Agenda Barat Disebalik Serangan terhadap Syariah


HTI Press. Banda Aceh, 7 Mac 2015. Gema takbir yang menggegarkan di AAC Dayan Dawood, Kompleks Unsyiah, Banda Aceh, tempat berlangsungnya Konferens Wanita dan Syariah. Peserta memberikan tumpuan dan sentiasa bersemangat. Seperti orasi Ahli Dewan Pimpinan Pusat Muslimah Hizbut Tahrir Indonesia Ustadzah Asma Amnina yang menyampaikan ucapan dengan tema “Disebalik Serangan Terhadap Wanita dan Syariah Islam”.

Asma mengatakan, bahawa negara-negara imperialis di bawah pimpinan AS, menjadikan konferens-konferens yang menyentuh isu gender adalah untuk memisahkan keterikatan kaum muslimin dengan peradaban dan budaya Islam. Dalam salah satu dokumen yang digagas lembaga ‘think tank’ AS, RAND Corporation: Building Moderate Muslim Network (2007) disebutkan bahawa isu kesetaraan gender adalah salah satu medan pertempuran utama dalam perang pemikiran melawan Islam. Oleh sebab itulah promosi kesetaraan gender menjadi komponen penting dalam setiap projek kafir imperialis untuk menjauhkan kaum muslimin dari syari’ah Islam yang kaaffah.

Gagasan kesetaraan gender telah menjadi satu integrasi dalam pembangunan demokrasi dan menjadi salah satu agenda penting demokratisasi AS. Beberapa strategi yang dilancarkan AS untuk mempercepatkan projek penjajahannya melalui program-program gender antaranya ialah:

1. Mempercepatkan keterlibatan kaum wanita dalam sektor ekonomi.
2. Mencegah dan mengambil tindakan terhadap kekerasan yang berbasis gender.
3. Menggalakkan keterlibatan wanita dalam bidang politik dan kepemimpinan.

AS tidak melakukan aktiviti penjajahan secara bersendirian, malah PBB adalah alat AS untuk menjajah negeri-negeri dunia ketiga. PBB memiliki sebuah badan tunggal yang bertugas mempercepatkan kemajuan dalam mencapai kesetaraan gender dan pemberdayaan wanita. Badan itu adalah UNWomen, yang memiliki peranan utama dalam meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang politik; pemerkasaan ekonomi wanita (PEP); menangkis keganasan terhadap wanita; penglibatan wanita dalam proses perdamaian; serta tindak balas gender dalam rencana dan anggaran.

Walaupun Amerika Syarikat tidak seampuh dahulu, namun sehingga kini belum ada satu kekuatan pun yang mampu menandinginya. Bukannya tiada, tapi belum muncul. Adalah suatu yang pasti bahawa akan ada the emerging state –kekuatan raksasa-, yang akan menggantikan semua penjajahan kapitalis, serangan dan keburukannya yang mencengkam semua bangsa, termasuk wanita. Khilafah Islamiyah-lah yang akan menaungi semula, mengembalikan kecermelangan Islam dan kemuliaan seluruh umat manusia.

Terdapat sebuah filem yang ditayangkan menggambarkan tentang keunggulan Syariah Islam telah memberikan gambaran yang jelas bahawa Islam adalah satu-satunya pandangan hidup yang mampu mensejahterakan, menghargai dan memuliakan wanita. Wanita mempunyai hak dalam mendapatkan pendidikan sama seperti lelaki, wanita mempunyai hak ekonomi seperti lelaki.

Hukum dalam Islam seperti larangan khalwat dan pemakaian jilbab menunjukkan betapa Islam memelihara dan memuliakan wanita.

Namun semua itu tidak mampu terealisasi dalam kehidupan kecuali apabila Islam diterapkan secara sempurna di bawah naungan negara Khilafah.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment