FIKRATUL UMMAH SEPTEMBER 2014


MUQADDIMATUL KALAM
Oleh: Ketua Pengarang

Assalamu’alaikum wa rahmatullahhi wabarakatuh..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, Zat yang Maha Tinggi yang berkuasa memelihara kemuliaan agamaNya walaupun musuh-musuh Islam terus melancarkan pelbagai agenda untuk menghapuskan Islam dan umatnya.

Pembaca yang budiman,

Pada penghujung bulan Ogos baru-baru ini, sebuah pesta kemaksiatan telah berlangsung di Malaysia iaitu pertandingan Mrs Universe World Final (MU) 2014. Malaysia sebagai sebuah negara Asia yang pertama menjadi tuan rumah pertandingan ini begitu bangga dengan acara yang mengundang murka Allah SWT dengan alasan acara sebegini dapat memberi impak yang positif kepada negara daripada sudut ekonomi dan politiknya.

Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) telah bertungkus lumus mengadakan pelbagai aktiviti dengan terjun ke tengah-tengah masyarakat untuk mengumpulkan tanda tangan bantahan, demonstrasi aman dan menganjurkan forum wanita serentak di beberapa buah negeri untuk menyampaikan wa’yul am (pandangan umum) kepada masyarakat bahawa pertandingan ini merupakan satu serangan akidah yang dilakukan oleh Barat melalui tangan-tangan pemimpin umat Islam ini sekaligus mengajak umat bersama-sama membantah pertandingan ini daripada diadakan. Memorandum juga telah dihantar kepada pihak kerajaan, penganjur dan pihak berkuasa agama untuk memberi peringatan tentang ancaman azab daripada Allah SWT jika acara maksiat sebegini diteruskan juga.

Namun, setelah pelbagai usaha pembantahan yang di jalankan, pesta maksiat ini tetap juga berlangsung pada 29 Ogos yang lalu. Hal ini kelihatan seperti tidak memberi kesan apa-apa kepada pemimpin Islam di Malaysia ini untuk bergerak menghentikannya.

Pembaca yang semoga di rahmati Allah SWT, satu ‘tragedi masksiat’ ini sahaja sudah cukup membuatkan kita terfikir apakah benar Malaysia layak dikatakan sebagai sebuah Negara Islam? Maka, Fikratul Ummah edisi kali ini akan membincangkan dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan ciri-ciri sebuah Negara Islam yang sebenar dari sudut pandang syara’ bukan dari sudut pandang sekuler.

Wallahhu’alam..

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment