Menjadikan Syariat Islam Bersifat Tempatan dan Sebahagian: Perangkap Penjajah Terhadap Umat Yang Rindu Syariah

(Menjawab Kontroversi Peraturan Dasar Syariah Aceh - Bahagian 2)

Seperti yang telah dibincangkan pada bahagian pertama bahawa hak asasi manusia adalah barang dagangan politik utama Barat. Dan serangan media liberal terhadap peraturan dasar Syariah di Aceh tidak dapat dipisahkan dari sindrom fobia syariah serta kebutaan mereka melihat kegagalan dapur mereka dalam menjamin kehormatan kaum wanita. Maka pada bahagian kedua ini, perbincangan akan lebih tertumpu kepada strategi dan rancangan jahat Barat untuk menjinakkan umat Islam yang bersemangat melaksanakan Syariat Islam, serta gambaran penerapan Syariat Islam yang ideal.

Menjadikan Penerapan Syariat Bersifat Tempatan

Bersama-sama dengan kemunduran umat dan kejatuhan institusi Khilafah pada tahun 1924, umat Islam hidup dalam keadaan berpecah-belah di bawah perintah Negara bangsa yang diatur oleh Barat. Akibatnya, umat Islam tidak bersatu dalam perasaan, pemikiran dan sistem / peraturan. Sejak itu Barat terus bekerja siang dan malam untuk meredam kebangkitan umat Islam dengan pelbagai cara, terutama dengan penyebaran idea kebebasan dan demokrasi supaya umat makin jauh dari Syariat Islam.

Sekurang-kurangnya terdapat dua strategi Barat untuk meredam kebangkitan dan perjuangan umat Islam, yang pertama adalah strategi stigmatisasi dan yang kedua adalah strategi menjadikan Syariat Islam bersifat tempatan. Untuk yang pertama boleh kita lihat pada serangan media liberal seperi yang telah diulas pada bahagian pertama artikel ini. Ternyata kita dapat melihat bahawa gerakan anti syariah ini dilakukan secara sistematik dan terancang, tidak hanya bersifat tempatan tetapi juga antarabangsa.

Sementara strategi kedua, iaitu menjadikan Syariat Islam bersifat tempatan terjadi jika perjuangan umat terlampau kuat atau telah menimbulkan konflik berpanjangan. Pada strategi kedua ini, Barat mahu memastikan bahawa penerapan Islam tidak hanya bersifat tempatan dan sebahagian, tetapi juga tunduk pada ideologi sekular, nilai-nilai hak asasi manusia dan demokrasi. Latar belakang autonomi Aceh adalah kemelut panjang pemberontakan GAM yang mahu menarik diri dari NKRI yang diwar-warkan oleh Dr. Muhammad Hassan di Tiro pada bulan Disember tahun 1976. Usaha tentera selama berpuluh-puluh tahun yang dilakukan TNI (ABRI) melalui operasi DOM gagal dilalui sehingga jalan keluar terakhir, iaitu memberi kuasa autonomi kepada Aceh yang sekarang disebut sebagai daerah istimewa.

Terutama untuk strategi kedua ini, dalam kertas bertajuk Governing Under Sharia (2013) lembaga think tank CFR (Council on Foreign Relation) - yang berpusat di Washington AS - mencatatkan bahawa Syariah boleh menjadi sebahagian daripada "negara Islam moden" melalui tiga cara, iaitu ( 1) melalui perlembagaan negara (national constitution), (2) perundangan negara (national law) dan (3) perundangan daerah (sub national law).


Daripada tiga pilihan ini boleh dilihat dengan jelas bahawa hukum Syariat tetap menjadi subordinat di bawah perlembagaan / UUD sekular dan susunan sistem negara bangsa yang diaplikasikan pada hari ini. Aplikasi dual sistem perundangan atau sistem hukum ganda dengan melaksanakan sebahagian hukum uqubat, perkahwinan, warisan, dan amanah; masih lagi membuat keseluruhan undang-undang syariat tidak dilaksanakan. Malah sama sekali tidak ada ruang untuk penerapan Islam secara global dibawah sistem Khilafah, kepemimpinan politik umat Islam di peringkat antarabangsa.

Dua strategi ini - iaitu stigmatisasi dan penempatan - terus dilakukan oleh Barat beserta seluruh rangkaian penjajahnya, serentak dengan strategi penjajahan politik dan ekonominya. Tujuan utamanya adalah supaya hegemoni ideologi mereka tetap terjaga, serta nilai-nilai hak asasi manusia dan Demokrasi boleh wujud bersama dengan Syariat Islam yang juga menjadi keyakinan umat Islam. Kita dapat melihat bahawa semua usaha yang mereka lakukan untuk mengaburkan identiti sebenar umat Islam dan menjinakkan mereka supaya menjadi lebih sederhana, pragmatik sehingga menyakini bahawa demokrasi adalah arena perjuangan Islam yang sesuai sehingga meninggalkan segala usaha untuk merealisasikan penguatkuasaan Syariat Islam.

Khilafah dan Kesempurnaan Penerapan Syariat

Syariat secara bahasa bererti sumber air minum (mawrid al ma'li al Istisqaa) atau jalan lurus (ath thariq almustaqim). Sementara menurut istilah syar'i, syariat bermakna perundang-undangan yang diturunkan Allah bagi hamba-hamba Nya baik dalam persoalan Aqidah, ibadah, akhlaq, mu'amalah (termasuk politik, ekonomi, jenayah, pendidikan, dan sosial budaya) untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Syariat Islam merupakan rahmat bagi semesta alam, termasuk kaum wanita. Syariat melarang segala bentuk aktiviti yang menjadikan wanita sebagai objek komoditi dan merendahkan wanita. Dan hanya Islam yang mempunyai nilai-nilai mulia serta bertanggungjawab menjaga kehormatan wanita, bahkan mewajibkan lelaki untuk mengorbankan hidup mereka demi membela kehormatan wanita. sebagaimana sabda Nabi SAW:

(( إنما النساء شقائق الرجال ما أكرمهن إلا كريم وما أهانهن إلا لئيم))

"Wanita adalah adik-beradik lelaki, tidak akan memuliakannya kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan menghinakannya kecuali lelaki yang hina."

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk kita ambil perhatian bahawa penerapan syariat Islam perlu secara keseluruhan (menyeluruh) di bawah naungan negara Khilafah supaya rahmat-Nya terasa pada seluruh umat manusia. Khilafah adalah kepemimpinan umum kaum Muslim seluruh dunia. Bukan negara bangsa (nation state), melainkan negara dunia (global state); kaum Muslim di seluruh dunia hanya mempunyai satu negara.

Penerapan Syariat tidak boleh secara sebahagian, tempatan dan beransur-ansur seperti peraturan dasar Syariah di Aceh, Brunei, ataupun Arab Saudi. Syariat Islam juga wajib berlaku sama bagi seluruh warga negara, Muslim mahupun non-Muslim, keluarga pegawai atau rakyat jelata. Pemerintahannya adalah berpusat atau terpusat, yang bermaksud bahawa pelaksanaan kuasa atau pelaksanaan undang-undang hanya di tangan orang yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat, iaitu Khalifah dan orang yang mewakilinya.

Penerapan sebahagian syariah Islam, tidak akan dapat menyelesaikan masalah secara menyeluruh. Pun tidak akan boleh merealisasikan tujuan-tujuan penerapan syariah secara utuh. Kegagalan akibat penerapan syariah secara sebahagian ini adalah sangat mungkin menjadi sasaran mudah musuh-musuh Islam. Seolah-olah memberikan peluru tanpa henti bagi musuh-musuh umat untuk menuding jari pada ketidakmampuan Islam untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Mengambil sebahagian hukum Islam dan meninggalkan sebahagian hukum Islam yang adalah dosa besar. Allah SWT berfirman:

أفتؤمنون ببعض ٱلكتب وتكفرون ببعض فما جزآء من يفعل ذلك منكم إلا خزى فى ٱلحيوة ٱلدنيا ويوم ٱلقيمة يردون إلى أشد ٱلعذاب وما ٱلله بغفل عما تعملون

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan." (TQS Al Baqarah: 85)

Kerana itu syariat Islam tidak hanya diterapkan dalam maslaah uqubat (sanksi) seperti hudud. Namun dalam segala aspek termasuk ekonomi, politik, pendidikan, dan sosial. Dengan penerapan Syariat yang kaffah, Khilafah akan menjelma menjadi negara di mana wanita akan berasa selamat ketika mereka tinggal di dalam atau keluar dari rumah, kerana Khilafah memberikan peluang kepada wanita untuk menyumbang secara aktif dalam bidang politik, pendidikan, dan dalam kehidupan sosial masyarakat mereka. Juga menjaga kaum wanita dari gangguan di ruang awam.

Khilafah menawarkan strategi yang jelas untuk melindungi maruah wanita di tengah-tengah masyarakat melalui nilai-nilai dan undang-undang Islam yang saling melengkapi. Negara ini menolak prinsip-prinsip kapitalisme dan liberal.

Untuk itu, kita perlu menjadikan Rasulullah SAW sebagai pedoman. Ketika Rasulullah SAW mendirikan negara Islam pertama di Madinah, bangsa-bangsa lain kemudian memeluk Islam kerana mereka menyaksikan secara langsung pelaksanaan (hukum) Islam secara menyeluruh. Hal ini kemudian diikuti oleh khalifah-khalifah berikutnya. Dengan penerapan yang sempurna ini, Islam akan kelihatan sebagai penyelesaian sebenar bagi manusia, rahmat bagi semesta alam dan negara Khilafah akan menjadi rumah api peradaban dunia dengan segala kebaikannya. Allahu Akbar.

Penerapan syariah Islam secara menyeluruh oleh negara Khilafah juga akan mencampakkan sistem Barat yang sudah kronik, menghentikan penjajahan Barat terhadap dunia Islam, menutup propaganda mereka untuk menjatuhkan Syariat Islam sekaligus mengancam kepentingan penjajahan mereka. Khilafah juga akan menyatukan umat dan melindungi umat dari musuh-musuh Allah yang menghina Islam, menodai kaum Muslimah dan membunuh kaum muslimin.

Wahai kaum Muslimah Aceh, bergabunglah dengan perjuangan untuk menegakkan Khilafah Islam yang kedua yang akan menerapkan Syariah Islam secara kaaffah dan menutup mulut sesiapa yang menyerang Islam serta menodai kehormatan kaum Muslimah di seluruh dunia di bawah kalimah Tauhid dan pemerintahan Islam. Insya Allah

Ditulis untuk Pejabat Pusat Media Hizb ut Tahrir oleh
Fika Komara
Ahli Pejabat Pusat Media Hizb Hizbut Tahrir Indonesia

#‎wanitadanshariah #‎womenandshariah
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment