FIKRATUL UMMAH NOVEMBER 2014


MUQADDIMATUL KALAM
Oleh: Ketua Pengarang

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh..

Salam Maal Hijrah 1436H..

Seiring kita menadah tangan tanda bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya juga kita berkesempatan menyambut Tahun Baru Hijrah sekali lagi. Oleh itu, wajarlah bagi kita seluruh umat Islam untuk mengenang kembali peristiwa dan menghayati makna sebenar hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat ke bumi Madinah yang bercahaya.

Para pembaca yang dikasihi sekalian,

Sesungguhnya cita-cita untuk mengembalikan hukum Allah bukanlah menjadi satu perjuangan yang asing lagi bagi kaum Muslimin saat ini. Cita-cita untuk menegakkan Syariah dan Khilafah di muka bumi ini tidak lagi dimonopoli oleh kelompok Islam tertentu misalnya Hizbut Tahrir. Hakikatnya, ramai dalam kalangan kaum Muslimin baik secara individu mahupun secara jemaah menginginkan tertegaknya semula sistem Islam yang pasti akan menjamin kesejahteraan seluruh alam.

Namun, walaupun dengan satu tujuan yang murni itu, tetap sahaja terdapatnya pelbagai metod yang diguna pakai oleh pelbagai kelompok Islam yang ada. Ada yang melalui jalan demokrasi, islahiyah, perbaikan akhlak individu, malah terdapat juga yang menggunakan tindakan kekerasan. Walaupun begitu, Hizbut Tahrir tetap berpegang pada satu jalan dakwah tanpa kekerasan yang merupakan metod syari’e yang telah ditunjukkan Rasulullah SAW dalam penegakan syariah dan Khilafah. Dakwah Hizbut Tahrir berfokus pada marhalah tatsqif (tahapan pembinaan) individu mahupun jemaah, marhalah tafa’ul ma’a al-ummah (tahapan berinteraksi dengan masyarakat) yang mana aktiviti thalab an-nusrah menjadi salah satu aktiviti wajibnya sehingga tahap akhir perjuangannya ialah marhalah istilam al-hukm (penerimaan kekuasaan) yang semoga akan segera terealisasi dalam waktu terdekat ini.

Akhawati rahimakumullah,

Aktiviti thalab an-nusrah memainkan peranan yang sangat penting untuk menuju ke marhalah istilam al-hukm. Ia merupakan satu aktiviti yang menjadi batu loncatan kepada hijrahnya Rasulullah SAW dan para sahabat ke Madinah. Oleh itu,bersempena dengan Maal Hijrah 1436H ini, FU edisi kali ini membawakan kepada anda sebuah topik untuk difahami bersama mengenai kepentingan aktiviti thalab an-nusrah dalam menuju hijrah yang hakiki. Beberapa topik lain terkait peristiwa hijrah juga disediakan untuk ada bertujuan untuk menyemai kesedaran dan menyuntik kebangkitan demi meneladani hijrah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita pada hari ini.

Semoga tibanya tahun baru hijrah kali ini menerbitkan sinar baru bagi kehidupan umat Islam dengan tertegaknya semula Daulah Islam yang diimpi-impikan insyaAllah...

Wallahu’alam...
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment