Status Ibu Setara Dengan Seorang Syuhada


#‎WomenandShariah #‎WomenAgainstFeminism #‎IWD2015

Islam sangat menghargai seorang ibu dan mengiktiraf perjuangannya dan kerja kerasnya semasa melahirkan dan membesarkan anak-anak. Syari'at Islam telah menjamin bahawa seorang ibu perlu dihormati dan dihargai. Al-Quran dan al-hadith menunjukkan pada kita status menakjubkan seorang ibu.

Rasulullah saw datang menghampiri `Ubadah bin Al-Samit yang saat itu sedang sakit dan Rasul berkata,"Tahukah kalian siapa yang syahid dari umatku? " Orang ramai mendiamkan diri. `Ubadah berkata:" Bantu saya untuk duduk. " Mereka membantunya untuk duduk, kemudian dia berkata, "Wahai Rasulullah, apakah orang yang sabar yang mencari pahala di sisi Allah atas kesabaran mereka?" Rasul Allah (saw) mengatakan: "Para syuhada di antara umatku akan sangat sedikit. Yang terbunuh di jalan Allah adalah syahid; meninggal kerana suatu wabak adalah syahid; orang yang mati lemas adalah syahid; meninggal kerana penyakit dalam adalah syahid; dan jika seorang wanita meninggal dunia semasa nifas, bayinya akan menyeretnya dengan tali pusat ke Jannah (surga). " (HR Imam Ahmad dalam Musnad-nya dan Abu Dawud dalam Sunannya.

Sebuah hadith dengan makna yang sama diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment