Pakaian Seksi Dan Sendat, Inspirasi Maksiat. Apa Yang Perlu Kita Buat?

Oleh: Dr Ainul @ Aeni bt Shuib
(Ahli Lajnah I'lamiyyah MHTM)

BERITA:

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu minta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengisi segera kekosongan jawatan pegawai dan anggota penguatkuasa wanita.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kekosongan jawatan penguatkuasa wanita perlu diisi segera bagi membolehkan rondaan dan tindakan secara menyeluruh terhadap umat Islam yang ponteng solat Jumaat. Katanya, pegawai dan anggota penguatkuasa wanita juga boleh melakukan pemeriksaan dan soal siasat ke atas remaja wanita yang berpakaian seksi dan mencolok mata sehingga boleh mendatangkan keghairahan orang ramai.

"Pegawai dan anggota penguatkuasa lelaki yang mengadakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa lain juga sukar untuk mengambil tindakan dan pemeriksaan ke atas wanita berpakaian seksi dan mencolok mata serta lelaki berlagak wanita," katanya kepada BH.

Ahmad Razif berkata, JHEAT menghadapi kesukaran untuk menguatkuasakan peraturan itu berikutan masalah kekangan pegawai dan anggota penguatkuasa wanita.

"JHEAT tidak boleh selamanya bergantung kepada pegawai dan anggota penguatkuasa wanita daripada agensi lain kerana mereka juga perlu melaksanakan tugas diarahkan jabatan mereka. "Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda sudah diminta mengenal pasti jumlah kekosongan jawatan yang diperlukan semua jabatan dan agensi kerajaan negeri," katanya.

Laporan Berita Harian (Larangan Pakaian Seksi,Terengganu Tambah PenguatkuasaWanita)

KOMENTAR:

Pakaian ditakrifkan sebagai penutup untuk badan dan anggota, serta tangan (sarung tangan), kaki (sarung kaki), kasut, sandal, but dan kepala (topi, kep). Manusia memakai pakaian atas alasan-alasan tertentu. Pakaian melindungi badan manusia yang bogel daripada keterlaluan cuaca, ciri-ciri persekitaran yang lain, serta atas alasan keselamatan. Tetapi setiap pakaian juga membawa maksud kebudayaan dan sosial.(1)

Pakaian seksi dan menjolok mata dipakai perempuan akan menjadikan si pemakai pakaian tersebut menjadi perhatian umum walau di mana mereka berada. Apatah lagi sekiranya sipemakai baju seksi itu adalah seorang muslimah. Ini kerana mereka dilihat sebagai seorang individu beridentiti yang menentang cara berpakaian anjuran agama Islam.

Golongan muda mudi sekarang akan berpakaian mengikut gaya atau trend semasa kerana mengikut artis idola mereka. Sekiranya idola mereka berpakaian seksi dan menjolok mata, maka itulah juga yang cuba ditiru dan digayakan mereka.

Tiadanya sekatan oleh pihak pemerintah dalam menggariskan penyiaran rancangan-rancangan di media elektronik seperti televisyen mengakibatkan penonton-penonton disajikan dengan artis-artis yang berpakaian seksi dan menjolok mata. Melalui pengaruh media massa elektronik yang senang dicapai oleh anak-anak zaman sekarang menyebabkan cetakan generasi muda mudi yang tidak sihat dari segi sosialnya.

Menyedari berpakaian seksi dan menjolok mata merupakan satu fenomena yang bertentangan dengan Islam, maka pihak berwajib seperti JHEAT telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan melakukan pemantauan di negeri Terengganu dengan membuat pemeriksaan dan soalsiat kepada remaja wanita muslimah. Mereka yang berpakaian kurang sopan ini disaman dibawah Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Jika kita soroti tindakan yang sama juga dilakukan oleh pihak berwajib di negara jiran seperti di Acheh yang mana pihak berwajib akan menyembur cat pada pakaian wanita muslim yang seksi dan menjolok mata. Manakala semburan cat juga dikenakan kepada lelaki muslim yang berseluar pendek tidak menutup aurat. Tujuannya adalah supaya pakaian tersebut tidak boleh dipakai semula.2 Namun adakah ini solusi yang sebenar-benarnya?

Tindakan yang dilakukan oleh JHEAT adalah satu usaha yang baik dalam memastikan anak-anak muda tidak berpakaian seksi dan menjolok mata. Namun realiti dalam Negara Malaysia yang mengamalkan undang-undang pemerintahan demokrasi kapitalis akan memberikan ruang kepada individu tersebut untuk menyatakan haknya dalam bertingkahlaku.

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen perundangan utama Negara Malaysia yang telah ditinggalkan oleh Lord Reid semasa beliau mengisytiharkan kemerdekaan Malaysia. Maka dalam perlembagaan ini telah dinyatakan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Malaysia iaitu dalam Fasal 5:Kebebasan Individu.(3)

Kebebasan bertingkahlaku dan berpakaian merupakan antara asas kebebasan yang diperjuangkan dibawah sistem demokrasi. Virus pemikiran penjajah ini telah menancap ke lubuk fikiran umat Islam sekarang tatkala sistem pemerintahan Islam telah terkubur sejak 3 Mac 1924 akibat kejatuhan Khilafah Uthmaniyah.

Oleh itu, kita dapat lihat perlaksanaan tindakan yang diambil oleh pihak berwajib adalah secara berasingan bukan secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah tersebut. Inilah yang berlaku apabila hanya JHEAT yang melaksanakan pemeriksaan dan soal siasatt kepada remaja wanita di negeri Terengganu. Disamping itu juga tiadanya penguatkuasaan daripada pihak pemerintah dalam menggariskan pakaian wanita ditempat umum dan tempat khusus. Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain yang sudah pasti lebih ramai wanita muslimah yang tidak menutup aurat mengikut syariat Islam seperti di kota-kota Metropolitan. Begitu juga dengan negara-negara umat Islam yang lainnya.

Islam menganjurkan wanita muslim untuk berpakaian yang menutup aurat mengikut tuntutan syariat Islam yang telah di’taklif’kan kepada mereka yang aqil baligh(4). Pakaian bagi wanita Islam bukan sahaja daripada bentuk fizikalnya tetapi juga dalam bentuk batiniyahnya iaitu sifat malu. Ini kerana malu sebagai pencegah pemiliknya daripada melakukan kemaksiatan.(5)

Ada salah seorang Sahabat Radhiyallahu 'anhu yang mengecam saudaranya dalam masalah malu dan ia berkata kepadanya, “Sungguh, malu telah merugikanmu.” Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

الإيْمَـانِ مِنَ الْـحَيَاءَ فَإِنَّ ,دَعْهُ

“Biarkan dia, karena malu termasuk iman.”

[Shahîh: HR.al-Bukhâri (no. 24, 6118), Muslim (no. 36), Ahmad (II/9), Abû Dâwud (no. 4795), at-Tirmidzî (no. 2516), an-Nasâ-i (VIII/121), Ibnu Mâjah (no. 58), dan Ibnu Hibbân (no. 610) dari Ibnu ‘Umar radhiyallâhu ‘anhu.]

Tambahan pula, Allah berfirman: TMQ An-Nur (24):31

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”

Disamping itu juga, Islam menganjurkan kaum lelaki supaya menundukkan pandangan mata.
Allah berfirman: TMQ An-Nur(24):30

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan”.

Sekiranya Islam diterapkan secara kaffah (menyeluruh) dalam sistem sosial dan sistem pemerintahan, wanita muslimah akan terhindar daripada perkara-perkara yang boleh menjerumuskkan diri mereka ke kancah maksiat ataupun gejala jenayah. Disamping itu individu tersebut perlu memupuk sifat taqarrub ilallah yakni setiap tingkah lakunya adalah terikat dengan perintah Allah ataupun penciptanya dan sentiasa memupuk sifat taqwa dalam diri.

Wallahu'alam

Rujukan:

#‎womenandshariah #‎wanitadanshariah #‎hijabsyarie #‎pakaianmuslimah #‎malu #‎malupakaianorangberiman #‎MALUituIman
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment