Khimar Dan Jilbab Bukan Pilihan, Ia Adalah Perintah Allah


#‎KempenHijabSyarie #‎HijabSyarie #‎JilbabItuWajib #‎PakaianMuslimah #‎MuslimahPatuhSyariat

KHIMAR DAN JILBAB merupakan busana Muslimah yang syar'i. Kewajipan mengenakan pakaian ini bukanlah suatu pilihan sebaliknya merupakan suruhan Allah SWT. Pakaian syar’i untuk perempuan memiliki dalil-dalil syariah yang jelas. Penetapan pakaian perempuan itu bukanlah diambil berdasarkan adat kebiasaan sesuatu budaya, bangsa atau kawasan. Sebaliknya, pakaian perempuan itu adalah kewajiban yang diwajibkan oleh Allah SWT terhadap perempuan.

Pakaian perempuan yang disyariatkan terdiri dari dua bahagian iaitu dua potong. Potongan pertama adalah bahagian baju yang diulurkan dari atas sampai ke bawah menutupi kedua kaki. Bagian kedua adalah kerudung atau khima. Khimar merupakan pakaian yang menutupi seluruh kepala, leher dan bukaan pakaian di dada (juyub).

Inilah pakaian yang mesti dikenakan untuk keluar ke pasar atau berjalan di jalan umum. Jika dia memiliki kedua pakaian ini, maka dia boleh keluar dari rumahnya ke pasar atau berjalan di jalan umum, yakni keluar ke kehidupan umum. Sebaliknya, jika dia tidak memiliki kedua pakaian ini, tidak boleh bagi seorang perempuan untuk keluar, apapun keadaannya. Hal demikian kerana, perintah dengan kedua pakaian ini datang bersifat umum dan ia tetap berlaku umum dalam semua keadaan; tidak ada dalil yang mengkhususkannya sama sekali.

Dalil atas kewajiban ini adalah firman Allah SWT tentang pakaian bahagian atas, khimar :

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

"Janganlah mereka menampakkan perhiasan-nya, kecuali yang (biasa) tampak pada dirinya. Hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya”  [TMQan-Nur [24]: 31].

Juga firman Allah SWT tentang pakaian bahagian bawah, jilbab:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” [TMQ al-Ahzab [33]: 59].

Kewajipan mengenakan pakaian luar seperti di atas dikuatkan lagi dengan peristiwa Ummu `Athiyah. Rasulullah saw., ketika ditanya oleh Ummu ‘Athiyah tentang bagaimana hukum keluar rumah perempuan yang tidak mempunyai jilbab, maka beliau menjawab agar perempuan itu meminjam jilbab dari tetangganya atau dia tidak keluar. Ini adalah dalalah yang kuat bagi menunjukkan bahawa berpakaian secara syar'i adalah wajib.

Berdasarkan dalil-dalil utama ini, dapatlah kita faham bahawa pakaian perempuan itu merupakan pakaian yang sudah dibatasi dengan pembatasan yang jelas dengan nas-nas yang syar'i, tidak ada keraguan dalam dalalah-nya. Oleh yang demikian itu marilah sama-sama kita kembali kepada syarak, dengan berpakaian secara patuh syariat, bukan berpakaian kerana fesyen atau budaya semata-mata.

- Aliya Ab Aziz (Ketua Lajnah I'lamiyyah MHTM)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment