Rejim Fasis Burma memperkenalkan Kawalan Kelahiran Kaum Wanita Muslim Rohingnya sebagai Senjata terbaru Pembersihan Etnik Kaum Muslim di Rakhine



Sidang Akhbar

Rejim Fasis Burma memperkenalkan 
Kawalan Kelahiran  Kaum Wanita Muslim Rohingnya
 sebagai Senjata terbaru Pembersihan Etnik Kaum Muslim di Rakhine

Tidak puas dengan memusnahkan kampung-kampung orang Islam dan juga perlakuan merogol, penyeksaan, pembunuhan dan pemindahan lebih 120,000 rakyat Rohingnya sebagai sebahagian daripada kempen sistematik pembersihan etnik di negeri Barat Rakhine, rejim fasis Burma kini telah melancarkan kawalan kelahiran wanita Islam Rohingnya sebagai program polisi terbarunya terhadap minoriti kaum Islam di negara tersebut. Pada 29 April 2013, seorang pegawai Suruhanjaya Kerajaan Burma bertauliah yang dilantik untuk menyiasat keganasan  di Rakhine menerbitkan cadangan-cadangannya mengenai bagaimana menangani masalah-masalah etnik di negara tersebut. Cadangan-cadangan laporan tersebut termasuklah memperkenalkan sebuah polisi mengawal penduduk dalam kalangan komuniti Rohingnya yang sebenarnya bertentangan dengan apa yang  pihak berkuasa nyatakan yakni ketakutan kaum Buddha Rakhine terhadap peningkatan populasi Rohingnya. Cadangan sedemikian adalah merupakan penghinaan terhadap apa yang disyorkan dalam  Islam dan pujian tertinggi bagi orang Islam untuk mendapat berapa banyak anak yang mereka mahu berdasarkan kepada hadith Nabi saw yang bersabda:

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة
“Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” (Riwayat Ahmad).

Kerajaan Burmese yang gemilang telah berabad lamanya cuba untuk membuang orang Islam Rohingnya dari negara mereka dengan mewujudkan polisi sosial yang kasar seperti Citizenship Law 1982 (Undang-undang kewarganegaraan 1982) yang menafikan kewarganegaraan Burma kepada kaum Rohingnya berdasarkan asas etnik. Tambahan lagi, orang Islam Rohingnya menghadapi kekangan pada perkahwinan dan tentera keselamatan Burma Nasaka mengenakan  bayaran yang tinggi untuk kaum Rohingnya yang mahu berkahwin atau bakal bersalin. Polisi kawalan kelahiran terbaru ini adalah cubaan terbaru oleh pihak berkuasa Burma  untuk membasmi minoriti kaum Rohingnya dari negara mereka melalui strategi pembersihan etnik sosial dengan mengurangkan saiz generasi masa depannya , sementara juga meneruskan pemindahan secara paksaan dan pembunuhan beramai-ramai wanita dan kanak-kanak Rohingnya. Di tengah-tengah keganasan kejam dan pelumpuhan polisi sosial yang berterusan dari  rejim kerajaan Burma terhadap kaum Muslim di Rohingnya, Kesatuan Eropah melakukan sekatan perdagangan dan ekonomi di Burma pada bulan April yang lalu.

US juga telah menghentikan kebanyakan sekatannya terhadap pelaburan di negara tersebut dan kebelakangan ini telah beralih arah untuk meningkatkan hubungan  perdagangan dengan Myanmar. Ketika negara kapitalis Barat berebut untuk meraih ganjaran kewangan yang berpotensi di Burma, jelaslah bahawa mereka melihat kehidupan kaum Muslim di Rohingnya sebagai sebuah kehidupan tidak penting yang tidak bernilai apa-apa berbanding dengan memperolehi kepentingan/keuntungan perdagangan dan pelaburan di negara tersebut. Ini menunjukkan bahawa keutamaan mereka terletak pada melindungi pendapatan kewangan mereka daripada melindungi kehidupan manusia dan maruah umat Islam. Tambahan lagi, meskipun diberikan taraf kerakyatan mereka tetap menjadi mangsa perlakuan zalim dengan polisi-polisi menindas dan pembersihan etnik. Kaum wanita Muslim di Rohingnya  tidak dipedulikan oleh regim Muslim seperti di Bangladesh, Malaysia dan Indonesia dek kerana sistem dan polisi nasionalis. Mereka telah dibutakan oleh nasionalis, mereka gagal mempertahankan darah Muslim Myanmar dan menidakkan bagi mereka sebuah syurga selamat walaupun mereka dapat lari ke tempat tersebut dimana keperluan mereka dipenuhi. Keadaan selalu memaksa mereka yang mencari tempat perlindungan dengan kembali ke laut untuk lemas (kembali dalam keadaa yang tidak selamat). Regim Islam memandang mereka sebagai orang dari sebuah bangsa asing yang merupakan beban kepada ekonomi mereka berbanding memandang dengan apa yang Islam sarankan iaitu sebagai saudara mara seagama di mana mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga mereka. 

Wahai kaum Muslimin!

Hizbut Tahrir menyeru kepada anda agar bekerja bersama dnegan kami untuk mendirikan kembali Khilafah Islam, untuk memberi baiah kepada ulama terkenal Sheikh Atha’ bin Khalil Abu Al-Rashtah, pemimpin Hizbut Tahrir, sebagai Khalifah kaum Muslim, yang akan menerapkan hanya sistem Khilafah lalu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt iaitu meghapuskan sempadan barat tiruan yang dipaksakan di negara-negara kita lantas menyatukan negara-negara kita dan juga hati-hati kita. Ia bukan sahaja akan memberikan kaum Muslim yang teraniaya dan diseksa untuk tinggal dengan hormatnya, menyediakan mereka tempat tinggal, makanan dan hak-hak sebagai warganegara tetapi akan juga menyatukan tentera-tentera Islam kita dan mengerahkan mereka untuk melindungi darah-darah kaum muslim yang hidup dibawah pendudukan atau penindasan. Ini dicontohkan ketika zaman perang salib bilamana Khilafah, yang mana ibu negerinya terletak di Iraq menghantar salah seorang tentera terbaiknya, Salahuddin Ayubi yang merupakan Kurdish untuk membebaskan tanah Palestin daripada penjajah tentera salib. Ini menunjukkan bahawa sistem Khilafah melihat kaum Muslim sebagai seorang Muslim tak kira bangsa, etnik atau kaum seseorang Muslim itu. Sudah pasti Khilafah akan bekerja untuk melindungi kaum Muslim dan menghentikan pertumpahan darah mereka tak kira di mana mereka berada. Oleh itu, Khilafah adalah sebuah negara dimana penegakan kali keduanya akan menyebabkan negara-negara lain gentar dan menggigil untuk berfikir sekalipun mengenai mahu mencederakan walau seorang muslim dibawah pemerintahan mereka.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment