Tiada Feminisme Dalam Islam [BAHAGIAN 3]

(Edisi Bahasa Melayu)

KESIMPULAN

Berdasarkan paparan di atas kita dapat membandingkan bahawa idea feminisme dan Islam sangat berbeza dan bertentangan dengan Islam. Oleh sebab itu sebagai seorang muslim kita hendaklah berwaspada akan bahaya yang mengintai di sebalik seruan yang dilaung oleh golongan feminis ini.
Terdapat 5 perkara penting yang harus diperhatikan:

1. Idea feminisme ini wujud dalam konteks sosio-historis khas di Barat, terutamanya pada abad ke-19 hingga 20. Di saat itu, kaum wanita tertindas oleh sistem masyarakat liberalis-kapitalis. Disebabkan itu, usaha untuk mentransformasikan idea ini ke dalam umat Islam jelas merupakan generalisasi yang didesak dan tidak dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah.

2. Idea ini datang daripada pemikiran kapitalisme-sekularisme, yang memisahkan agama daripada kehidupan serta menafikan kekuasaan Al-Khalik dalam mengatur kehidupan. Hal ini terbukti apabila golongan feminis memberikan solusi terhadap permasalahan yang mana ianya tidak disandarkan sedikitpun pada syariat Islam. Perkara ini sangat bertentangan dengan tuntutan Islam.

3. Kewujudan gerakan ini telah menjadikan umat Islam redha terhadap idea feminisme, bahkan menjadi pendukung idea tersebut. Meskipun mereka harus manghakis keyakinan dan kepercayaan umat Islam terhadap kesempurnaan Islam itu sendiri atau berusaha untuk menyamakan antara Islam dengan idea batil ini.

4. Idea ini telah menyebabkan kecacatan dan ketidakstabilan struktur masyarakat dan keluarga, di mana kes-kes penceraian yang semakin meningkat, keruntuhan moral seperti seks bebas, generasi ekstasi dan sebagainya.

5. Idea ini semakin menjauhkan umat Islam daripada gambaran sebenar keagungan dan keunikan masyarakat Islam dengan aturan hubungan sosial yang telah diatur cantik oleh Allah. Seterusnya melenyapkan cita-cita mereka untuk hidup dalam masyarakat Islam secara sempurna.

Sedangkan, sebagai umat Islam kita hendaklah sedar bahawa terdapat dalang iaitu negara-negara kapitalis yang menjadi penyumbang kepada gerakan feminis ini secara politik atas faktor kepentingan dan manfaat tertentu dengan berkembangnya idea ini.

Hal ini kerana mereka faham dan yakin bahawa kekuatan masyarakat Islam merupakan ancaman terbesar bagi kelangsungan hegemoni mereka di dunia ini. Sudah tiba masanya kita sedar bahawa tiada satu alasan pun yang membenarkan kita mengambil, mempropagandakan, dan turut memperjuangkan idea feminisme kerana Islam telah mempunyai pandangan yang unik mengenai keberadaan lelaki dan wanita sekaligus mengenai hubungan keduanya serta bentuk kehidupan masyarakat yang hendak dibina berlandaskan akidah dan ketetapanNya.

Islam memandang bahwa Allah SWT telah menciptakan manusia yang terdiri daripada lelaki dan wanita dengan memberikan kadar potensi yang sama kepada keduanya, iaitu akal yang berfungsi untuk memahami sesuatu perkara, serta potensi hidup (naluri dan keperluan jasmani) dan cara pemenuhannya. Selain itu, perkara ini bukan kerana wujudnya kesetaraan gender, tetapi kerana itulah hakikat aturan Allah.

Disamping itu, Islam memandang bahawa masyarakat adalah kesatuan yang teguh, tidak mungkin dipisahkan menjadi komuniti wanita dan komuniti lelaki yang saling berebut peranan dan posisi antara satu sama lain.
Malah, perbezaan peranan dan fungsi lelaki dan wanita membolehkan mereka saling bekerjasama dalam perkara-perkara tertentu.

Selain itu, penilaian prestasi seorang individu Islam adalah berdasarkan pada tahap ketaatan dan ketaqwaan terhadap ketetapan Allah SWT. Dengan demikian, keduanya memiliki peluang yang sama untuk meraih ketinggian darjat orang-orang bertakwa di sisi Allah SWT.

Jelaslah bahawa idea-idea feminisme dan seangkatan denganya wajib dicermati dan ditolak kerana disebalik kemanisan katanya, terselit racun-racun ideologi yang sangat bertentangan dengan Islam.
Kita hendaklah berusaha meningkatkan martabat dan tahap kecerdasan kaum wanita (juga kaum lelaki) dalam kehidupan.

Namun, haruskah kita bunuh diri dengan menenggak racun-racun pemikirannya?
Bukankah realiti kehidupan kapitalis liberalis hanya melahirkan ketidakadilan? sementara Islam menawarkan keadilan dan kebahagiaan hakiki bagi semua, maka sudah tiba saatnya kaum wanita berfikiran cerdas dan sudah jelas ke mana wanita harus mengorak langkahnya.
Wallahu a’lam

#‎womeanandshariah #‎wanitadanshariah #‎tiadafeminismdalamislam #‎wanitatolakfeminisme #‎womenrejectfeminism
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment