IMF Meneruskan Konspirasi Terhadap Wanita Muslim!

Memisahkan Fakta Dari Fiksyen

Negara perlu menghapuskan undang-undang yang menghalang wanita daripada bekerja, sebagai langkah untuk meningkatkan sumber tenaga kerja wanita dan melonjak ekonomi mereka, ujar Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde.

“Di banyak negara, terlalu banyak undang-undang yang menghalang wanita aktif di bidang ekonomi,” tulis Lagarde di dalam blog. “Di dalam dunia yang sedang mengejar pembangunan, para wanita akan membantu memperolehinya, jika mereka menghadapi persaingan yang adil dan bukannya konspirasi berbahaya."

Lagarde, wanita pertama yang mengetuai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), telah memperbaharui tekanan institusi global tersebut terhadap memperkasakan peranan wanita dalam ekonomi dunia dengan dalih tindakan tersebut mampu meningkatkan prospek pembangunan dan menggalakkan pertumbuhan.

Komen

Konspirasi berbahaya terhadap wanita di dalam lapangan menghalang pertumbuhan ekonomi dunia - bersuara seperti kapitalis tulen! Sekali lagi, artikel ini mendedahkan bahawa harga dan nilai seseorang wanita itu hanya dapat diukur oleh sumbangannya terhadap ekonomi. Ironinya, bagaimana boleh dikatakan “terlalu banyak halangan” dilihat sebagai konspirasi berbahaya. Sebaliknya, saya akan katakan tekanan untuk menjauhkan seseorang wanita dari peranannya mengasuh yang mana ia memerlukan seseorang wanita memperuntukkan masanya untuk keluarga dan anak-anak adalah “konspirasi berbahaya” di mana kapitalisme tidak menggalakkan wanita untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap unit keluarga sebaliknya memperuntukkan tenaga mereka untuk kembali ke lapangan pekerjaan. Amat menyedihkan, wanita yang telah menjadi mangsa kapitalisme menyatakan, pengiktirafan dan kuasa hanya boleh diperolehi dengan turut serta dalam perlumbaan tanpa penghujung dan menentang untuk menjadi suri rumahtangga.

Sebaliknya, sistem khilafah akan menggalakkan wanita untuk memenuhi peranan utama mereka terhadap keluarga dengan memastikan urusan kewangan mereka akan diuruskan berdasarkan hak-hak syariah yang telah diperuntukkan terhadap mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka dibolehkan untuk bekerja namun bukan di bawah keadaan yang mereka merasakan bahawa ianya merupakan satu bentuk paksaan.

#‎WomenandShariah #‎Wanitadansyariah #‎IMFConspiresAgainsMuslimtWomen
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment