[REPORT] PERSIDANGAN WANITA ANTARABANGSA 2


#‎WANITADANSHARIAH #‎WOMENANDSHARIAH I 28 Mac 2015
#‎WomenAndShariahIndonesia

Ustazah Fika Komara membacakan PRESS RELEAASE yang dikeluarkan secara resmi oleh Bahagian Muslimah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir. Beliau menyampaikan bahawa persidangan wanita dan syariah ini diselenggarakan di lima negara, iaitu di UK, Tunisa, Turki, Palestin dan Indonesia. Termasuk pidato yang disiarkan dari Jordan.

Persidangan ini merupakan acara kemuncak dari kempen yang diselenggarakan selama enam minggu. Topik pembahasan dalam konferensi ini adalah :

1. Siapakah yang Berhak Menetapkan Hak-Hak Wanita Di Dunia Islam : Syari’ah Islam atau Undang-Undang Antarabangsa
2. Membongkar Feminisme Islam
3. Menepis Mitos-Mitos Media tentang Wanita dan Syariah
4. Memperjelas Status Wanita dalam Tatanan Sosial Islam yang Unik
5. Visi Hidup Muslimah Dalam Naungan Syariat Islam
6. Peranan Wanita dalam Menciptakan Perubahan Politik yang Benar

Persidangan ini tepat dan sesuai masanya disaat isu terkait wanita yang kian merebak, bersamaan dengan besarnya serangan feminis-sekular ke atas syariat islam. Mereka menuduh syariat Islam telah merendahkan, menindas dan memperhambakan wanita.

Justeru, persidangan ini bertujuan untuk membongkar pembohongan tersebut dan memberikan gambaran bagaimana sesungguhnya posisi dan peranan wanita dalam syariat Islam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment