Kedudukan Wanita Menurut Pandangan Islam

#‎wanitadansyariah #‎womenandshariah

Zayn al-'Abidin (d. 713CE) adalah cicit Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah seorang ulama terkenal. Beliau sentiasa melayan ibunya dengan begitu penuh kebaikan dan kasih sayang seperti yang digambarkan dalam kisah berikut:

Beliau ditanya, "Anda adalah yang paling baik kepada ibumu, tetapi kita tidak pernah melihat anda makan bersamanya dalam satu pinggan." Dia menjawab, "Saya takut tangan saya akan mengambil apa yang dia terlebih dahulu lihat di dalam pinggan, dan saya tidak mengendahkannya." [At-Tartushi, al-Birr walidayn]

Dalam erti kata lain, dia mengelak daripada makan dalam pinggan yang sama dengan ibunya hanya kerana berhati-hati supaya tidak menderhakai ibunya; Beliau berpendapat apabila ibunya mahu mengambil sekeping makanan, tetapi kemudian dia (tanpa mengetahui kehendak ibunya) mengambil sekeping dan memakannya. Berikut adalah gambaran bagaimana ketaatan Zayn al-Abidin pada ibunya, sehingga sekecil-kecil perkara.

Ulama lain, iaitu Sa'id ibn al-Musayyib (d. 709CE) pernah ditanya mengenai makna ayat "tetapi melayan mereka dengan sopan" (17:23). Sa'id ibn al-Musayyib berkata: Ini bermakna bahawa anda perlu merawat mereka (ibu) sebagai hamba kepada tuannya.

Muhammad Ibn Sirin (d. 729CE) bercakap dengan ibunya dengan suara yang amat lembut, sebagai ungkapan rasa hormat kepada beliau. Beliau juga sering kelihatan menemani ibunya dan menjaganya. (Ibn al-Jawzi, al-Birr walidayn)

Semua di atas menunjukkan bagaimana kedudukan ibu dimuliakan di tempat yang tertinggi dalam Islam. Penghormatan Islam diberikan kepada ibu adalah lebih besar daripada agama, ideologi atau budaya. Ini adalah bukti jelas menunjukkan status wanita yang tinggi dalam Islam.

Salah satu peristiwa yang paling penting dalam perjalanan hidup Rasulullah SAW adalah Hijrah baginda dari Mekah ke Madinah. Hijrah telah menguji tekad orang yang beriman untuk meninggalkan ikatan masa lalu mereka, menerapkan keimanan dalam jwa mereka untuk membina suatu peraturan kehidupan, suatu peraturan sosial. Itu sebabnya, peristiwa ini dikenal sebagai awal dari peradaban Islam. Ramai di kalangan wanita yang turut diuji dengan peristiwa hijrah ini, beberapa orang dari mereka pergi dengan suami dan keluarga, beberapa yang lain pergi berhijrah seorang diri tanpa sebarang perlindungan.

Ummu Kalthum binti 'Uqbah adalah salah seorang daripada mereka. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang terkenal dengan rasa tidak percaya dan permusuhan mereka kepada Nabi saw. Ummu Kalthum binti 'Uqbah melakukan hijrah seorang diri. Saudara-saudaranya al-Walid dan 'Umarah mengejarnya hingga ke Madinah tepat sehari selepas beliau tiba di Madinah, mereka menuntut supaya beliau diserahkan kepada mereka. Ummu Kalthum berkata: "Wahai Rasulullah, saya adalah seorang wanita, dan Tuan tahu bagaimana lemahnya seorang wanita; jika Tuan mengembalikan saya kepada orang-orang kafir, mereka akan menyiksa saya kerana agama saya, dan saya tidak akan mampu berdiri teguh. Kemudian turunlah ayat yang terkenal dari surah al-Mumtahanah (60: 10-13):

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila wanita-wanita mukmin datang berhijrah kepadamu, maka hendaklah kamu uji (keimanan) mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka; jika kamu telah mengetahui bahawa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir (suami-suami mereka). Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tidak halal bagi mereka" [IBN Sa'ad, al-Tabaqat al-kubra, viii. 230.]
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment