Strategi Pendidikan Terbaru Azerbaijan Bakal Menempuh Kegagalan

Strategi Pendidikan Terbaru Azerbaijan Bakal Menempuh Kegagalan

Berita:

Pada 25hb Oktober 2013, Azemews melaporkan bahawa Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev telah memperkenalkan penubuhan strategi pendidikan untuk mengujudkan sistem pendidikan yang stabil dari segi ekonomi yang mana prasarana (infrastruktur)nya berdasarkan teknologi terkini dan guru-guru berkelayakan. Sebuah kabinet menteri-menteri telah diberi masa lima bulan untuk mengemukakan pelan tindakan dan matlamat pembangunan akan dikaji semula setiap tahun.

Komen:

Semenjak Azerbaijan menerima kemerdekaan dari Rusia, topik berkenaan dengan adopsi sebuah struktur pendidikan yang baru telah dijadikan satu agenda Parlimen setiap tahun. Malangnya ia telah gagal. Perbelanjaan awam untuk pendidikan yang rendah telah menyebabkan gaji anggota-anggota fakulti berkurangan, sehingga menggoncang sistem dan berlakunya rasuah serta ketidak adilan yang telah menjejaskan seluruh lapisan masyarakat dari peringkat rendah hingga ke universiti. Tahap pendidikan di sekolah menengah tidak menyediakan pelajar-pelajar dengan persediaan secukupnya untuk menduduki ujian kemasukan ke universiti dan sesetengah guru dengan sengaja menyembunyikan maklumat yang akan diuji di dalam peperiksaan semata-mata untuk memastikan peluang tipis kepada pelajar untuk lulus peperiksaan. 21 tahun selepas meraih kemerdekaan dari Rusia, negara sekular Azerbaijan masih lagi dalam proses mengenal pasti standard dan kurikulum sistem pendidikan yang sesuai – sebuah realiti sedih yang menggambarkan realiti di negara-negara lain di wilayah yang sama yang turut mengadopsi sistem politik sekular, dan turut berkongsi struktur pendidikan yang buruk, tidak cekap dan mengamalkan rasuah. Dalam tahun 2010, the Telegraph melaporkan bahawa menurut Indem, sebuah kumpulan pemikir berpangkalan di Moscow, membuat pembayaran untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk memastikan mereka dapat memasuki universiti, dan untuk lulus dalam kursus-kursus di universiti telah menjadi industri yang menjanjikan pulangan berjuta-juta dollar di Rusia.


Kepimpinan sekular Azerbaijan telah gagal untuk memenuhi keperluan pendidikan asas kepada rakyatnya kerana telah mengadopsi pendekatan sekular-liberal dalam menggubal polisi. Ini dikuatkan lagi dengan fakta bahawa negara-negara sekular seperti US dan UK yang telah memiliki prasarana pendidikan yang lama dan mempunyai banyak masa untuk memperbaikinya juga telah menggagalkan para pelajarnya. Sebuah laporan yang disiarkan pada bulan April 2013 mendedahkan bahawa seorang dari setiap empat rakyat Amerika lewat menamatkan sekolah tinggi dan para pelajar sangat jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain. Chester Finn, seorang bekas pegawai kanan Jabatan Pendidikan US menyatakan bahawa, “..disebalik semua usaha reformasi, hasil yang diraih hanya ditahap sederhana, mereka sepatutnya boleh membantu merealisasikan matlamat, sehingga menyebabkan penggubal polisi merasa panic:. Oleh itu, strategi-strategi baru Presiden Ilham bakal menempuh kegagalan, sebagaimana sebagaimana tahun-tahun yang lalu kerana ia bukan sekadar dibuat atas dasar keikhlasan malah tiada asas yang kukuh. Ini adalah kerana ia hanyalah sebahagian perubahan kosmetik yang dilaksanakan dalam sistem buatan manusia yang secara fitrahnya adalah cacat yang mana kegagalannya telah dibuktikan di banyak negara di seluruh dunia.

Sebuah masa depan pendidikan yang cerah di Azerbaijan hanya dapat diraih dengan kembalinya sistem pendidikan Islam dibawah khilafah. Di bawah naungan Negara (Daulah) ini, tanah-tanah umat Islam telah menerajui dunia dalam inovasi dan pendidikan sehingga pembesar-pembesar antarabangsa menghantar para pemuda mereka untuk menimba ilmu di dalam universiti-universiti dan institusi-institusi kita yang bertaraf dunia. Ini adalah disebabkan penerapan ideologi Islam secara menyeluruh yang mana ia sangat menitik berat dan menghargai pendidikan, dan menganggapnya sebagai satu keperluan asas setiap warganegara – lelaki dan wanita, memiliki sistem ekonomi yang mantap untuk membiayainya dengan secukupnya, dan menggalakkan para individu untuk melakar kecemerlangan dalam setiap bidang kehidupan demi untuk kebaikan manusia termasuk dalam bidang akademik, teknologi, perubatan dan sains. Sistem pendidikan kelas pertama akan kembali sekali lagi dengan kelahiran semula negara (Daulah) di wilayah ini. Draf perlembagaan negara Khilafah yang disediakan oleh Hizbut Tahrir menyatakan: “Adalah menjadi kewajipan Daulah untuk memberi pendidikan kepada setiap individu, lelaki dan wanita, perkara-perkara penting dalam kehidupan. Ia hendaklah diberikan secara percuma kepada seluruh warga negara dan diajarkan diperingkat pendidikan rendah dan menengah. Negara hendaklah sedaya upaya memberikan peluang kepada setiap warganegara untuk meneruskan pelajaran ke peringatan pendidikan tinggi secara percuma.” Maka, hanya dengan kembalinya model sistem politik yang telah dicuba, diuji dan berjaya dilaksanakan menurut Islam krisis pendidikan Azerbaijan akan dapat dirungkai.

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir
oleh Imrana Mohammad
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment