Sesi Diskusi Panel


Beberapa tokoh menyampaikan pandangannya terhadap MHTI dan persidangan yang diselenggarakannya pada saat ini,mereka turut memberikan pertanyaan dan harapan mereka kepada MHTI. Diantaranya adalah Prof. Sutinah dari Makassar, Puan Odah dari Bandung dan Puan Ida dari Bekasi.

Prof Sutinah menegaskan bahawa Islam adalah satu-satunya jalan kemuliaan bagi wanita. Puan Odah mengungkapkan baahwa masyarakat banyak yang tidak mengetahui pernikahan awal usia itu kerana agama, melainkan hanya kerana desakan ekonomi, namun kaum feminis menuduh bahawa menikah diawal usia hanya didoroang oleh alasan agama, ini adalah kebohongan yang mereka sebarluaskan. Sedangkan Puan Ida menyampaikan harapannya agar MHTI memberikan buku panduan untuk wanita dalam melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sehari-hari, agar sesuai dengan tuntunan syariah.

Ustadzah Erma menanggapi pernyataan Prof sutinah dengan mengajak kalangan profesor melakukan pencerdasan dalam kalangan intelektual.

Manakala Ustadzah Fika menanggapi pernyataan Puan Ida bahawa muslimah di Nusantara khususnya memang sudah dijauhkan fakta sejarah, sehingga mereka tidak mengenal bagaimana Islam pernah diterapkan di Nusantara, yang membawa kebaikan bagi wanita.

Manakala Ustadzah Iffah menanggapi pernyataan Puan Odah bahawa tidak ada praktik kahwin paksa. Dalam Islam untuk menilai kebaikan itu dilihat dari kepantasan yang tinggi oleh Allah swt. Hak politik wanita diberikan oleh Islam ketika suara yang diberikan wanita itu suara kebenaran. Sebuah negara boleh berubah kerana suara kebenaran wanita, seperti kisah seorang wanita yang mngkritik masalah mahar pada masa pemerintahan Umar ra.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment