Menjawab Tuduhan Keji Golongan Feminis-Liberal [BAHAGIAN 1]

Oleh: Lajnah Tsaqafiyyah MHTI
[Edisi Bahasa Melayu]

#‎WomenandShariah

Perbincangan tentang wanita dan syariat sentiasa mengundang perhatian. Salah satu yang kritikal adalah mengenai kaitan antara penerapan syariat kepada kemajuan dan kesejahteraan wanita. Selain itu, cabaran global penyertaan wanita dalam aktiviti di luar rumah telah menghasilkan kesan luar biasa pada corak kehidupan masyarakat, khususnya di negara-negara umat Islam seperti Indonesia. Isu kesetaraan gender yang dipromosikan oleh aktivis feminisme, telah mendorong wanita untuk meninggalkan rumah; bekerja, berpolitik atau sekadar mengejar kewujudan diri. Keadaan ini kemudian melahirkan pelbagai masalah, dari gangguan seksual, kekerasan, kerosakan moral hingga pada keruntuhan institusi keluarga.

Pada peringkat inilah terjadi konflik yang hebat antara feminisme dan Islam. Kaum feminis menuduh bahawa Islam adalah di sebalik pelbagai masalah yang membelit kaum wanita. Semangat sebahagian orang menjangkakan persoalan yang lazim akan melibatkan landasan moral dan sebahagian ajaran Islam dalam bidang peraturan dasar –biasa disebut Peraturan Dasar Syariah dan Qanun Syariah- malah mengundang kritikan dan kecaman mereka, sama ada pada nilai-nilainya mahupun pada produk penerapan syariah.


Tudingan Berat Sebelah

Serangan terhadap nilai-nilai Islam terbukti ketika mereka cuba untuk membuat nilai-nilai baru yang berakar umbi pada ideologi yang dianut : kapitalisme, sekulerisme dan liberalisme. Mereka mendefinisikan keadilan sebagai persamaan hak dan kewajipan antara lelaki dan wanita. Kemudian wanita mereka bolehkan menjadi imam solat Jumat, menyamakan undang-undang pusaka, menjadikan nafkah sebagai kewajipan suami dan isteri, serta menafikan kepemimpinan lelaki ke atas wanita.

Pejuang feminisme juga melontarkan tuduhan bahawa Islam mengekang kebebasan wanita dengan serangkaian peraturan. Kewajipan berjilbab dianggap sebagai satu bentuk kekerasan dan diskriminasi, kerana memaksa wanita untuk memakai pakaian, yang boleh jadi tidak disukai, badannya merupakan hak peribadinya. Begitu juga mereka menuduh hukum khalwat, bermusafir, izin isteri dan sebagainya sebagai penindasan terhadap wanita.

Kemuliaan wanita mereka ukur dengan kemampuan menjana wang, jawatan yang boleh disandang, penyertaan dalam politik dan segala yang bersifat material. Tetapi mengabaikan nilai-nilai yang dijunjung Islam bagi wanita seperti kehormatan, harga diri, serta pahala sebagai isteri dan ibu.

Sedangkan serangan terhadap produk penerapan syariah tampak pada usaha mereka untuk menjatuhkan reputasi peraturan-peraturan Islam yang mewarnai beberapa peraturan dasar syariah di Indonesia, khususnya Aceh. Suruhanjaya Kebangsaan untuk Wanita menyatakan pada tahun 2013 ada 342 peraturan daerah mendiksriminasi wanita atas nama agama dan moral di Indonesia. Sebanyak 265 dari 342 dasar diskriminasi yang ada menurutnya secara langsung mensasarkan wanita.

Dari 265 dasar tersebut, 76 daripadanya mengatur cara berpakaian berdasarkan tafsiran tunggal ajaran agama penduduk majoriti, 124 dasar mengenai pelacuran dan pornografi, 27 dasar mengenai pemisahan ruang awam lelaki dan wanita atas alasan moral. Terdapat juga 35 dasar berkaitan had jam keluar malam. Peraturan-peraturan dasar tersebut mereka dakwa mengurangkan hak wanita dalam bergerak, pilihan pekerjaan dan perlindungan serta kepastian perundangan (VOA-Indonesia, 25/08/2013).

Pada tahun 2014, peraturan dasar yang dianggap diskriminasi oleh Suruhanjaya Kebangsaan untuk Wanita meningkat kepada 365. Yang paling diketengahkan oleh mereka adalah Qanun Jinayat di Nanggroe Aceh Darussalam (CNN Indonesia, 12/11/2014).

Dengan pelbagai bentuk serangan yang kian membesar, aktivis feminisme berusaha mengubah pandangan muslimah terhadap peraturan Islam. Mereka menggambarkan wajah buruk Islam yang menghantui kaum wanita. Mereka menyebarkan pandangan bahawa apabila syariah diterapkan, wanitalah pihak pertama yang akan menjadi mangsa. Namun, semua yang dikemukakan tersebut tidak lebih daripada fiksyen semata-mata.

(Lajnah Tsaqofiyah Muslimah HTI)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment