Perkahwinan Feminisme dan Kolonialisme [BAHAGIAN 2]

[Edisi Bahasa Melayu]

# WomenandShariah # WomenAgainstFeminism

Serangan Penjajah Barat pada "Wanita dan Syariah" untuk Membantu Kehancuran Khilafah

Pembaharuan pemikiran dan identiti Muslimah adalah sasaran utama penjajah untuk memusnahkan pemerintahan Islam, kerana kuasa-kuasa Eropah mengakui bahawa wanita dalam masyarakat Islam adalah pusat keluarga, jantung masyarakat, dan pendidik generasi akan datang. Oleh itu, penting untuk menjerat fikiran dan hati supaya dapat membentuk semula mentaliti seluruh masyarakat Islam.

Jika mereka boleh membuat Muslimah memandang hina dan menolak Syariah dengan mengganggapnya sebagai 'musuh' wanita, maka mereka boleh melakukan penentangan berterusan melawan pemerintahan Islam di dunia Islam. Jika mereka boleh membiakkan keadaan ini dengan menarik wanita ke arah identiti dan sistem Barat untuk melihat ia sebagai jalan untuk pembebasan dan keselamatan, maka mereka juga boleh menghasilkan penyokong dan duta budaya Barat yang kukuh berorientasikan ke Barat.

Mubaligh Kristian juga menyokong secara terbuka. Mereka menyasarkan wanita dunia Islam kerana wanita adalah pembentuk utama pemikiran dan kecenderungan kanak-kanak di dunia Islam. SM Zwemer, seorang mubaligh terkenal Timur Tengah berpendapat:

"Realiti bahawa pengaruh ibu pada anak-anak, baik lelaki mahu pun wanita ... adalah paling utama, dan bahawa wanita merupakan elemen penting dalam mempertahankan keimanan mereka, kami percaya bahawa organisasi mubaligh perlu memberi penekanan yang lebih besar kepada kerja yang berkaitan dengan wanita Islam sebagai cara untuk mempercepatkan penginjilan bumi umat Islam. "

Oleh itu, untuk mencapai matlamat mereka, para penjajah merekayasa cerita tertentu: bahawa Islam dan undang-undang Islam menindas wanita, dan kerana ia adalah tanggungjawab moral bagi mereka untuk menyelamatkan wanita dengan menghapuskan sebab-sebab kepatuhan mereka - iaitu undang-undang Syariah - dan menjadikan masyarakatnya menjadi 'bertamadun' melalui penerapan peraturan Barat dan sistem Barat.

Cerita ini memberikan justifikasi moral masyarakat mereka sendiri dan masyarakat yang mereka jajah. Cerita ini juga membantu mereka mencapai tujuan untuk mempertahankan dan mengukuhkan kedudukan mereka di rantau tersebut. Joan Scott dalam 'The Politics of the Veil' menulis tentang penjajahan Perancis di Algeria pada abad ke-19:

"Sejak mula lagi, pelaksanaan pemerintahan Perancis yang bengis dibenarkan atas nama 'misi pembudayaan / ketamadunan' - yang membawa nilai-nilai republik, sekular, universal bagi mereka yang tidak memilikinya ..... para penjajah bertujuan untuk mengasimilasikan masyarakat yang mundur ini dengan budaya Perancis . "

Oleh itu beberapa kebohongan dan penyelewengan maklumat tentang kedudukan, hak dan layanan terhadap wanita di bawah Syariah dibina dan disebarluaskan. Mereka juga mempromosikan idea bahawa jika wanita Islam terus menjadikan al-Qur'an dan Sunnah sebagai asas keyakinan dan tindakan mereka, mereka akan dimasukkan ke dalam hidup yang tertindas.

Untuk mencapai matlamat mereka, penjajah juga menggunakan tuduhan jahat daripada beberapa penulis orientalis Barat yang selama bertahun-tahun membuat cerita palsu mengenai penganiayaan terhadap wanita dalam Islam. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemunduran dunia Islam disebabkan sikap buruk Islam terhadap wanita, dan bahawa masyarakat Islam hanya boleh maju ke arah pemodenan dan bertamadun jika amalan dan undang-undang Islam dibuang dan digantikan dengan budaya, sistem sosial, dan adat-istiadat Eropah.

Stanley Lane-Poole contohnya, seorang orientalis dan ahli arkeologi Inggeris awal abad ke-20 menulis, "Kemunduran wanita di Timur adalah benda reput yang mula merosakkan sejak masa kanak-kanak, dan telah dimakan ke dalam seluruh sistem Islam."

Tulisan Lord Cromer bersetuju dengan pandangan tersebut. Beliau telah menulis dalam bukunya, "Modern Egypt", bahawa "Islam sebagai satu sistem sosial telah gagal sepenuhnya dalam banyak aspek." Walaubagaimanapun, "yang pertama dan utama," tegas beliau, adalah layanan Islam terhadap wanita. Beliau mendakwa bahawa tidak seperti agama Kristian yang mengajar rasa hormat terhadap wanita sehingga membuat lelaki Eropah "mengangkat" taraf wanita kerana keyakinan mereka, sebaliknya Islam menindas wanita. Menurut beliau, kerana penindasan ini, sebagai contoh isu tudung dan pengasingan lelaki dan wanita, rendah diri muslimah dapat dikesan.

Cromer menulis bahawa tidak dapat diragukan bahawa pelaksanaan 'tudung' adalah "kesan buruk kepada masyarakat Timur. Alasannya adalah, memang, begitu biasa sehingga tidak perlu difikirkan lagi".

Cromer juga berkata, adalah penting bahawa “generasi baru Mesir perlu dipujuk atau dipaksa untuk mengikut semangat sebenar tamadun Barat", dan untuk mencapai ini adalah perlu untuk mengubah kedudukan wanita dalam Islam, kerana penindasan Islam terhadap wanita melalui 'tudung' adalah "halangan maut "bagi rakyat Mesir," peningkatan pemikiran dan watak perlu disertai dengan pengenalan tamadun Barat ", dan hanya dengan meninggalkan perkara ini (Islam) mereka boleh mencapai," perkembangan mental dan moral "yang dia (Cromer) mahu untuk mereka.

Oleh itu adalah agak jelas bahawa untuk mencapai "pembaratan" pemikiran ini, para penjajah berusaha untuk membongkar dan menghapuskan aspek Islam yang menghalang mereka untuk mempunyai kawalan atau akses ke atas wanita Islam. Contohnya, struktur keluarga Islam yang menjadikan lelaki pemimpin ke atas wanita, pengasingan lelaki dan wanita, dan busana muslim.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment