VIDEO|Kesetaraan ‎Gender = Keadilan untuk ‎Wanita ?

Video ini merupakan bahagian dari kempen global bertajuk, " #‎WanitadanSyariah : Memisahkan Fakta dari Fiksyen" yang diselenggarakan oleh Bahagian Wanita dari Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir.
Video ini adalah bahagian ke-3 dari serangkaian 4 video yang menguji apakah 'Kesetaraan Gender' - sebuah konsep yang sering menuduh hukum Islam sebagai penindas perempuan - yang secara nyata menyampaikan janji-janjinya pada wanita.

Video ini juga membahaskan pertanyaan apakah benar 'Kesetaraan Gender' menjamin kehidupan yang adil bagi wanita, dan apakah Islam memperlakukan mereka secara tidak adil kerana memberikan peranan dan hak yang berbeza bagi lelaki dan wanita dalam hal pernikahan dan kehidupan keluarga? Video ini kemudian menjelaskan bagaimana kesetaraan gender telah membebani wanita dengan peranan dan tugas lelaki, termasuk menjadi pencari nafkah keluarga mereka. Sebaliknya, Islam ketika memberikan hak dan peranan yang berbeza untuk lelaki dan wanita, tidak didasarkan pada keyakinan keutamaan lelaki. Melainkan secara efektif mengatur kehidupan keluarga, membebaskan wanita dari tugas mencari nafkah dan tugas lelaki lainnya, dan memastikan bahawa mereka selalu dipenuhi keperluannya.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment