Aturan Islam Tentang Aurat Wanita

#‎WomenandShariah #‎WomenAgainstFeminism

Berkaitan dengan selain lelaki yang mahram, lelaki yang melamar, ataupun suami, ada aturan rinci yang terikat bagi mereka ketika melihat seorang wanita. Jika memang terdapat keperluan bagi seorang lelaki untuk melihat wanita, atau sebaliknya, maka diperbolehkan untuk melihat bahagian yang umum saja. Selain dari itu, lelaki tidak diperbolehkan untuk melihat perempuan melebihi dari wajah dan telapak tangannya. Orang yang diperbolehkan oleh Allah untuk melihat bahagian tubuh wanita ialah mereka yang memiliki keperluan iaitu doktor, perawat, penyelidik, dan semacamnya. Ini dikhabarkan oleh Nabi Muhammad saw ketika menunjuk Saad untuk memberikan vonis bagi Bani Quraidah, ia diharuskan untuk melepas Izar seorang anak (kain penutup untuk menutupi bahagian peribadi mereka). Ada juga kisah Ustman.ra ketika membawa seorang anak yang mencuri. Ustman.ra berkata: “Lihat dibalik Izar-nya”. Mereka tidak menemukan rambut kemaluan (belum akhil baligh) sehingga tidak memotong tangannya. Tindakan Ustman ini disaksikan oleh para sahabat dan tidak ada diantara mereka yang keberatan, sehingga ini dikategorikan sebagai ijma’ (kesepakatan).

Namun, bila tidak memiliki kepentingan untuk melihat bahagian-bahagian tersebut, bagi lelaki non-mahram yang tidak memiliki keinginan mahupun kemampuan, mereka diperbolehkan untuk melihat wajah dan telapak tangan saja dan dilarang untuk melihat bahagian lainnya. Aisyah meriwayatkan bahawa Asma binti Abu Bakar ketika memasuki ruangan Rasulullah mengenakan pakaian tipis. Rasulullah kemudian memalingkan wajahnya sambil berkata: “Wahai Asma, jika wanita menginjak akhil baligh, maka tidak diperbolehkan baginya terlihat bahagiannya kecuali ini dan ini.” Sambil menunjuk kepada wajah dan kedua telapak tangan. Oleh kerana itu, kedua telapak tangan dan wajah adalah pengecualian yang disebutkan dalam Al-Quran dalam larangan menampakan perhiasan.

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat daripadanya” [An-Nuur:31].


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment