februari bukan sahaja disambut oleh orang-orang Barat, malah turut diraikan secara besar-besaran oleh masyarakat Islam di Malaysia, walaupun hakikatnya kita telahpun didedahkan dengan hukum meraikannya mengikut pandangan Islam. Apabila menjelangnya bulan Februari, kita akan banyak menemui  simbol-simbol atau iklan-iklan yang tidak Islami ditayangkan dalam media elektronik dan media cetak untuk mem-promosikan Hari Valentine. Berbagai-bagai tempat hiburan seperti kelab malam, hotel-hotel, syarikat-syarikat besar atau kecil pula berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Hari Valentine. Ini adalah satu fenomena yang menunjukkan bahawa pengaruh Barat tidak pernah berhenti daripada membelenggu umat Islam. Allah S.W.T berfirman,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk  Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar"” [TMQ al-Baqarah (2) : 120].

Mengapa ini boleh berlaku? Marilah kita sama-sama mendalami penjelasan yang menyeluruh tentang isu hangat ini dalam edisi kali ini. Harapan kami semoga pembaca sekalian terus setia menjadikan buku kecil ini sebagai salah satu rujukan dalam pengkajian. Jazakumullahu khayran kathira.

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh.

[FU/Februari2013/Bil.52]

*****

DOA JAUHI ZINA




Maksudnya:
           
“Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya, dan bentengilah kemaluannya” [Musnad Imam Ahmad: 21629, Shaikh Muq'bil al-Wadi'e menyatakan ia hadis sahih. Lihat as-Sahih al-Musnad]

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment