Kekejaman Rejim Bangladesh Menindas Wanita: Kenapa Tidak Dibela?


Berita

Pada 16 Mac 2015, Burma Times telah melaporkan tentang gangguan seksual yang dihadapi oleh wanita-wanita yang tinggal di kem pelarian Leda Bangladesh ketika keluar mencari air. Bangladesh bukanlah padang pasir tetapi merupakan sebuah Negara tropika. Namun, sumber air besih amat sukar diperolehi di kawasan ini kerana pihak kerajaan Bangladesh telah memotong bekalan air tersebut. Sekurang-kurangnya seorang bayi dilaporkan mati setiap hari akibat penyakit berjangkit kerana kekuranga sumber air bersih.

Bagi wanita-wanita malang ini, mereka terpaksa mencari air di tengah-tenga h keterikan panasnya matahari untuk menyambung kehidupan mereka setiap hari. Lelaki Benggali tempatan pula sering menunggu mereka di sudut-sudut tersembunyi dan kemudiannya mengganggu wanita-wanita ini. Kismat Ara Begum, 19 tahun berkata, "Ya, terdapat banyak kes-kes seperti itu. Apa yang boleh saya katakan, saya terlalu malu untuk mengatakan apa yang berlaku,". Kata Kismat sambil menahan air matanya ketika mengingat insiden gangguan seksual yang dihadapinya.

Noor Hafeza, 21 tahun pula mengatakan bahawa mereka terpaksa menanggung penderitaan ini dalam senyap. Menurutnya, "Ada di antara kami telah membuat aduan kepada ketua-ketua kampung". Tetapi bukannya keadilan yag mereka terima, malah wanita-wanita ini diancam bunuh dan tidak dibenarkan lagi menjejakkan kaki ke luar kem. "Tetapi, tiada apa yang kami boleh lakukan. Kehidupan boleh diteruskan tanpa makanan selama beberapa hari, tetapi tidak tanpa air," kata Noor. Selain itu, kerajaan Bangladesh juga telah menutup pusat-pusat kesihatan berhampiran dan ini memburukkan krisis dan penularan penyakit.

Komen:

Inilah nasib yang terpaksa dideritai wanita-wanita di beberapa buah Negara seperti Bangladesh dan India. Wanita-wanita Rohingya ini terpaksa lari ke Bangladesh akibat penindasan yang dialami di bumi mereka Myanmar. Tujuannya adalah untuk mendapatkan perlindungan di Bangladesh bahkan menerima kecaman yang sangat dasyat bukan sahaja dari penduduk tempatan bahkan dari pihak kerajaan sendiri.

Kemana perginya keperihatinan golongan feminis yang kononnya memperjuangkan hak-hak wanita? Kenapa nasib wanita-wanita ini tidak pernah disuarakan untuk dibela? Di manakah keadilan dan sejahteraan wanita yang dilaung-laungkan oleh pejuang kesetaraan gender? Bahkan Sheikh Hasina yang merupakan seorang wanita dan juga Perdana Menteri Bangladesh sendiri langsung tidak tampil untuk membela nasib mereka malah hanya membiarkan perkara ini berlaku.

Wahai pejuang Feminisme, jika kamu benar ingin membela nasib wanita, inilah wanita-wanita yang perlu kamu bela. Bukannya menjauhkan kami dari Syariah Islam! Kerana kami yakin, hanya dengan Syariah Islam sahaja kesejahteraan, kemuliaan, keadilan dan perlindungan yang sempurna akan kami perolehi. Kemuliaan ini pernah kami kecapi semasa Islam diterapkan sepenuhnya di bawah naungan Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Martabat kami sebagai wanita diangkat oleh Islam dari kekufuran sistem jahiliyah. Keadilan berpihak kepada kami dan pemimpin menjaga maruah kami. Inilah syariah Islam yang kami rindukan.

Sesungguhnya Allah swt berfirman;
“Barangsiapa yang mengerjakan amalan shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” [TMQ An Nahl: 9]

Sumayyah Amar
(Wakil Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir, Malaysia)

#‎wanitadanshariah #‎womenandshariah
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment