FIKRATUL UMMAH - MAC 2013

                  
ISI KANDUNGAN


·         Muqaddimatul kalam                              
·         Doa Pilihan: Doa Mohon Keamanan                                                                                                                                                
·         Artikel pilihan 1:  
      PerjuanganPolitik Wanita            
·         Artikel pilihan 2: 
      Suri Teladan Rasulullah S.A.W -  Perjuangan Islam                   







       Muqaddimatul Kalam


Assalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh....

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T dan selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izinNya FU edisi khas ini dapat menemui pembaca sekalian. Edisi khas ini dikeluarkan sempena Konferens Wanita yang bertemakan “Menyongsong Penegakan Syariah & Khilafah” yang julung-julung kali dianjurkan oleh Muslimah Hizbut  Tahrir Malaysia (MHTM).


Atas kesedaran bahawa ramai lagi masyarakat Malaysia khususnya wanita yang tidak tahu atau tidak mengetahui secara benar tentang wujudnya sistem pemerintahan Islam yang dinamakan Daulah Khilafah, maka FU kali ini menyediakan penjelasan tentang kepentingan adanya Khilafah. Sesungguhnya Daulah Khilafah ini pernah wujud selama lebih 1300 tahun di atas muka bumi tetapi telah diruntuhkan pada 3 Mac 1924. Sepanjang tempoh tersebut, seluruh manusia (Muslim dan bukan Muslim) yang tinggal di hampir dua pertiga bahagian dunia telah merasai kesejahteraan dan keamanan hidup di bawah penerapan syariat Islam. Sempena memperingati bulan Mac sebagai titik hitam bagi umat Islam, edisi ini juga memuatkan dalil-dalil tentang kewajipan umat Islam untuk turut serta dalam menegakkan semula syariah dan Khilafah di atas muka bumi Allah ini.

Pembaca sekalian, sesungguhnya tertegaknya kembali Syariah dan Khilafah bukanlah sekadar angan-angan dan kata-kata kosong tetapi ini adalah janji daripada Allah S.W.T dalam firmanNya, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa,…” [TMQ an-Nur (24): 55]. Juga khabar gembira daripada Nabi S.A.W yang mengakhiri sebuah hadis yang panjang iaitu “….Kemudian akan kembali zaman Khilafah ‘Ala Minhaj Nubuwwah (Khilafah di atas jalan kenabian). Kemudian baginda diam[Hadis sahih yang dikeluarkan oleh Ahmad dari jalan Huzaifah Ibn al-Yaman].

Jadi, kami menyeru kepada pembaca sekalian, hayatilah setiap coretan dalam majalah khas ini dengan penuh kesedaran sebagai seorang hamba Allah dan semoga Allah memberi kesedaran kepada kita untuk bersama-sama dalam usaha yang besar dan mulia ini. Jazakumullahu khayran kathira.

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh.

[FU MAC 2013/Bil. 53]
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment