Pasangan Muslim Di ‎Xinjiang Dipenjara Hanya Kerana Berjanggut dan Berhijab


Sungguh diskriminasi telah menjadi makanan sehari-hari bagi kaum Muslimin kini. Tidak terkecuali bagi Muslim Uighur di Xinjiang. Pemerintah Tiongkok yang memang senantiasa menunjukkan permusuhan yang amat keras terhadap umat Islam memenjarakan pasangan Muslim hanya kerana berjanggut dan mengenakan hijab. Masing-masing dihukum enam tahun dan dua tahun penjara oleh Mahmakah Peradilan Kashgar. Hal ini tentu saja mencetuskan kecaman dari umat Muslim Xinjiang.

“Ini adalah kes yang tidak akan terjadi di negara lain di dunia,” ujar juru bicara World Uighur Congress Dilxat Raxit, dilaporkan oleh Dream.co.id dari onislam.net, Rabu (1/4/2015).

Raxit berpendapat bahawa keputusan ini menunjukkan permusuhan yang dibangun oleh pemerintah Tiongkok terhadap Islam. Di samping itu, keputusan ini juga mengeruhkan lagi situasi politik di Kashgar yang tengah dilanda krisis pemerintahan.

Awal minggu lalu, surat khabar tempatan melaporkan Muslim Uighur berusia 38 tahun telah dijatuhi hukuman enam tahun penjara kerana memiliki janggut. Sementara istrinya diganjar dua tahun karena memakai cadar atau niqab. Dikabarkan bahawa lelaki yang tidak disebut identitinya ini mulai memelihara janggutnya pada tahun 2010. Sementara isterinya mengenakan burqa atau hijab yang menutupi wajah.

Adapun pihak penguasa di Xinjiang, mereka mendakwa bahawa pasangan itu bersalah kerana terlibat dalam pertengkaran dan memprovokasi masalah. Sejak April 2014, pihak berkuasa Xinjiang mulai menawarkan hadiah berupa wang tunai untuk maklumat yang melaporkan tentang tetangga mereka yang memiliki jenggot.
Bahkan awal bulan ini, Pimpinan Cabang Parti Komunis di Kashgar melarang wanita menggunakan hijab dan menggambarkan kotanya sebagai benteng utama dalam memerangi ekstremisme.

“Jika orang Tiongkok memelihara janggut, itu adalah masalah peribadi dan dia diperbolehkan melakukannya secara bebas. Jika Uighur memelihara janggut, maka ia dianggap sebagai ekstrimis agama,” kata Raxit.
“Tujuan China adalah dengan menggunakan jalur undang-undang untuk memaksa orang Uighur meninggalkan tradisi mereka dan menerima tradisi orang-orang Tionghoa,” sambungnya.

Muslim Uighur mencapai lapan juta orang di barat laut Xinjiang dan minoriti berbahasa Turki. Para aktivis menyebutnya sebagai Turkestan Timur. Walaupun telah mengalami autonomi sejak 1955, namun Xinjiang terus mengalami tindakan represif besar-besaran oleh pemerintah China.

Kelompok-kelompok HAM menuduh pemerintah China berdalih memerangi terorisme dengan melakukan tindakan represif (menindas) terhadap perkara-perkara keagamaan golongan minoriti muslim Uighur.

https://www.muslimahzone.com/pasangan-muslim-di-xinjiang-dipenjara-hanya-karena-berjenggot-dan-berhijab/
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment