Kempen Global “Wanita dan Syariah : Memisahkan Fakta Dengan Fiksyen”

السلام عليكم و رحمة الله وبركاته

Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir Bahagian Wanita mengadakan kempen global yang bertajuk “Wanita dan Syariah : Memisahkan Fakta Dengan Fiksyen”.

Kempen ini akan bermula pada 12 Februari 2015 dan akan diakhiri dengan Konference Wanita Antarabangsa pada 28 Mac 2015.

Kempen dan persidangan ini bertujuan untuk mencabar tuduhan melulu mengenai ‘penindasan’ wanita di bawah Syariah Islam. Bahkan membentangkan wawasan yang jelas tentang status sebenar, hak, peranan, dan kehidupan umum wanita seperti yang telah ditakrifkan oleh Syariah dan dilaksanakan oleh negara Khilafah Islamiyah.

Ia akan membalas tuduhan melulu terhadap beberapa hukum Islam tertentu yang berkaitan dengan wanita, dan juga menjelaskan asas, nilai-nilai dan undang-undang Sistem Sosial Islam yang unik dan impak positifnya terhadap wanita, kanak-kanak, kehidupan berkeluarga, dan masyarakat secara keseluruhan. Ia juga akan mengkaji fakta feminisme dari kacamata Barat dan juga ‘Islam’ serta idea-idea seperti kesetaraan gender dan kebebasan yang digunakan untuk mengecam layanan Islam terhadap wanita, membongkarkan kebenaran di sebalik kenyataan bahawa kononnya mereka menyediakan penyelesaian ke arah pembebasan wanita dari penindasan.

Melalui rujukan yang jelas di dalam kitab-kitab Islam dan dari sejarah serta institusi negara Khilafah yang bakal berdiri, kami berharap dapat membantu umat Islam dan juga mereka yang bukan beragama Islam agar mendapat gambaran yang jelas mengenai kehidupan wanita di bawah pelaksanaan sebenar Syariah dan bagaimana penerapannya di pelbagai lapisan masyarakat mampu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi wanita pada hari ini.

Untuk Maklumat Lanjut dan Melanggan Bahan Kempen, Sila Hubungi :

womenandshariah@gmail.com
Fb: www.facebook.com/WomenForKhilafah
Twitter: @WomenForKhilafa
#‎WomenandShariah


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment