Membongkar Feminisme Islam


PIDATO DARI YORDANIA : Umm Razan

"Feminisme Islami’ berusaha untuk memaksakan idea feminis barat dengan cara yang sangat cerdik. Dimana mereka berusaha untuk meyakinkan muslimin dan muslimat bahawa apa yang dibawa feminisme Barat adalah apa yang Islam serukan. Bahkan mereka telah menyusun beberapa proposal untuk reformasi beberapa hukum dengan bahasa yang sama yaitu “tetap dalam landasan agama”. Seperti yang kita saksikan saat ini adanya gerakan antarabangsa untuk mereformasi undang-undang “ahwaal syakhshiyyah Islamiyah (keadaan atas status seseorang) untuk memperbaiki nasib wanita sebagaimana hujah mereka. Sebagai contoh apa yang dikatakan mereka: "Hak-hak wanita dicacatkan kerana dominasi perspektif lelaki selama beberapa abad, telah disebarkan interpretasi tertentu dari ayat-ayat Al-Quran yang tidak tetap, tidak lengkap dan tidak tepat disebabkan oleh perspektif lelaki”. Kerana itulah mereka menyeru kepada para wanita agar berupaya sendiri membaca AlQur’an al-Kariim dengan cara baru dari perspektif feminin demi membela hak-hak mereka! "
Adapun Islam – Diinullaah – yang kekal dan agama akhir zaman, sebagaimana diketahui memberi perhatian terhadap isu-isu wanita hingga disebut satu dengan nama surat ‘An-Nisaa’. Dan sesuai dengan visi yang sempurna dan berkeadilan, Islam telah menetapkan sejumlah hak yang disertai dengan sejumlah kewajiban dan tanggung jawab. Adapun standard yang diberikan oleh Islam untuk melihat dunia adalah bukan maskulin atau feminin, tetapi standard Ilahi.

Sesungguhnya berbagai perdebatan seputar perbezaan lelaki dan wanita dan upaya untuk menakwilkan firman Allah: dan komen tentang sebab-sebab perbezaan antara lelaki dan wanita dalam urusan waris, kesaksian, pekerjaan, pendidikan, pakaian dan sebagainya, hanyalah merupakan auta (fiksyen) fakta dan penyesetan pemikiran yang tidak ada gunanya. Islam memandang kepada lelaki dan wanita sama-sama sebagai manusia dan tidak membezakannya. Islam telah menetapkan bagi lelaki dan wanita peranan dan tanggung jawab. Masing-masing berusaha untuk menjalankan peranannya dengan sempurna dalam rangka menggapai redha Allah SWT.

Wanita dalam Islam tidak membincangkan pandangan Islam terhadapnya atau berfikir bahawa lelaki lebih diutamakan darinya, ini kerana dia yakin bahawa Islam telah menghormati dan memuliakannya. Sehingga ketika ia jauh dari Islam dan tidak mendapati hukum-hukumnya diterapkan dengan sempurna, akan didominasi oleh banyak kesalah fahaman.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment