Memerhatikan Idea "Kebebasan untuk Bekerja" Di sebalik Perjuangan Hak TKW

Memerhatikan Idea "Kebebasan untuk Bekerja" Di sebalik Perjuangan Hak #‎TKW

Ada yang menarik dari reaksi beberapa kumpulan wanita dan pekerja asing yang membimbangkan Presiden Joko Widodo yang bercadang untuk menghentikan penghantaran pekerja ke luar negara secara beransur-ansur. Apatah lagi, apabila Presiden juga menyatakan bahawa profesion PRT adalah punca masalah dan menjatuhkan maruah Indonesia. Mereka menyebut rancangan tersebut sebagai "diskriminasi." Malah Migrant Care menuduh langkah Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang melarang wanita bekerja sebagai pembantu rumah (PRT) warga asing di luar negara adalah langkah yang melanggar perlembagaan dan pengkhianatan terhadap nawacita. NGO Perpaduan Wanita juga menegaskan bahawa kenyataan presiden tersebut melanggar konvensyen warga asing Perkara 1 mengenai prinsip non-diskriminasi.

Nampaknya banyak kumpulan pembela pekerja asing di Indonesia menjadikan idea "hak dan kebebasan bekerja" untuk wanita sebagai salah satu asas dalam perjuangan mereka, di samping usaha-usaha mereka memperjuangkan perlindungan dan keselamatan pekerja TKW. Mereka tidak sedar bahawa kerangka berfikir seperti ini sebenarnya sejajar dengan idea feminisme liberal yang sentiasa menyucikan dan berjuang atas nama "kebebasan dan hak-hak wanita," termasuk isu hak untuk bekerja dalam perjuangan mereka, seperti yang terkandung dalam artikel 11 Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Idea "kebebasan untuk bekerja" inilah yang kemudian menjadi bahan api untuk Kapitalisme dengan secara sistematik menindas dan memperhambakan wanita sebagai tenaga buruh yang murah, sekaligus menjadi pintu permulaan dehumanisasi secara besar-besaran terhadap berjuta-juta wanita di seluruh dunia.

Aktivis wanita dan pekerja asing di Indonesia perlu sedar bahawa telah lama berlaku simbiosis mutualisme antara idea kebebasan untuk bekerja dengan ideologi kapitalisme dan bahawa akar idea kebebasan untuk bekerja adalah idea liberal yang menjadi sumber dan punca masalah keganasan terhadap wanita kerana mendoktrin manusia untuk mengejar keseronokan peribadi tanpa menghiraukan akibatnya kepada orang lain. Idea ini jugalah yang mengajar berjuta-juta kaum ibu yang digalakkan untuk menjadi pekerja asing dan membelakangkan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak mereka dan menjaga mereka. Akibatnya ia meletakkan mereka dalam keadaan dilema mental berpanjangan kerana memikul beban berganda.

Sangat berbeza dari Kapitalisme, Islam memandang wanita sebagai manusia yang perlu dilindungi dan sentiasa dibantu dari segi kewangan oleh saudara lelaki mereka atau oleh negara supaya mereka dapat memenuhi peranan utama mereka sebagai isteri dan ibu, pada masa yang sama negara melakukan penjagaan terhadap fungsi keibuan kaum wanita sebagai satu pelaburan bagi lahirnya generasi yang berkualiti.
Di sisi yang lain, Islam juga membenarkan wanita untuk mencari pekerjaan jika mereka mahu. Walau bagaimanapun, wanita perlu berada dalam keadaan yang bebas daripada tekanan ekonomi dan sosial ketika bekerja, supaya tanggungjawab rumah tangga mereka tidak terganggu. Wanita juga hendaklah bebas daripada tekanan untuk menggandakan peranan sebagai pencari nafkah sekaligus pengurus rumah tangga untuk keluarga mereka.

Fika Komara
Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir Indonesia
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment