Seruan Pembebasan Zulfiyya Amonova Berkumandang Di Tengah Ibukota

Solidariti Kempen Pembebasan Zulfiyya Amonova di Ibu Kota Malaysia

Kuala Lumpur, Jumaat, 23 Mei 2014 – Pada petang Jumaat yang penuh dengan keberkatanNya, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah melaksanakan satu agenda penting di tengah-tengah ibu kota bagi menzahirkan satu solidariti ukhwah yang didasari ikatan akidah Islamiyyah dan sokongan ke atas Kempen Global Pembebasan Zulfiyya Amonova.

Kempen ini telah dilancarkan oleh Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir sebagai satu usaha untuk menjelaskan kepada umat Islam di seluruh dunia tentang penindasan dan kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim pemerintahan Kyrgyzstan kepada umat Islam di wilayah mereka terutamanya kepada pejuang-pejuang Khilafah hanya semata-mata atas keberanian mereka menyatakan kebenaran Islam dan ajaran DeenNya.

Seusai solat Jumaat lebih kurang jam 1.50 petang, satu demonstrasi aman dan seruan telah berlangsung berdekatan Stesen Putra Aliran Transit Ringan Ampang Park, bertentangan dengan pusat membeli belah Ampang Park.

Acara tersebut telah berlangsung selama tiga puluh minit dengan dua orang aktivis MHTM iaitu Ustazah Norafidah Abdurahman dan Ustazah Ummu Hajar bergilir-gilir menyampaikan seruan dengan penuh semangat kepada para pejalan kaki yang melintasi kawasan itu selesai solat jumaat.

Serentak dengan acara tersebut, delegasi MHTM yang diketuai oleh Ketua Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia, saudari Syamsiyyah Jamil diiringi ar-Rayah dan al-Liwa’ telah berjalan menuju ke kedutaan Republik Kyrgyzstan di Wisma Sim Heap Lee yang terletak lebih kurang 300 meter dari tempat berlangsungnya demonstrasi aman dan seruan. Delegasi yang berjumlah 7 orang telah menyerahkan memo bantahan terhadap penahanan Zulfiyya Amonova dan ahli-ahli Hizbut Tahrir di wilayah Kyrgyzstan dan Uzbekistan serta desakan keras menuntut keadilan serta pembebasan ke atas mereka.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kedua-dua acara telah berlangsung dengan lancar dan wakil di Kedutaan Republik Kyrgyzstan telah menerima kehadiran delegasi MHTM di Pejabat kedutaan tersebut. Wakil di kedutaan berjanji akan memajukan maklum balas tentang tindakan mereka ke atas memo bantahan yang diserahkan.

Semoga usaha yang dilakukan oleh MHTM ini akan memberikan satu impak positif ke atas pembelaan saudara-saudara seakidah di wilayah Kyrgyzstan dan diganjari Allah SWT dengan kemenangan Islam. Pihak MHTM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua peserta dan hadirin yang menjayakan acara ini.

Berikut di kongsikan teks seruan dan isi kandungan memo bantahan tersebut.

Teks Seruan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH
Pada Hari Ini, Kami Dari Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia sedang melaksanakan KEMPEN GLOBAL SEMPENA BANTAHAN PENANGKAPAN DAN PENAHANAN SEORANG AKTIVIS MUSLIMAH HIZBUT TAHRIR KYRGYZSTAN iaitu saudari ZULFIYYA AMONOVA oleh Rejim Kejam pimpinan kerajaan Kyrgyzstan.

Saudara Saudari yang Dirahmati Allah!
SIAPAKAH ZULFIYYA AMANOVA??
MENGAPAKAH BELIAU DI TAHAN??

Saudara-Saudari yang dimuliakan oleh Allah!

Zulfiyya Amonova telah dilahirkan di sebuah Bandar kecil di Kyrgyzstan pada 20 tahun yang lalu.

Beliau merupakan seorang Hafizah Al Quran yang juga fasih berbahasa Arab serta seorang Muslimah yang sangat taat kpd Allah SWT dan RasulNya. Beliau merupakan anak sulong kepada As Syahid Amanov Hamdullah…seorang pejuang Hizbut Tahrir dari Kyrgyzstan.

Bapa Zulfiyya, As Syahid Amanov Hamdullah telah diculik, dipenjara dan disiksa oleh rejim kejam Kyrgyzstan selama 14 tahun kerana menyampaikan kebenaran Islam dan menyeru kepada penerapan Syariat Allah di muka bumi ini.

Beliau akhirnya telah syahid di dalam penjara tanpa diketahui sebabnya dan keluarganya juga tidak diberikan hak untuk menuntut mahupun melihat jenazahnya.

Saudara Saudari Sekalian,
Sebagai seorang anak, Zulfiyya Amonova sangat terkesan dengan kekejaman yang diperlakukan ke atas almarhum bapanya.
Zulfiyya bangkit untuk menegakkan kebenaran. Zulfiyya dengan berani telah berdiri di hadapan rejim kejam Kyrgyzstan untuk menuntut pembelaan ke atas siksaan dan ketidakadilan yang telah dilakukan ke atas bapanya dan keluarganya.

Namun begitu, pihak keselamatan Kyrgyzstan yang pengecut telah menangkap dan menahan Zulfiyya Amonova pada tanggal 31hb Mac 2014, hanya semata-mata disebabkan Zulfiyya menyuarakan kebenaran…Hanya kerana Zulfiyya menuntut keadilan!
Pada 21 Mei 2014, Zulfiyya Amonova telah dibenarkan keluar dari Penjara Kyrgyzstan dengan ikat jamin.

Zulfiyya Akan dibicarakan pada 27 Mei 2014 atas kesalahan menuntut keadilan ke atas bapanya yang disiksa…Menyampaikan kebenaran Islam!

WAHAI PARA PEMIMPIN KYRGYZSTAN DAN PEMIMPIN UMAT ISLAM!
Apakah Kalian Tidak Melihat Kekejaman Sistem Kehakiman Ciptaan Manusia Ini??

Apakah Kalian Tegar Berehat Di Kerusi Empuk kalian Membiarkan Seorang saudara seakidah kalian di perlakukan seperti ini??

Saudara-Saudari yang dimuliakan oleh Allah!
Lihatlah bagaimana Kaum Wanita dan Kanak-Kanak dibelahan Dunia Islam dihina, disiksa jiwanya dengan kejam sepertimana yang berlaku pada Zulfiyya Amonova serta saudara-saudara dan anak-anak Islam kita di Syria, Palestin, Rohingya dan wilayah-wilayah Islam lain. Kaum Muslimah diseksa dengan kejam, diperkosa sewenangnya, dihina dan diaibkan martabatnya.

Wahai Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah!
Apakah kita merasakan kisah Zulfiyya Amonova ini bukan urusan kita??

Apakah kita berani untuk berkata di hadapan Allah SWT nanti bahawa Zulfiyya Amonova bukanlah darah daging kita…maka kita tiada sebarang urusan tentang dia??

Ketahuilah! Haram bagi kalian untuk membiarkan Zulfiyya tanpa pembelaan!

Kami Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia, ingin mengatakan kepada pemerintah kejam Kyrgyzstan dan Uzbekistan bahawa…Berkata Benar Menuntut Keadilan Bukanlah Satu Jenayah!

TAKBIR!!TAKBIR!!TAKBIR!!

Wahai Pemimpin Kyrgyzstan Yang Pengecut!
Adakah kamu menyangka bahawa jenayah yang kamu lakukan iaitu penahanan saudara perempuan kami Zulfiyya akan dapat disembunyikan dari pengetahuan seluruh isi dunia?

Sesungguhnya kamu telah melakukan satu kesilapan yang besar kerana Muslimah Hizbut Tahrir akan membangkitkan kesedaran akan kisah Zulfiyya ini diperingkat antarabangsa, mendedahkan – kepada pihak media dan seluruh rakyat –jenayah yang kamu lakukan terhadap saudara perempuan kami yang tidak berdosa, juga terhadap lain-lain pengemban dakwah Islam yang ikhlas.

Wahai Rejim Kyrgyzstan dan Pemimpin Umat Islam yang Kejam!!
Percubaan lemah kamu untuk menghalang suara saudara-saudara Muslimah kami ternyata gagal, kerana perjuangan kami senada dengan perjuangan Zulfiyya!

Dan ketahuilah bahawasanya beliau tidak berdiri sendiri di dalam sel penjara kerana beliau mendapat sokongan dari Rabbul Jalil, Pemilik Seluruh Alam dan puluhan ribu umat Islam di seluruh dunia!

TAKBIR!!TAKBIR!!TAKBIR!!

Kami ingin memberitahu seluruh rejim yang zalim yang menghukum umat Islam hanya kerana mereka mengatakan bahawa “Tuhan Kami adalah Allah” dan ingin hidup dalam sistem pemerintahan Islam bahawa penegakkan Khilafah tidak dapat dielakkan lagi; ia hanya menunggu masa; dan tanda-tanda akan segera kembalinya khilafah tidak terhitung banyaknya.

Kami menuntut supaya pihak berkuasa Kyrgystan membebaskan Zulfiyya Amonova TANPA Perbicaraan, begitu juga dengan lain-lain pengemban dakwah yang ikhlas yang dipenjarakan. Dan kami memanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya menjaga saudara-saudara perempuan kami dan semua umat Islam yang dipenjarakan kerana agama mereka, untuk tetap dalam iman dan bersabar dengan ujian. Ameen.

TAKBIR!! TAKBIR!! TAKBIR!!

ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR!

Wa lillahil hamd, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment