Pengurusan Khilafah Terhadap Kanak-Kanak


#‎WomenandShariah #‎WomenAgainstFeminism

Selama masa kekhilafahan Umar(ra), ada kebijakan untuk memberikan inisiatif sampingan untuk setiap anak yang selesai disusukan. Namun, pada suatu hari Umar (ra) mendengar seorang bayi menangis sehingga beliau berkata pada ibu anak tersebut:. "Takutlah pada Allah (swt) dan rawatlah bayi anda dengan baik". Kemudian si ibu menjelaskan bahawa dia sedang dalam proses menghentikan penyusuan anaknya lebih awal demi mendapatkan wang peruntukan (inisiatif sampingan untuk kanak-kanak) Negara.

Justeru, keesokan harinya, setelah fajar, Umar (ra) menyemak semula kebijakan memberikan inisiatif sampingan kepada setiap anak saat ia lahir. Umar (ra) begitu takut kepada penghisaban Allah (SWT) sambil menangis ia berkata: "Bahkan seorang bayi wahai Umar!"- yang mana bermaksud dia akan dipertanggungjawabkan jika merugikan/ berbuat buruk pada anak-anak.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment