Rejim Perdagangan Bebas ‎ASEAN adalah Barah bagi Umat Islam ‎Asia Tenggara!


BERITA:

Pada 31 Disember 2015, Masyarakat Ekonomi Asean (MEA) akan dilaksanakan di negeri-negeri umat Islam seperti Indonesia dan Malaysia, di mana pelaksanaan tersebut adalah sebagai salah satu bentuk integrasi ekonomi serantau di kawasan Asia Tenggara. Melalui integrasi serantau ini, kawasan ASEAN akan menjadi pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran sehingga berlaku aliran bebas (free flow): produk, perkhidmatan, pelaburan, buruh dan modal.

Para pemimpin Indonesia dan Malaysia sangat teruja mempersiapkan diri dalam pelaksanaan MEA dan terus mengharapkan kebaikan daripada perjanjian ini.

Komitmen ASEAN untuk menjadi pasaran bebas ditambahbaikkan melalui konsep Masyarakat ASEAN (ASEAN Community) dengan slogan one vision, one identity, one community. Maka, ASEAN Economic Community (AEC) menjadi salah satu tunggak dalam pembentukan masyarakat ASEAN di samping ASEAN Political-Security Community (ASC) dan ASEAN Sosio-Culture Community (ASCC).

ULASAN/KOMENTAR:

Tindakan dan sikap para pemimpin Indonesia-Malaysia dalam mengharap kepada pelaksanaan ASEAN Economic Community demi kemajuan ekonomi negara adalah suatu tindakan yang bodoh dan dangkal apatah lagi jika mereka membenarkan dan menerapkannya di negeri umat Islam. Tindakan dan sikap ini semakin menunjukkan ketiadaan fungsi mereka sebagai pemimpin negara, yang lebih memilih untuk membuka ruang perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing masuk ke negara mereka daripada menambahbaikkan dan mengurus ekonomi rakyatnya. Masuknya pelaburan dan dominasi asing secara bebas dalam pasaran domestik bukannya mensejahterakan rakyat, sebaliknya menjadi wasilah penjajahan paling berkesan/efektif dan membahayakan perekonomian negara-negara umat Islam.

Hal ini telah menunjukkan bahawa rejim perdagangan bebas adalah wasilah penjajahan negara-negara Barat terhadap negeri-negeri umat Islam; seperti ungkapan Henry Clay – seorang negarawan AS “ kita, bangsa-bangsa lain tahu, apa yang kita maksudkan dengan ‘perdagangan bebas’ tidak lebih dan tidak kurang daripada keuntungan besar yang kita nikmati, untuk mendapatkan monopoli dalam segala pasaran pengeluaran kita dan menghalang mereka daripada menjadi negara pengeluar.” Selain daripada itu, potensi pasaran dan pelaburan ekonomi di Asia Tenggara hanya akan dimanfaatkan oleh negara-negara raksasa ekonomi untuk menjadi alat pemulihan krisis kewangan yang dihadapi oleh AS dan China pada hari ini di mana mereka memerlukan pasaran sebenar untuk produk mereka.

Aspek lain yang perlu kita kaji adalah kesan buruk akibat pelaksanaannya. Bukan hanya kemiskinan dan pembolotan kekayaan, namun rejim yang membarah ini juga akan menghancurkan peradaban dan pembangunan keluarga umat Islam. Hal ini adalah kerana rejim ini adalah penyembah sekulerisme dan hanya mementingkan pertumbuhan ekonomi. Mereka menjadikan umat Islam tidak lebih seperti mesin ekonomi pencetak wang iaitu sebagai pasaran dan buruh murah.

Sedangkan urusan agama, akhlak, kedudukan, keharmonian sosial setiap komponen masyarakat akan diabaikan.

Mari kita lihat dan telusuri kesan kerosakan yang mereka telah tinggalkan di negeri mereka sendiri, di mana mereka telah mencapai tahap kemajuan ekonomi yang pesat namun mereka mundur dari segi moral dan peradaban. Pembangunan yang pesat akan diikuti dengan masalah sosial, keruntuhan institusi keluarga, peningkatan kadar jenayah, keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, statistik bunuh diri yang semakin meningkat, hingga berkurangnya kadar kelahiran dan pernikahan kesan daripada peningkatan jumlah wanita yang terlibat dalam sektor pekerjaan.

Astaghfirullaah

Keadaan yang sama akan berlaku ke atas umat Islam di Asia Tenggara, jika para pemimpinnya terus mengikut telunjuk Barat dan menerapkan perjanjian perdagangan bebas yang jelas merupakan rejim penjajah seterusnya barah yang tenat dan sedang menjangkiti umat Islam di Asia Tenggara.

Wahai penguasa-penguasa Muslim Asia Tenggara, Ingatlah firman Allah Swt :

“Katakanlah: "Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjukkan kebenaran?" Katakanlah "Allah-lah yang menunjukkan kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjukkan kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?” [TMQ Yunus: 35]

Fika Komara
(Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir)

#‎ASEANBarahWanita ‪#‎WomenandShariah #‎WanitadanSyariah
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment