Wanita Wajib Menuntut Ilmu Sebagaimana Lelaki


#‎WomenandShariah | Kerana percampuran budaya dan Islam, sering dilupakan bahawa wanita juga memiliki kewajiban untuk mencari ilmu sebagaimana lelaki. Jika kita melihat sejarah,kita akan menemukan banyak fakta dimana wanita Muslim menjadi ulama besar dalam kalangan masyarakat. Banyak ulama yang terkenal, termasuk Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i, Imam Bukhari, memiliki guru dan pelajar perempuan. Imam Bukhari mengatakan bahawa di Basra beliau mempelajari hadits dengan tujuh puluh ulama wanita. Manakala sejarawan terkenal Damaskus Ibnu Asakir, pula belajar pada 80 ulama wanita, beliau mendapatkan ijazah [sijil pengiktirafan mempelajari kumpulan hadits dari ulama tertentu yang mana memberikan hak kepada pemegangnya untuk mengajarkan hadits] dari Zainab binti Abdur-Rahman untuk kitab al-Muwatta karya Imam Malik (Yaqut, Mu`jam Al-Buldan, V: 140F).
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment