Anti Spanking Law Memberikan Kesan Sangat Buruk...

Anti Spanking Law memberikan kesan sangat buruk kepada pembesaran dan pendidikan kanak-kanak berbanding ajaran Islam dalam mendidik anak-anak.

Pada 18 disember 2013 sepasangan suami isteri yang berasal dari Malaysia, Azizul Raheem dan isterinya Shalwati Norshal, ditahan pihak polis Sweden kerana disyaki telah memukul anak mereka kerana tidak mengerjakan solat. Azizul Raheem yang merupakan pengarah Tourism Malaysia di Sweden telah ditahan reman selama 2 bulan bagi menunggu perbicaraan kes ini. Rentetan penahanan pasangan terbabit, keempat-empat anak pasangan diambil oleh pihak kebajikan Sweden dan seterusnya dijaga oleh pasangan bukan Islam warga Sweden di Stockholm sementara kes perbicaraan pasangan terbabit selesai. Namun, anak sulung pasangan terbabit meluahkan perasaannya di laman sosial facebook dan menyatakan bahawa mereka kerap dimarahi oleh keluarga angkat di Sweden. Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan kisah penahanan dan komited akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes. Setelah beberapa rundingan akhirnya anak-anak pasangan tersebut telah berjaya diserahkan kepada rakyat malaysia dan kemudiannya di bawa pulang ke Malaysia.

Sweden merupakan negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang perlindungan kanak-kanak yang mengharamkan hukuman pukul ke atas kanak-kanak sebagai salah satu pelaksanaan perlindungan anak dan sering dikenali sebagai anti spanking law. Sebarang bentuk hukuman fizikal diharamkan sama sekali sekalipun bertujuan untuk mendisiplinkan anak. Undang-undang ini telah mula dilaksanakan pada tahun 1979. Pelaksanaan undang-undang yang sebegini dikatakan telah meletakkan Sweden sebagai sebuah negara yang terbaik di dunia dari aspek pemerintahan kerana kejayaannya menurunkan statistik jenayah tertentu dengan pelaksanaan sistem hukuman tertentu. Walau bagaimanapun, impaknya kepada masyarakat mula timbul apabila ibu bapa menjadi takut kepada anak-anak. Anak-anak pula yang mengawal keadaan di rumah dan mereka bebas untuk bertingkah laku serta menjadi semakin degil. Realitinya ibu bapa sendiri sukar untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Malah ibu bapa juga takut sekiranya sebarang tindakan mereka ke atas anak-anak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Fenomena yang berlaku ini disahkan sendiri oleh seorang pakar psikologi iaitu David yang mengatakan bahawa generasi anak muda Sweden kini misbehave dalam erti kata lain tidak beradab.

Peritiwa ini telah digunakan oleh pihak barat untuk memburukkan Islam. Barat mempropogandakan dengan mengatakan bahawa islam ini terbukti teroris kerana membenarkan untuk memukul anak-anak untuk menyuruh mereka solat. Tujuan mereka adalah untuk menjauhkan umat ini dari sistem Islam yang sebenar. Selain itu, ada juga komentar blog tempatan Sweden dari puak liberal yang telah melabel pasangan ini sebagai taliban dan pendera anak-anak. Apa yang lebih teruk lagi, penulis blog ini malah mempersoalkan mengapa perlu memaksa anak-anak untuk mengerjakan solat sedangkan tidak ada paksaan dalam Islam. Penyataan seperti ini hanya propaganda pihak barat dalam melontarkan perang pemikiran terhadap dunia Islam. Umat Islam yang masih terkeliru dengan hak ibu bapa untuk memukul anak bagi tujuan memberikan pengajaran dan kedisiplinan akan mudah terpengaruh dengan propaganda seperti ini. Bahkan, orang bukan Islam juga akan memandang ini merupakan satu perkara yang buruk sekiranya mereka tidak memahami realiti sebenar dalam mendidik anak-anak dalm Islam. Justeru, kita harus sentiasa berhati-hati dan sentiasa sedar bahawa pihak barat ini sentiasa berada di sekeliling kita untuk memutar belitkan ajaran Islam seterusnya memesongkan umat dari landasan aqidah yang benar.


Pendidikan seorang anak bermula dari keluarga dan rumah merupakan sekolah pertama anak-anak. Pendidikan yang baik untuk anak-anak adalah kewajiban ibu bapa. Sabda Rasulullah SAW:

«كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ»
Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi. [HR Bukhari dan Muslim]

«مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدًا أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ»
Tidak ada pemberian orang tua kepada anak melainkan pendidikan yang baik [HR At Tirmizi]

Ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak-anak dan rumah merupakan sekolah mereka yang pertama. Ibu berperanan penuh untuk mendidik anak-anak dengan kasih sayang. Mendidik anak-anak ataupun disebut Hadhanah adalah bermaksud menjaga, mendidik, memimpin serta mengatur dalam kehidupanya sehingga anak tersebut dapat mengatur dirinya sendiri dengan penuh kasih sayang. Dasar hukum pemeliharaan anak termaktub dalam surah at-Tahrim:6 yang berbunyi :

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ)
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

Pada ayat ini ibu bapa dituntut untuk memelihara keluarganya agar terpelihara dari api neraka, agar seluruh anggota keluarganya, melaksanakan perintah dan meninggalkan larangaNya, termasuklah anak-anaknya. Justeru itu, peranan keluarga untuk mendidik anak adalah sangat besar baik yang dilakukan oleh bapa atau ibu semuanya telah diatur dengan jelas. Ibu bapa juga perlu tahu bila saatnya menerapkan hukuman bagi anak saat melakukan pelanggaran sesuai dengan ajaran teladan Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah SAW bersabda:

«مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ»
"Perintahkanlah anak-anak kalian untuk shalat ketika umur mereka tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan shalat ketika umur mereka sepuluh tahun. Dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka." [HR Abu Daud]

Selain itu, Islam juga telah menggariskan panduan bagi cara memukul anak di mana had memukul anak adalah hanya sepuluh kali. Dari Abu Burdah Al-Anshar, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,

«لا يُجلد أحدٌ فَوْقَ عَشرةِ أسواطٍ إلا في حَد مِن حُدودِ اللهِ»
"Seseorang tidak boleh dipukul lebih dari sepuluh kali kecuali dalam masalah hudud (hukuman tetap) dari Allah Ta'ala." [HR. Bukhari]

Sebaikya hal memukul anak tersebut dilakukan tidak di hadapan orang lain untuk melindungi kehormatan sang anak atas dirinya dan orang lain dari teman-temannya atau selainnya. Bagi menjaga hubungan bapa dengan anak-anaknya, bapa dibenarkan memukul anak semata-mata bertujuan agar anak tersebut taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Tujuannya semata-mata untuk kebaikannya secara sempurna dan perhatiannya dalam mendidiknya sesuai ketentuan Syariah dan sekadar untuk memberi pengajaran. Tidak dibenarkan sama sekali memukul anak dalam keadaan marah. Islam juga meletakkan hukuman yang ringan agar tidak sampai menimbulkan perasaan benci anak terhadap hukum syarak di mana jika dia meninggalkan perintah tersebut dia akan dipukul.

Inilah kemulian Islam. Islam sentiasa menjaga dan prihatin kepada setiap individu dalam masyarakat. Anak-anak perlu mendapat pendidikan yang sempurna dengan penuh kasih sayang. Sekiranya semua keperluan anak-anak telah dipenuhi, anak-anak perlu patuh dengan segala peraturan. Jika mereka melanggar dan mereka telah cukup umur untuk diberikan hukuman, maka Islam menetapkan hukuman yang sewajarkan kepada mereka. Justeru itu, tidak timbul isu penderaan ataupun keganasan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak perlu patuh dengan peraturan dalam rangka untuk mendidik mereka menjadi orang yang soleh dan patuh kepada ajaran Islam. Ini sangat bertentangan dengan anti spanking law yang diterapkan oleh kerajaan barat seperti Sweden. Kesan kepada undang-undang ini lebih banyak membawa kepada keburukan daripada kebaikan.

Ditulis dari Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Sumayyah Ammar
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment