Seminar Wanita Terima Peserta Luar Negara Dan Kerjasama Media

Seminar Wanita Terima Peserta Luar Negara
Dan Kerjasama Media


AHAD 7 Julai, BANGI- Buat julung-julung kalinya Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir Asia Tenggara dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) dan Indonesia (MHTI) telah menganjurkan Seminar Wanita bertajuk “Setahun Telah Berlalu-Siapa Yang Akan Menyelamatkan Wanita dan Kanak-Kanak Rohingya?” .Seminar yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kuala Lumpur Infrastructure University (KLIU) ini telah menghadirkan seramai lima orang ahli panel dan penyampai jemputan dengan pembentangan dan testimoni masing-masing yang mengangkat isu khusus berkaitan pertumpahan darah Muslim Rohingya, sebuah kumpulan etnik minoriti di Wilayah Rakhine, Myanmar. Seminar yang dipancarkan secara langsung dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Arab ke seluruh Asia Tenggara, Negara-negara Arab dan Eropah ini diadakan pada tarikh sama berlangsungnya mesyuarat Arakan Rohingya Union di Bangunan OIC di Jeddah, Arab Saudi.

Syamsiyah Jamil, Ahli Jawatankuasa Pusat MHTM menyampaikan ucapan pembukaan dengan menjelaskan bahawa etnik Rohingya tidak selayaknya menghadapi penderitaan seperti hari ini kerana tanah Myanmar asalnya adalah tanah umat Islam. Panel pertama, Fika M Komara, Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir bagi Asia Tenggara pula menegaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya melakukan advokasi seperti melepas batuk di tangga namun tidak bersungguh-sungguh menghentikan tindakan kejam yang diperlakukan ke atas etnik minoriti ini. Ujarnya lagi bukan sekadar bantuan dan kebajikan diperlukan, malah isu Rohingya ini perlu ditangani sebagai isu politik dan bukan isu kemanusiaan semata-mata. Panel kedua iaitu Ummu Fadhilah (Ketua MHTI)  menjelaskan tentang kesengsaraan dan kezaliman yang ditimpakan oleh Kerajaan Myanmar terhadap Muslim Rohingya adalah sangat tidak berperikemanusian dan menyalahi hak asasi manusia yang selama ini dilaung-laungkan oleh pejuang demokrasi di negara tersebut. 

Ummu Hajar selaku Panel ketiga menjelaskan penderitaan yang dialami oleh Muslim Rohingya khususnya kanak-kanak dan wanitanya seakan dipandang sepi dan tiada langkah sewajarnya diambil oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab bagi menangani isu ini. Sesungguhnya batas-batas sempadan nasionalisme yang diciptakan oleh Kufar Barat benar-benar telah menyebabkan isu ini dipandang sebagai isu dalaman negara Myanmar semata-mata. Ustazah Iffah Ainur Rachmah (Jurubicara MHTI) selaku panel keempat menjelaskan bahawa hanya penyelesaian yang dibawa oleh Islam sahaja yang mampu mengakhiri episod penderitaan dan kezaliman yang dialami oleh Muslim Rohingya iaitu dengan menegakkan sebuah institusi yang akan menyatukan seluruh negeri-negeri umat Islam di bawah naungan Khilafah. Khalifah sebagai pemimpinnya akan memastikan kemuliaan umatnya akan sentiasa dijamin dan terpelihara dari sebarang bentuk penganiayaan dan kezaliman. 

Seruan agar seluruh umat Islam khususnya para peserta seminar agar bangkit untuk bertindak dan berjuang bersama-sama Hizbut Tahrir telah disampaikan oleh Ustazah Sumayyah Amar selaku wakil Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir bagi Malaysia. Laungan takbir sebagai tanda menyahut seruan jelas kedengaran di dewan seminar sekaligus menjadi bukti keazaman tinggi para peserta seminar untuk bersama-sama berjuang ke arah mewujudkan Khilafah Islamiah.

Seminar ini turut diselangselikan dengan sesi temuramah beberapa tokoh selaku peserta seminar, tayangan video dan penyampai jemputan yang membentangkan testimoni dengan memberi gambaran sebenar akan nasib yang menimpa pelarian Muslim Rohingya di Bangladesh. Sidang media bagi menjawab persoalan dari pihak wakil media juga turut diadakan di mana wartawan media cetak dan elektronik hadir untuk mendapatkan liputan dan laporan daripada acara tersebut. Beberapa persoalan juga diutarakan oleh wartawan dan dijawab oleh empat orang ahli panel.

Kehadiran tetamu yang terdiri dari para tokoh masyarakat, golongan professional, pelajar dan orang awam dari dalam dan luar negara juga telah memberikan reaksi yang positif dengan menyatakan perlunya institusi Khilafah sebagai pelindung dan penyelamat umat Islam untuk segera diwujudkan. Sebagai penutup, wakil yang terdiri para tokoh masyarakat dan profesional telah dijemput untuk menandatangani deklarasi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Hizbut Tahrir dalam rangka menyelesaikan masalah Muslim Rohingya ini serta komitmen mereka untuk memperjuangkan Islam. 

ALBUM>>> here



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment