Perkahwinan Diantara ‎Femenisme dan ‎Kolonialisme di Dunia Umat Islam - Bahagian 2


[Edisi Bahasa Melayu]

Serangan terhadap Wanita dan Shariah di zaman moden : Mereplikasi agenda-agenda Kolonial terdahulu.

Dari segi sejarah, pemerintah Kolonial Barat merangka dan menyebarluaskan propaganda yang mengatakan bahawa wanita ditindas di bawah Islam untuk membenarkan pencerobohan mereka ke atas tanah umat Islam dan juga untuk melemahkan pentadbiran Islam dalam rangka untuk tetap mendominasi rantau ini dan sumber-sumbernya. Di era moden ini, ahli politik dan kerajaan Barat tetap terus menggunakan retorik ‘Hak-hak Wanita' dan seruan ‘selamatkan wanita Muslim’ daripada ‘penindasan Shariah’ sebagai alat untuk membenarkan campurtangan kolonial ke atas dunia Islam secara moral, juga untuk menentang kebangkitan semula Islam dan penegakan semula Khilafah, replikasi strategi nenek moyang mereka.

Pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq adalah contoh terdekat dimana dimana isu hak wanita diperkatakan dan penipuan terhadap salahlaku ke atas wanita di bawah Shariah digunakan oleh pemimpin Barat dan penyokong-penyokong mereka untuk menyokong secara moral untuk berperang dan meneruskan penjajahan mereka. ia juga digunakan untuk mencapai visi mereka memodelkan negara-negR tersebut selari dengan garis sekular Barat dan menjauhi pentadbiran Islam. Laura Bush contohnya, isteri kepada mantan Presiden US George Bush, telah berkata di dalam satu siaran radio pada 2001, ketika bermulanya perang terhadap Afghanistan, “Disebabkan keberhasilan ketenteraan kita baru-baru ini di Afghanistan, wanita tidak lagi dipenjara di dalam rumah mereka, mereka boleh mendengar radio dan mengajar anak perempuan mereka tanpa takut dihukum… perlawanan terhadap keganasan adalah juga perjuangan terhadap hak-hak dan maruah wanita.” Cherie Blair, isteri kepada mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair, menyuarakan sokongan yang sama ketika percerobohan bermula pada 2001, “Wanita di Afghanistan mempunyai hak, sama seperti wanita di setiap negara, iaitu memiliki harapan dan inspirasi yang sama seperti kami dan anak-anak perempuan kami; pendidikan yang bermutu, kerjaya di luar rumah, sekiranya mereka mahu; jaminan kesihatan dan semestinya, yang paling penting, hak untuk suara mereka didengari.” Para wanita Barat yang berprofil tinggi ini disertai bersama berbagai-bagai kelompok feminis lainnya bersama menyokong peperangan termasuklah sebuah organisasi feminis terkenal US yang dipelopori oleh Eleanor Smeal, 'Feminist Majoritty’ yang telah melancarkan kempen intensif terhadap apa yang mereka lihat sebagai penganiyaam barbarik terhadap wanita Afghanistan di bawah undang-undang shariah. Ramai yang menggambarkan aksi organisasi ini sebagai memainkan peranan penting untuk mendapatkan sokongan meluas dalam ‘Memerangi Keganasan’. Malah, ahli antropologi sosial US Saba Mahmood danCharles Hirschkind menyatakan bahawa hubungan pentadbiran Bush neokonservatif dan sesetengah feminis US sebagai saling memerlukan dan intim. Mereka mengatakan “Ketika perang bermula, feminis seperti [Eleanor] Smeal boleh ditemui selesa berbual dengan umum berkongsikan semangat mereka untuk ‘Operasi Kebebasan Berterusan ( Operation Enduring Freedom)’ dan kemungkinan untuk juruterbang wanita mengendalikan F-16."

Walau bagaimanapun, organisasi-organisasi, individu-individu seperti itu, termasuklah institusi-institusi seperti PBB turut memberikan sokongan terhadap pencerobohan yang secara nyata menunjukkan sedikitnya perhatian terhadap akibat daripada sekatan yang dikenakan oleh Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1267 terhadap para wanita negara tersebut sebelum tercetusnya perang; atau banyaknya nyawa wanita Afghanistan, ahli keluarga dan anak-anak yang terkorban akibat dari tindakan tersebut; atau pentadbiran Barat yang menyokong Pakatan Utara untuk merampas kuasa - sekumpulan panglima perang yang terkenal dengan rekod merogol dan penderaan wanita; atau hakikat bahawa pengeboman Barat terhadap Afghanistan berlaku ketika negara tersebut sedang mengalami kemarau sejak 3 tahun yang mana akan menyebabkan para wanita pada risiko kebuluran yang lebih besar kerana menghalang penghantaran bantuan makanan. Kesemuanya menggambarkan kurangnya keikhlasan mereka terhadap kebajikan wanita-wanita Afghanistan, seumpamanya juga azab yang dideritai akibat dari penjajahan yang menjerumuskan kepada kematian, kecederaan dan kehilangan tempat berlindung kepada berpuluh-puluh ribu wanita Afghanistan dan mewujudkan masyarakat tanpa undang-undang dengan tahap penculikan, rogol dan keganasan terhadap wanita yang semakin meningkat. Menurut PBB, 5000 orang terbunuh pada 6 bulan pertama 2014 sahaja, serta kematian dan kecederaan terhadap wanita dan kanak-kanak disebabkan oleh bahan letupan improvisasi ( tanpa persiapan yang sempurna) meningkat sebanyak 38% pada separuh pertama tahun 2013. Dan sekarang terdapat 1.3juta orang janda akibat peperangan di negara tersebut.

Selain itu, sama seperti sejarah kaum Muslim semasa pemerintahan kolonial, keadaan hidup wanita Afghanistan gagal ditingkatkan akibat dari campurtangan kolonial di era moden ini. Malah, di dalam banyak kes ianya lebih buruk. Kini, 36% rakyat Afghanistan hidup dalam kemiskinan tegar, 8.5 juta penduduk atau 37% daripada populasi berada pada sempadan tiada jaminan bekalan makanan, dan terdapat pertambahan jumlah wanita yang membakar diri mereka sendiri akibat daripada desakan kewangan. Seorang wanita meninggal dunia setiap jam di negara ini akibat dari kematian semasa melahirkan anak disebabkan keadaan sistem kesihatan yang amat menyedihkan, dan kadar literasi wanita hanya 12%. Kesemua ini adalah diiringi oleh praktis non-islami yang amat tinggi seperti amalan kahwin paksa, pembunuhan maruah ‘honour killings’ yang dibenarkan berkembang inspirasi daripada regim dan sistem sekular Barat. Ini adalah hakikat sebenar legasi berpanjangan buat para wanita Afghanistan selama 13 tahun diterapkan polisi penjajahan Barat di negara tersebut, dimana desas desus terhadap hak wanita tidak beerti sama sekali melainkan hanya helah untuk menyembunyikan rahsia motif politik kolonial di rantau tersebut.

Walaupun dengan semua ini, setelah sedekad sejak bermulanya peperangan, ahli politik barat bersungguh-sungguh berterusan mengatakan penjajahan Barat di Afghanistan telah meningkatkan taraf kehidupan para wanitanya, dalam masa yang sama tanpa segan silu mengeksploitasi isu hak wanita untuk terus membenarkan penjajahan terhadap negara ini. Pada November 2013, ketika itu US cuba meyakinkan publik Amerika dan Afghanistan akan perlunya sebahagian tentera US untuk tetap tinggal di negara tersebut, kedua-duanya John Kerry, Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Hillary Clinton, mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat juga bersungguh-sunggh berhujjah bahawa US perlu untuk tetap meneruskan perjuangan hak-hak wanita di Afghanistan dan memberi amaran bahaya yang akan muncul akibat penarikan tentera US dari negara tersebut pada 2014. John Kerry dalam ucapannya di Georgetown mendakwa bahawa wanita dan kanak-kanank perempuan Afghanistan telah mencapai kemajuan besar sejak 2001, mendapat akses lebih baik dalam bidah pendidikan dan kesihatan. Dia mengatakan, “Seperti yang dilihat, wanita Afghanistan bangkit dengan mengambil berat terhadap hak-hak wanita Iraq untuk membenarkan pengeboman ke atas negara tersebut. Sebagai contoh, Presiden Bush semasa Hari Wanita Antarabangsa 2004, hampir setahun pencerobohan bermula, berucap di hadapan 250 orang wanita dari seluruh dunia yang berhimpun di White house mengatakan, “Keberhasilah Hak-hak Wanita dan keberhasilan kebebasan adalah sama-sekali tidak dapat dipisahkan”. Presiden mengatakan, “Keberhasilan idea kebebasan di Timur Tengah Raya (Greater Middle East)telah memberikan hak dan harapan baru terhadap wanita di sana’. Pada 2005, Perdana Menteri Britain Tony Blair menggunakan taktik menakuti umum terhadap hukum-hukum Islam bertujuan untuk membenarkan pencerobohan British di Afghanistan dan Iraq. “Mereka menuntut…berdirinya negara Taleban dan Shariah Islam di dunia Arab secara nyata dalam perjalanan ke arah satu Khilafah untuk seluruh negara umat Islam.

Kita tiak perlu tertanya-tanya bagaimanakah nanti bentuk negara tersebut… kanak-kanak perempuan akan dilarang ke sekolah. Para wanita dinafikan hak-hak asas mereka… Kesemuanya itu diperbolehkan dengan merujuk kepada kepercayaan agama."

Walaubagaimanapun, sama seperti Afghanistan, ‘keperihatinan’ terhadap hak wanita Iraq dikalangan pemimpin dan pemerintahan Barat ternyata kosong merujuk kepada impak sekatan oleh PBB selama 13 tahun ke atas negara itu yang melemahkan wanita dan keluarga mreka. Sekatan-sekatan ini telah menyebabkan tingginya tahap malnutrisi, merebaknya penyakit, lumpuhnya sistem kesihatan negara, merosotnya pendidikan wanita akibat dari kemerosotan ekonomi dan beratus-ratus ribu kematian dikalangan kanak-kanak.

Sebagai sebahagian daripada upaya peperangan, kerajaan US dan British secara aktif menaja, menubuhkan dan menyokong sejumlah gerakan feminis Iraq. Sebagai contoh, pada sidang akhbar dua minggu sebelum pencerobohan terhadap iraq, Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Global ketika itu, Paula Dobriansky mengatakan, “Kita berada pada tahap kritikal dalam menangani Saddam Hussein. walaubagaimanapun kenyataannya, adalah sangat jelas bahawa wanita Iraq memainkan peranan penting dalam kebangkitan masyarakat mereka pada masa hadapan.” Di sebelah beliau ialah ahli gerakan ‘Women for Free Iraq’, sebuah kumpulan yang terdiri dari wanita Iraq yang telah dibuang negara, ia ditubuhkan pada Januari 2003 untuk meningkatkan kesedaran terhadap wanita yang ditindas semasa era Saddam Hussein. Gerakan ini mendapat penajaan dari Foundation for Defense of Democracies yang berpangkalan di Washington yang mana presidennya ialah Clifford May, bekas ejen Parti Republikan manakala ahli lembaga pengarahnya terdiri dari golongan neokonservatif yang sangat menonjol. Kementerian Luar Negara US juga menyiarkan berita wanita-wanita yang menderita akibat kekerasan di bawah rejim Saddam, sementara di UK pula, Jabatan Luar Negeri dan Komanwel memasukkan jenayah yang dilakukan oleh rejim terhadap wanita di dalam koleksinya terhadap perlanggaran hak asasi manusia di Iraq. Selain itu, kerajaan Barat membantu berbagai-bagai organisasi menganjurkan bengkel, seminar, konferems dan program latihan untuk para wanita berhubung demokrasi dan hak asasi manusia, terutamanya semasa tempoh awal selepas pemcerobohan. Pada 2003, US memperuntukkan $27juta untuk program wanita, sebahagiannya untuk digunakan untuk penganjuran Konferens Wanita Kebangsaan dan mendokong organisasi-organisasi wanita baru yang mana kedeua-duanya menyokong campurtangan penjajah dan menggalakkan pemahaman terhadap “Hak Wanita” mengikut pandangan sekular dari kalangan wanita Iraq. Kebanyakkan kumpulan ini bergerak aktif untuk memastikan masa depan Iraq adalah melalui perlembagaan sekular dan dengan itu Islam harus dijauhkan, mencerminkan perkahwinan/ikatan di antara feminisme dan kolonialisme di dunia umat Islam dalam zaman moden.

Walaubagaimanapun, disebalik kesemua perbincangan mengenai hak-hak wanita, wanita Iraq perlu membayar harga yang mahal di atas pencerobohan Barat ke atas negara itu. Beratus ribu jiwa terkorban, begitu juga keluarga dan kampung halaman mereka. Masyarakat mereka berputar ke dasar kehancuran, keganasan dan tidak terlaksananya undang-undang mengundang tingginya jumlah penculikan, rogol dam pembunuhan. 9.5 juta populasi Iraq kini hidap di bawah garis kemiskinan dengan kadar kemiskinan yang semakin meningkat lebih tinggi. Beribu-ribu wanita Iraq telah diculik, disiksa dan dipenjarakan oleh pihak keselamatan rejim sekular yang didukung oleh Barat untuk mendapatkan maklumat dari mereka berkenaan saudara lelaki mereka yang disyaki pemberontak. Kesemua ini sekali lagi mendedahkan bahawa ahli politik dan pentadbiran Barat tidak ikhlas mengambil tahu kebajikan wanita Iraq namun mengeksploitasi dengan helah femenisme untuh mengukuhkan kepentingan politik dan minyak di negara itu.

Kesimpulan

Telah lama wujud perkahwinan/ikatan antara feminisme dan kolonialisme di negara umat Islam yang mana ianya hidup subur dan teguh pada masa kini. Pentadbiran Barat memanfaatkan idea hak wanita dan feminisme untuk meneruskan dan melanjutkan kepentingan penjajahan mereka di rantau ini. ini termasuk matlamat mereka untuk mensekularkan sistem dan budaya masyarakat dengan cara menghakis keimanan mereka dan juga memerangi kebangkitan Islam di dalam masyarakat - kesemuanya untuk mengukuhkan cengkaman penjajahan mereka di rantau ini.

Maka kesemua perbincangan dan inisiatif kerajaan tersebut terhadap wanita di negara umat Islam bukanlah ikhlas terhadap kebajikan dan kebahagiaan wanita Muslimah, ataupun mendatangkan sesuattu yang positif dalam kehidupan mereka. Ini jelas digambarkan lagi dengan perhubungan intim diantara pentadbiran Barat dan para diktator sekular dan tidak Islami di dunia umat Islam yang tidak malu menindas para wanita, merampas hak asasi mereka seperti yang disuruh oleh tuan-tuan Barat mereka. Oleh itu, inisiatif dan agenda femenisme memainkan peranan di dunia umat Islam, samaada dipromosikan oleh organisasi-organisasi wanita, rejim sekular atau institusi seperti PBB hanya membantu merealisasikan rancangan penjajah dan menguatkan penguasaan mereka terhadap politik dan ekonomi kaum Muslim. Ini termasuk memaksakan perjanjian antarabangsa mengenai wanita seperti CEDAW di tanah air kita, mengukuhkan idea feminis seperti kesetaraan gender di dalam perlembagaan, menyokong kod status peribadi (personal status codes) yang sekular juga mempromosi konseo non-islami seperti ‘Femenisme Islam'

Tambahan pula, pembohongan penjajah barat mengenai penindasan wanita di bawah Shariah oleh Khilafah terus di tiru oleh generasi demi generasi pemimpin dan ahli politik barat yang berjaya, mewujudkan kebencian dan ketakutan dikalangan masyarakat barat dan juga umat Islam terhadap undang-undang Islam. Mereka juga memberikan justifikasi untuk meneruskan pencerobohan terhadap tanah umat Islam dimasa akan datang. Oleh itu, idea Femenisme mestilah ditolak sekeras-kerasnya sbagaimana kita melawan konsep kolonialisme di tanah air kita. Seterusnya, narratif ketinggalan zaman yang mengatakan wanita ditindas si bawah pentadbiran Khilafah Islam, yang mana ianya telah berakar umbi dalam agenda penjajah untuk menguasai dunia Islam dan merompak hasil buminya mestilah dibuang ke dalam tong sampah.

﴾يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ﴿

“ Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” [TMQ At-Taubah:32]
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment